Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

May 7, 2015 by Ibu Zarith

10 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital

Assalamualaikum

Masih segar dalam ingatan, semasa nak bersalinkan Zuyyin 3 tahun lepas. Malam sebelum melahirkan tu tak boleh nak tidur, ada masa sakit datang, tapi sangat jarang. Siang tu siap boleh memasak dan packing barang 30 orang customer. Waktu tu dah ambil cuti awal seminggu sebab dah tak larat nak pergi kerja akibat kena turun naik tangga yang tinggi berkali-kali dalam masa sehari. Jadi hanya uruskan order cloth diapers terakhir sebelum bersalin. Tapi kerja yang mudah tu menjadi lambat kerana asyik berhenti menahan sakit contraction.

Zuyyin lahir awal seminggu dari due date. Agaknya sebab ibu sangat aktif, sangat banyak berjalan. Jadi disebabkan awal dari due date lah Zarith jadi confuse, betul ke ni contraction nak bersalin, atau hanya Brixton Hicks? Tengok jam. Setiap 20 minit. Ok lagi ni. Selepas makan malam, dah sakit setiap 10 minit. Tapi masih terfikir-fikir lagi perlu ke pergi ke hospital? Haritu pergi ke kelas antenatal, doctor cakap kalau ada tanda darah, cepat-cepat pergi hospital. Jadi bila takde tanda tu lagi, Zarith bia je dulu. Tengok Masterchef, sebab nak tengok Dr. Fadzli memasak pada waktu tu =p

Mr Hubby dah ajak pergi hospital, tapi masih menolak. Sebab? Tak nak lama-lama duduk hospital. Ajak Mr. Hubby tidur dan pegi esok pagi. Baru baring, dalam pukul 10.30 malam, rasa ada sesuatu yang panas keluar. Bila periksa tengok alamak ada darah ni. Terus siap-siap pergi hospital. Nasib baik semua kelengkapan untuk di bawa ke hospital dah tersedia. Dan Hospital Ampang pada waktu tu hanya beberapa minit sahaja dari rumah.

Jadi, sebenarnya adalah sangat penting untuk kita tahu tanda-tanda hendak bersalin. Kang kalau pergi awal sangat, doctor akan suruh balik, kalau pergi terlewat, takut jalan jem, terbersalin dalam kereta pulak.

Apakah masalah yang Zarith alami bila dalam tempoh berpantang sampai rasa takut nak berpantang lagi? Jom tengok perkongsian Zarith ni:

 

Pre-Labour: 1 hingga 4 minggu sebelum bersalin

  1. Baby “jatuh”
    • Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan baby semakin ke bawah. Kepala baby akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala baby menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong
  2. “Laluan” mula terbuka (dilates)
    • Serviks juga semakin menipis dan semakin terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak. Jangan rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya
  3. Anda akan kerap rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat.
    • Terutamanya sekiranya ini bukanlah anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan
  4. Semua sambungan (joints) pada badan seperti longgar.
    • Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan longgar. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda =)
  5. Berat badan anda tidak akan bertambah (atau berkurang)
    • Menjelang akhir kehamilan, anda tidak akan bertambah berat badan dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan. Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban kita (amniotic fluid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet untuk membuang air (Refer point 1 dan 6) akan mengurangkan berat badan
  6. Anda akan mengalami cirit-birit.
    • Memandangkan semua otot berada dalam keadaan relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Walaupun rasa tak selesa, harus diingat ini adalah petanda baik. Banyakkan minum air untuk kekal hidrate ye
  7. Anda akan rasa sangat letih dan rasa nak berehat sentiasa.
    • Dengan perut yang memboyot, badan lesu tidak bermaya menyebabkan anda berasa sangat letih. Tidur malam pon tak lena. Sekiranya anda mempunyai peluang diwaktu siang untuk berehat, just have a good nap ye.

