Assalamualaikum
Rata-rata ibu yang menyusukan akan mengalami saat kemeruduman susu pada satu masa. Sama ada kita terus kecewa dan susu terus kering ataupun kita melakukan perkara yang sewajarnya dan susu kembali meriah, itu terpulang kepada pilihan masing-masing.
Jom tengok perkongsian Zarith, macam mana nak buat power pumping dan benarkah power pumping tu betul-betul berkesan untuk atasi masalah susu merudum ni
Zarith pernah mengalami saat ini semasa menyusukan Zuyyin 3 tahun lepas. Sewaktu Zuyyin berusia 5 bulan, susu merudum. Pam di pejabat hanya dapat 2 oz je padahal sebelum tu dapat 6-7 oz. Apa yang Zarith lakukan? Mengambil Set Penyusuan Terbaik dan juga melakukan power pumping setiap hari!
Apakah itu power pumping?
- Ibu yang mengalami susu merudum – ini terjadi akibat datang bulan, emosi dan hormon yang tidak stabil, kurang mengepam, dan sebagainya
- Ibu yang telah berhenti menyusukan anaknya tetapi ingin menyusukan kembali anaknya itu
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – Teknik ni digunakan untuk merangsang kembali penghasilan susu.
Bagaimana nak buat power pumping?
Tak kesah sekiranya anda mempunyai single atau double pump, power pumping ni boleh di buat tanpa sebarang alasan.
- Single pump : Pump 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri, kembali ke sebelah kanan dan pam lagi 10 min. Proses ini berterusan selama satu jam.
- Double Pump : Pump 10 minit kedua-dua belah payudara serentak, rehat 10 minit, sambung lagi 10 minit. Proses ini juga berterusan selama satu jam.
Adalah sangat digalakkan buat power pumping pada awal pagi sekitar pukul 2-3 pagi kerana pada waktu itu hormon oxytoxin yang dirembeskan adalah yang paling banyak. Ibu-ibu jangan kecewa kalau yang keluar hanyalah setitis dua susu ataupun yang paling menyedihkan hanya pam keluar angin je. Ia mengambil masa lebih kurang 2 minggu.
Ada yang bernasib baik seperti seorang rakan Zarith ni, walaupun susu dah kering selama seminggu, tapi dengan pengambilan Set Menyusu Terbaik ni dan juga power pumping serta Tips Penyusuan Exclusive dari Zarith, Alhamdulillah hanya selepas 3 hari, susu yang kering ada kembali.
Ibu-ibu ada juga yang menghadapai masalah yang sama dengan Zarith? Risau susu tak cukup? Stok susu dalam peti semakin berkurangan? Dah cuba pelbagai cara tapi susu masih takat tu je? Lemah, lesu tak bermaya menjelang petang? Sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar anda mampu untuk menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
err.. laki boleh baca ke ni ? 🙂
Boleh. Untuk tambah pengetahuan =)
Tiga hari dah ada susu balik? Kuat sungguh semangat kawan Zarith tu.
Kan..kagum jugak =)
waa.. tq tq.. mmng tgh cri pun pasal power pumping.. hihi..
Semoga bermanfaat ye nid =)
oh…boleh apply power pumping ni. =)
Sila la amalkan sehari-hari aina =)
salam nak tanya. kalo dah berminggu minggu susu kering ada chances susu keluar balik tak?
Wsalam Pn Latifah,
ya, insha Allah boleh dengan usaha dan doa yang tak putus-putus.
asslammualaikum… ank pertama susu badan memang kering… ade harapan ke anak kedua ini lahir untuk merasa susu badan saya????
Wsalam wbt puan Masya. Insha Allah. Puan boleh hadiri kelas antenatal dan berjumpa dengan pakar laktasi untuk kumpulkan lebih banyak ilmu tentang penyusuan ini.
Klau dah lama Susu kering ada kemungkinan ke ada susu kembali?
bergantung kepada berapa lama dah kering puan. apa pun, puan boleh berjumpa dengan pakar-pakar laktasi untuk bantuan
Assalamualaikum ibu zarith…saya nur dri sabah.saya baru melahirkan ank saya yg ke4 last 26/9 dah sebuln lbh ndk Ada keluar air susu puan…ank saya yg ke3 tu sdh 7tahun dan 7tahun saya minum perancang….blh puan bantu mcmna cara dptkan air susu saya keluar kembali??
Wsalam puan nur.
Tahniah atas kelahiran baby puan nur. Puan ada cuba pam? atau gunakan teknik marmet? baby melekap masa minum susu tu ok? Puan boleh terus hubungi ibuzarith 013-7510028