Assalamualaikum
Semasa kita mendapat berita tentang kehamilan, pelbagai persoalan yang akan timbul. Bagaimana nak jaga pemakanan, apakah amalan yang perlu dilakukan supaya anak yang dilahirkan sihat dan bijak serta mendengar kata apabila mereka dewasa kelak? Semuanya bermula dari saat kita mengandungkan mereka.
Amalan Semasa Hamil:
- Jaga pemakanan. Amalkan pengambilan makanan berkhasiat seperti kurma, badam, kismis, kacang pistachios dan juga air Zamzam. Elakkan makan makanan segera dan makanan rapu. Amalkan juga 7 Diet kritikal Semasa Hamil Yang Ibu Wajib Ambil Tahu.
- Jangan suka bergaduh dengan pasangan bagi mengelakkan anak yang ganas dan panas baran
- Sentiasa bersedekah bagi mendapatkan anak yang berjiwa lembut.
- Amalkan membuat latihan matematik.
- Ibu bapa perlulah rajin menunaikan solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat petunjuk dan hidayah.
- Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik.
- Rajin berpuasa sunat. Ada ibu yang tidak larat maka golongan bapa digalakkan untuk berpuasa sunat, contohnya puasa sunat Isnin Khamis.
- Sentiasa bertaubat, beristighfar dan berdoa kepada Allah.
- Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat seperti solat sunat taubat, hajat dan tahajjud.
- Banyakkan berzikir kepada Allah. Suami digalakkan berzikir, sebagai contoh semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Ibu juga boleh berzikir semasa memasak dan melipat baju contohnya. Ini untuk melahirkan anak yang kuat jiwanya, akal dan fizikalnya.
- Memperbanyakkan membaca Al-Qur’an dan menghadiri majlis-majlis ilmu.
- Rajin senyum, sentiasa bersangka baik dan elakkan perasaan dendam dan dengki.
- Menjaga akhlak dan emosi. Jangan sedih dan stress.
- Lakukan kerja-kerja rumah. Ini akan membantu proses bersalin nanti. Suami juga haruslah ringan tulang membantu.
- Banyakkan berbual dengan anak dalam kandungan sambil mengusap-usap perut. Ini akan merangsang perkembangan emosi dan otak baby.
- Membaca surah-surah amalan ketika hamil
- Membaca doa ketika hamil.
Sekiranya anda sering tidak sihat semasa hamil, HB rendah, badan rasa lunyai sangat, tak bermaya, sudah tiba masanya anda mendapatkan Set Ibu Hamil Sihat dan Cergas dan hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda walaupun sewaktu hamil dapat dikembalikan. Barulah suami pun tak serik nak tengok isteri hamil lagi. Jika anda berada berdekatan dengan Zarith, Zarith boleh hantarkan set ini terus kepada anda. Jangan tunggu suami merungut pula akibat setiap kali hamil, dia tengok kita letih dan lesu.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
pendek kate,kena bnyk dktkan diri dgn ALLAH, buat yg baik je…
InsyaAllah..semua akn bjln lncar dan ank akn jadi ank yg soleh/solehah.. =)
Betul tu yaya.. Sebenarnya memang itu yang paling utama kan =)
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini. Semoga dapat kita amalkan bersama.
Sama-sama ustaz