Early Labour: Beberapa jam sebelum bersalin

  1. Anda mengalami contraction yang sangat kuat dan kerap.
    • Contraction adalah tanda awal bagi active labour. Kecuali Braxton Hicks. Bagaimana nak bezakan antara contraction sebenar dengan yang palsu (Brixton Hicks) ni:
      • Walaupun anda aktif, contraction tidak menghilang, malah semakin sakit dan kerap
      • Walaupun anda dah tukar posisi, contraction tetap tidak berkurang dan hilang.
      • Contraction bermula dari bahagian bawah belakang, dan berpindah ke bahagian bawah perut dan juga kaki
      • Contraction progress: Semakin kerap dan semakin sakit. Dan kadangkala mempunyai rentak tertentu.
    • Mengikut pengalaman kedua-dua anak, bila dah mula rasa contraction tu, boleh mula tengok jam. Pada mulanya selang 10 minit sakit datang (satu sesi sakit tu dalam setengah minit). Bila dah nak bersalin tu sakit contraction adalah selang 1 minit. Waktu ni memang rasa dah tak tertahan nak buang air besar =p
  2. Anda perasan ada discharge yang berubah warnanya, tidak seperti keputihan biasa.
    • Beberapa hari sebelum nak bersalin tu anda akan perasa cecair yang keluar adalah sedikit pekat.
    • Bila dah tiba hari nak melahirkan, akan ada ‘bloody show’ iaitu akan turun sedikit darah. Jika tanda ini dah keluar, cepat-cepat ke hospital ye
  3. Pecah air ketuban
    • Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami air ketuban pecah, jadi jangan ambil ini sebagai satu-satunya tanda anda dah nak bersalin ye. Semasa nak bersalinkan Zuyyin, bila dah masuk labour room dan nak ke tandas baru pecah air ketuban, manakala semasa Zayra, doctor yang pecahkan.
    • Bila air ketubandah pecah, cepat-cepat ke hospital, kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi

Sekiranya ibu mengalami tanda-tanda seperti yang di atas, bersiap sedialah ye. Jangan sampai terlewat ke Hospital yang berhampiran kerana ia boleh membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan baby. Jangan dilupa juga kelengkapan untuk dibawa ke hospital. Dapatkan juga Set Berpantang Terbaik dan Menjimatkan, boleh diamalkan sejak hari pertama di hospital dan tak perlu risau tentang anak jaundice. Sembelit dan badan seram sejuk pun tiada =)

Jom tengok perkongsian mama  ni semasa berpantang anak kedua. Tiada lagi termenung dalam tandas, tiada lagi memakai baju sejuk.

Semoga ibu-ibu juga sentiasa sihat dan tidak stress semasa berpantang ye. Susukanlah baby secara exclusive =)

Oh ya, kalau anda nak dapatkan Set BERPANTANG TERBAIK ini sendiri, boleh klik je di link bawah ni. Selamat Shopping =)

esell-shaklee-logo-500x351

Klik sini dan terus beli SET BERPANTANG TERBAIK ANDA

 

Love

-Zarith Sofia-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Cik Yaya says

    May 7, 2015 at 17:46

    huuu bhye lau duk uma sensorang kan…
    thanks share sis.. =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 8, 2015 at 00:10

      Betul tu yaya. Kalau dah dekat nak bersalin better ada orang kat rumah temankan.

      Reply
  2. titan says

    May 7, 2015 at 18:19

    ppehh..

    risau plak baca artikel nih..

    haha..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 8, 2015 at 00:06

      Nape faizal? Wife dah nak bersalin ke?huhu

      Reply
      • atie din says

        December 17, 2016 at 00:04

        Betul tu

        Reply
        • Ibu Zarith says

          January 3, 2017 at 23:09

          =)

          Reply
  3. nurinsaniah says

    May 7, 2015 at 21:04

    bakal2 ibu serta bapa perlu ambil tahu pasal ni…yg dah lama dan ada pengalaman pun kadang terlepas pandang….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 8, 2015 at 00:05

      Betul tu nurin. Kadang-kala tanda untuk setiap anak tu tak sama kan

      Reply
  4. zanariah says

    June 22, 2015 at 22:41

    Kandungan baru masuk 34weeks tapi da kerap sakit belakang, kejang2,kaki n tangan da bengkak… tu tanda2 nak bersalin awal ke?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 23, 2015 at 00:08

      Zana, kalau mengikut pengalaman kak zarith, tu bukan tanda nak bersalin awal..tu tanda persiapan badan kita untuk bersalin, sedikit demi sedikit. Zana boleh amalkan senaman ibu hamil, ambil kalsium yang mencukupi (1000-1200mg sehari). Walaubagaimanapun, Zana boleh bersedia juga, mana tahu baby tak sabar nak keluar sebelum hari raya =)

      Reply
  5. annur says

    July 5, 2015 at 15:00

    hah! memang ini yg annur cari..
    tenkiu ibu zarith <3

    #36weeks (^_^)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 6, 2015 at 00:58

      Annur..dah lama menyepi, dah nak bersalin rupanya. Semoga semuanya selamat ye <3

      Reply
  6. zura says

    July 9, 2015 at 20:55

    Sy dh 38w…sakit bhgian ari2 dgn peha,trus ke kaki lenguh2.bhgian punggung pun sakit lenguh2..keputihan sentiasa ade…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2015 at 23:39

      Bersabar ye puan, sikit je lagi. Tapi yang tentang keputihan tu, better puan dapatkan nasihat doctor,sebab kalau teruk boleh membahayakan baby ye puan

      Reply
  7. mohd hasif says

    July 15, 2015 at 11:46

    menanti hari anak sulong…tdi pagi istri sy ckp ada lendir cmpur darah ckit..tp xda rsa sakit2..tu tnda nk bsalin ke?da 40week..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 16, 2015 at 03:07

      Lebih baik terus bawa ke klinik. Dah 40 minggu dan bloody show tu salah satu tanda nak bersalin

      Reply
  8. NORAINI BINTI AZEMAN says

    August 3, 2015 at 09:05

    salam…puan saya dah masuk 39 week…sy ada mengalami cirit birit dan lendir tapi tiada darah…contraktion berlaku tidak berapa kerap…adalah itu tanda-tanda hendak bersalin…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 3, 2015 at 15:54

      Wsalam puan noraini,
      tanda-tanda yag puan alami itu adalah salah satu dari tanda badan puan bersedia untuk bersalin, tapi bukan tanda hendak bersalin. Puan boleh juga rujuk artikel Zarith yang ni ye:

      https://www.ibuzarith.com/2015/06/bagaimana-nak-tahu-braxton-hicks-adalah-tanda-palsu-nak-bersalin.html

      Reply
  9. Ina says

    September 26, 2015 at 05:00

    Saya sekarang dah 39w 2d,sekrang perut sakit tak senang nak duduk di buatnya,perut asik mengeras,kaki pon kadang rasa lengoh²..nak tido mengereng ke kanan atau kiri pon rasa sakit..tp tanda² lain seperti lendir campur darah tak ada,kepitihan ada sekit…saya keliru sama ada nk ke hospital atau tak.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 27, 2015 at 23:22

      Sekiranya perut puan mengeras pada senggang masa yang sekata, lebih baik puan pergi ke hospital untuk kepastian. Mungkin dah tiba masa puan untuk melahirkan.

      Reply
  10. Nurul Husna says

    September 30, 2015 at 10:17

    Saya pun tak suka nak pergi hospital awal-awal..selagi tak sakit or xde sebarang tanda betul2 dah nak bersalin still bersenang lenang di rumah.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 02:09

      Kan Husna. Baik lah melayan perasaan jek hehe

      Reply
  11. syamila says

    October 24, 2015 at 17:17

    rindu nak merasai salah satu tanda di atas…. hehehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 26, 2015 at 23:54

      Apa lagi..cepat-cepat la tambah lagi hihi

      Reply
      • syamila says

        October 27, 2015 at 01:07

        hehehe…baby baru 1 tahun…bos kata hold dulu… :-p

        Reply
        • Ibu Zarith says

          October 28, 2015 at 21:51

          hahahah..kene ikut bos la nmpknye huhu

          Reply
  12. Ros says

    November 4, 2015 at 07:53

    Aah. setiap anak lain tanda-tandanya.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 6, 2015 at 00:50

      Setiap kali nak bersalin mesti kena tengok balik tanda-tanda nak bersalin, takut lain tandanya kan.

      Reply
  13. Mei Chi says

    November 17, 2015 at 00:57

    HI,NAK TUMPANG TANYA(PANTIES I ADA SEDIKIT BERWARNA COKLAT BEGITU)BERMAKSUD I SUDAH MAU BERSALIN KE?SEBAB I SEKANG I SUDAH 37 minggu lebih darh~

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 17, 2015 at 15:29

      Hi Meng Chi,
      boleh terus ke hospital untuk mendapatkan kepastian dari doctor ye. Semoga semuanya dalam keadaan baik =)

      Reply
  14. Kuaiza says

    January 10, 2016 at 21:39

    Ya Allah buat ku berdebar pulak baca ibuzarith nye cerita ne…kita dah 37 week walaupun rasa baru aje 2tahun setengah merasai bersalin… Tapi perasaan gementar itu tetap ada..tq atas perkongsian… Sebb setiap anak tanda2 kelahiran berlainan… Tu yg jadi gementar…ya Allah permudahkan segalanye

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 12, 2016 at 08:11

      Semoga Allah mudahkan proses bersalin kuaiza =)
      Memang berdebar kan setiap kali melahirkan tu, nak-nak bila dah mula baring atas katil labour room tu huhu

      Reply
  15. MieZa says

    January 17, 2016 at 01:43

    Assalamualaikum..
    Boleh sesiapa kongsi pengalaman? Jika checkup di banda tp plan nk bersalin di kampung.ape perlu buat sekiranya dh start cuti n tiba di kampung.perlu daftar utk bersalin di hospital atau tggu sakit trus p hospital?

    Ibu baru..

    Reply
  16. Ika Nizam says

    March 8, 2016 at 16:13

    Sy nk tye skang ni sy dah 38 minggu dan sy berasa skit pinggang sgt.adakah itu tnda nk bersalin?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 30, 2016 at 00:25

      Assalamualaikum Ika,
      Rasa sakit dibahagian pinggang tu bermaksud badan kita bersedia untuk melahirkan, jadi tulang pelvis mula meregang. Ika boleh kira waktu selang kontraksi dan kalau ianya tetap, maksudnya dah tiba masanya nak melahirkan. Boleh juga rujuk artikel Zarith tentang perbezaan braxton hicks dengan kontraksi sebenar nak bersalin ni ye ika =)

      https://www.ibuzarith.com/2015/06/bagaimana-nak-tahu-braxton-hicks-adalah-tanda-palsu-nak-bersalin.html

      Reply
  17. Eiyzan says

    March 27, 2016 at 20:20

    Wow.. berguna betol lh tips yg akak ni share … tqysm sis ..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 30, 2016 at 00:07

      Welcome Eiyzan =)

      Reply
  18. noridayu says

    March 31, 2016 at 13:04

    salam,nak tanya skrg sy dah 36minggu.dah 2 ari cirit birit dan perut slalu mengeras. sy bru keluar wad kena cucuk matang paru2 baby. agk2 baby sy akan keluar awal tak?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 3, 2016 at 17:40

      Wsalam wbt Noridayu,
      Sebelum ni ayu ada masalah dengan kehamilan ni? Banyak kali masuk ward ke? Kalau terdapat tanda-tanda nak bersalin, cepat-cepat ke hospital ye =) Zarith tak dapat nak pastikan sama ada baby akan keluar awal atau tidak, setiap orang tak sama tanda nak melahirkan tu.

      Reply
  19. Azhan says

    April 14, 2016 at 11:16

    Dah anak tiga.. baru sekarang baca mengenai perkara ni. Huhu..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 15, 2016 at 14:04

      Hehe takpe, ade lagi lepas ni kan 🙂

      Reply
  20. eiza says

    April 19, 2016 at 22:47

    Sy pn mnunggu hari jgk..dh 38week …rasa takut plk..dh 4thn pngalaman y first dlu…dh ingt2 lupa cmna rasa sakit nk bersalin..doakn sy n baby selamat yea

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 20, 2016 at 01:41

      Wah tengah tunggu hari ye. Semoga Allah selamatkan eiza dan baby dan permudahkan segala urusan 🙂

      Reply
  21. Myra says

    April 28, 2016 at 23:14

    salam sye bru 35weeks . Thanx for blog ni mama zarith b’gune sgt . sye xde tnda2 lg cume kerap buang air kecil n kdang2 cirit birit

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 4, 2016 at 22:35

      Wsalam wbt Myra,
      ALhamdulillah semoga bermanfaat. Wah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jangan lupa packing barang untuk ke hospital ye =)

      Reply
  22. sharifah says

    May 16, 2016 at 18:19

    assalamualaikum..saya skrg dh 39 week…selalu kebas kaki,sakit pinggang,nk berjln pun susah,cirit birit,kerap buang air,tp tanda nk bersalin blm ada lg..oleh kerana ni anak ke 2 tknk terburu2 g hos..kalo tkde tanda2 nk bersalin

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 02:08

      Wsalam puan, ye betul tu, kalau yakin semuanya ok dan dalam keadaan terkawal, puan boleh tahu bila masa yang tepat untuk ke hospital =)

      Reply
  23. alia says

    May 17, 2016 at 09:34

    salam puan sy nk tye,sy skrg 37 week..pregy 1st baby..sy kerap cirit birit ,sakit belakang ,sakit pade bawah perot dekt ari2 ..adekah tu tanda nk bersalin…sy xpasti mengeras mcm mne puan coz ni pglaman pertama bg sy..Terima kasih.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 21, 2016 at 07:05

      Wsalam wbt Puan Alia,
      Tanda-tanda tersebut merupakan simptom2 badan cuba bersedia untuk melahirkan. Belum lagi tu puan. Tapi sekiranya puan inginkan kepastian, boleh cek di hospital. Maksud mengeras tu puan akan rasa seperti sakit senggugut dalam sela masa tertentu.

      Reply
  24. Ninie Awiey says

    May 22, 2016 at 13:59

    Assalamualaikum Ibu Zarith ,
    Alhamdulillah kandungan saya dah masuk 35 minggu 4 hari . . Dan ini merupakan kandungan pertama saya . . Kandungan saya selalu dan kerap mengeras sjk akhir2 ni , tdk jga ktnggalan kerap buang air kecil , & di bahagian ari2 juga kerap rasa sakit , ngilu di bahagian kemaluan . .
    Kadang di bahagian peha terasa seakan tulang mencucuk ke isi , sngal2 rasanya . . badan sakit2 ada tempat2 nya malah tdk mnyeluruh . .
    Adakah saya semakin hampir waktu melahirkan bayi saya ?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 26, 2016 at 00:46

      Wsalam wbt Puan Ninie
      Itu menandakan badan puan sedang bersedia untuk melahirkan tapi belum masanya lagi. Puan boleh perhatikan kalau ada contraction dalam sela masa tertentu, dan perhatikan berapa lama.

      Reply
  25. aisah says

    May 24, 2016 at 17:40

    sy hamil ank ke 3…skng dah 31week…confius sakit mengeras memaen atau nak bersalin…rahim pon dah terasa sakit2 +ngilu….kengkadang klu sakit terpikir tak kan dah nak bersalin…yg paling sakit kat bahagian ari2 cam sakit senggugut….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 26, 2016 at 00:45

      Puan Aisah boleh tengok pada kekerapan dan sela masa perut mengeras. Contohnya selang 5 minit akan ada 1 contraction, dan pastikan pula berapa lama contraction tu berakhir. Sekiranya dah tiba waktu bersalin, contraction tu akan datang dalam sela masa yang sama, contohnya setiap 5 minit, sakit

      Reply
  26. nurul alia says

    June 6, 2016 at 10:15

    assalam…mmg tips yg berguna…thanks ibu zarith..

    sekarang saya da 35 weeks.. sakit bhgian ari2 tu mmg da 2-3 mgu..susah nk gerak kn kaki…perut mengeras tu mmg kerap…kwan saya dua org msuk hospital sedang kan bru nk msuk 30 minggu sbb perut mengeras…saya jd semakin rsau nk beza kan mengeras normal or mengeras nk bersalin…so far masih ade rse movement baby…mcm mne ye saya nk kn kepastian yg baby ok…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 02:15

      Wsalam wbt puan Alia,
      Sekiranya puan rasa sakit dan kurang pasti, lebih baik segera ke hospital untuk kepastian. Untuk monitor di rumah, Puan boleh tengok jam setiap kali sakit dan tengok berapa lama sakit dan selang berapa lama sebelum sakit seterusnya datang. Jika sama selang masa tu, maksudnya itu memang contraction nak bersalin

      Reply
  27. nur akma says

    June 30, 2016 at 06:12

    salam sy dh 39w 5hr dh 8thun tdk mlhirkn bby hehehe akhr2 ni bby kerap mngeras..mlm td trlalu aktif brgerak..dn pg ni sy rse bhgian bwh sprti mngembng..tiada tnda2 cme kluar sedikit lendir pekat mcm keputihan adkh itu tnda2 nk brslin….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:31

      sekiranya puan tak pasti, puan boleh terrus ke hospital untuk kepastian ye

      Reply
  28. fiza says

    August 4, 2016 at 19:14

    Assalamualaikum ibu zarith.. Saya dah masuk 39 ringgit n dah start amik cuti.. Pinggang ada rasa sakit ckit2.. Lebih2 lagi malam.. Nak tdo memang x selesa. Kadang2 sakit di bhgian ari2, nak terkencing selalu.. N keputihan ada n makin pekat plak.. Ni buang air besar mcm buasir pn ada smpai ada bengkak di anus.. Lagi susah nak duduk.. Huhu.. Ada mungkin kena genap 40 minggu baru bersalin atau 39 minggu dah boleh bersalin.. Nurse ada ckp kepala baby dah turun

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 8, 2016 at 00:28

      Wsalam wbt Puan Fiza bila dah menunggu hari, memang kepala baby dah turun dan semakin sakit pada bahagian ari-ari serta rasa nak membuang air kecil selalu. Ini kerana baby dah semakin menekan pada bahagian pundi kencing kita =)
      Puan boleh amalkan Ostematrix sebelum tidur untuk elakkan buasir. Puan juga perlu perhatikan sekiranya terdapat tanda nak bersalin seperti contraction pada sela masa yang sama. Selamat menghitung hari =)

      Reply
  29. Sha says

    August 31, 2016 at 03:50

    Assalam ibu zarith..sye skrg da 38week..mslh sye skrg kerap cirit birit..adekah 2 tanda nk melahirkan?tkot g ospital tp doc soh blik plak

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 5, 2016 at 23:16

      Wsalam wbt Sha,
      tanda yang paling tepat untuk menentukan kita dah nak bersalin adalah adanya contraction dalam sela masa yang tetap =)

      Reply
  30. azreen says

    September 21, 2016 at 14:55

    Hai ibu Zarith. Pg td sy nak turun kerja tp tengok ada lendir campur darah sikit. Itu tanda nak bersalin ke? Sy sekarang dah 39w dah. Perlu ke hospital tak?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:11

      Hi Azreen, ye perlu

      Reply
  31. aishah says

    September 24, 2016 at 14:51

    As salam puan,
    sy sekarang dah 36w 5d,.dah 5hari asyik sakit perot memulas.,rasa mcm cirit bila ketandas xkuar pape pn.celah paha belah kiri dan kanan pn asyk sakit smpai nk bjalan pn susah.per0t sy trasa cramp tp bila sy usik bby bgerak.adakah ni tanda nk bersalin

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:02

      Wsalam puan Aishah,
      jika ada sebarang tanda yang puan tak pasti, boleh segera ke hospital ye =)

      Reply
      • Nurul says

        November 12, 2017 at 21:58

        Hmmm.. Saye langsung x tau ap2 fist mngandung anak sulung.. Tgall tggu hari jer hnya rasa beby main bola jer n betis bberapa hari nie rasa sakit2…
        Tnda2 lain x dha lgie… Saye btul2 x dpat rasa ap2.. Bole share x ap2

        Reply
        • Ibu Zarith says

          December 14, 2017 at 00:04

          Semuanya dah saya sharekan di sini puan =) Semoga Allah mudahkan urusan puan

          Reply
  32. Noor Azura Mat Sani says

    October 5, 2016 at 14:04

    As salam sy skng dh 40w…klu iktkn esok due…tp xde lg tnda2 nk bsalin…sy kerap buang air kecil…dlm 2 hr nie kluar keputihan klu byk bgerak…sy jd confius…kdng2 yg bby mngeras tu rs senak…lps tu ok

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:00

      Wsalam puan,
      jika ada sebarang tanda yang tak pasti, lebih baik segera ke hospital

      Reply
  33. amylia says

    November 23, 2016 at 17:51

    salam nak tanya hari ni lbh 10kali sy cirit birit,due sy 9.12 jdi ape tindakan perlu dibuat??tak larat betul badan ni,perut mencucuk pedih..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 8, 2017 at 00:52

      Wsalam, saya sarankan puan ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan lanjut

      Reply
  34. jessy says

    November 25, 2016 at 06:07

    Saya kerap kencing ..berasa lesu sakit dpinggang pun turut serta..berjarak dalam masa 10mnit skali…adakah ya petanda hendak besalin??untuk kepastian?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 8, 2017 at 00:51

      Puan boleh terus ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan lanjut ye

      Reply
  35. Nur says

    December 8, 2016 at 20:45

    Assalamualaikum ibu Zarith…sy tlh kluar tnda scalit drh bserta lndir swktu mmbuang air kecil 3ari yg lps lg..sy jumpa bidan&bidan mmbtulkn kdudukan bayi yg sdikit lari dr jln lahir..dlm 2ari nie sgt2 trasa tk selesa d kemaluan..rasa ngilu yg kuat..d tmbh sakit kuat d pgkl peha sejak kandungan mmasuki usia 34minggu mmg siksa nk melangkah..skrg usia kandungan 36minggu 3ari..tp lps kuar drh .blm nie,mmg tkde lg kuar slpsnya..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:20

      Wsalam wbt puan Nur.
      Kalau boleh jangan ubah kedudukan bayi tanpa nasihat doktor ye, bahaya sebenarnya.

      Reply
  36. Adlynn Arshad says

    December 12, 2016 at 23:41

    Salam…
    Nak tanye,kalo tetiba mengalami cirit birit adakah itu tanda nak bersalin..
    Sbb deu sy spatutnye 28hb..
    Tp ms mkn td bby asyik bergerak je…
    Bila bwk berehat trs kene cirit birit…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:14

      Wsalam wbt,
      puan segera ke hospital ye

      Reply
  37. Ain says

    January 7, 2017 at 19:21

    Salam, sye dah 36weeks,skung perut mengeras dari pukul 2ptg td, sakit kt bhg ari2 smpai sakit bila nak pkai seluar dan bangun dari solat,ad keluar mcm air sedikit tp xpasti air ketuban atau x tp sye pkai pad tgok xde darah. Ni baby first sye xpasti cmne tanda yg betul, tp perut sakit sgt ni mengeras..selang 15min ke 20min baby gerak lg tp still mengeras dan sakit..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 8, 2017 at 00:40

      Wsalam puan ain,
      lebih baik puan pergi ke hospital berhampiran untuk lakukan pemeriksaan lanjut.

      Reply
  38. Siti Najihah Mohamad Nor says

    January 12, 2017 at 23:51

    Terima kasih puan. Info yg sgt bguna

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 12:45

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  39. Rin ziana says

    February 13, 2017 at 06:52

    Asalam puan, saya skg 37week kerap cirit birit, sakit pnggang perut pn kerap mngeras tapi masih rasa baby brgerak2 adekah itu tanda brsAlin? Suami xde dirumah
    Saya risau coz xde pngalaman rasa sakit brsalin.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:01

      Belum lagi puan

      Reply
  40. Ayu says

    March 27, 2017 at 16:33

    Salam sis sy dh 38 minggu 4 hari sy sering sakit pada bahagia bawah perut dan miss v sy ,masa baring pun kekadang tu sampai nk nagis sakitnya sekali datang ada dlm 1 minit tahan skt lpas tu hilang dlm 5 minit sakit lagi…dlm 5 kali dtang mcm tu.tu tanda nk bersalin ke? Sbb sy pun jenis x suka pergi awal ke hospital…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 18, 2017 at 22:25

      Wsalam wbt.
      Kalau tanda nak bersalin, sakit makin kuat dan jarak masa semakin singkat puan Ayu

      Reply
  41. URUT UNTUK IBU2 BERSALIN says

    April 29, 2017 at 10:30

    URUT TRADISIONAL DAN URUT IBU BERSALIN.
    AREA SENTUL DAN SELURUH KAWASA N KUALA LUMPUR.
    HUBUNGI 013-2096836.

    Reply
  42. hayati abdullah says

    July 18, 2017 at 13:10

    info berguna. 😉

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2017 at 22:54

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  43. Ummie Yayaa says

    October 11, 2017 at 04:53

    Syukurr alhamdullilah.. Sekarang dah tahuu dah.. Pttla mcm lain , time mngndungkan anak prtamaa … Anak kedua lain … Anak pertama takla brpa sakitt.. Tapii yg second nii … Nak buat keje pun susa nak buat.. Thankyouu IBUZARITH …

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:59

      hehe welcome =)

      Reply
  44. nisreen says

    January 12, 2018 at 10:49

    reen da 34week reen rase sakit belakang dan rase mengeras tu kuat sangat,kerap terkencing,nak bangun pun susah rase baby macam da ke bawah pula,tp reen xpasti…Adakah itu tanda – tanda nak bersalin

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:18

      Jika dah ada contraction pada jarak yang sekata dan kerap, boleh segera ke hospital

      Reply
  45. yana says

    May 20, 2018 at 10:45

    adakah lendir bercampur darah itu simptom utama nk brsalin?pagi tdi rasa sakit prut sedikit..selasa ni masuk 39w..anak pertama belum ada pngalamn..risau sebab sorg2 d rmh..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2018 at 23:04

      ye betul puan, adalah lebih baik jika puan terus ke hospital

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design