Assalamualaikum
Semasa kita hamil, memang sangat lemah, lesu tak bermaya. Kalau diikutkan sangat memang rasa nak baring je, tak buat apa-apa. Tapi memandangkan 40 minggu tu satu tempoh yang agak lama, takkanlah nak habiskan masa dengan berbaring dan bermalas-malasan kan? Jadi perlulah cekalkan diri, bangun dan buat aktiviti seperti biasa.
Zarith pun masa dah tunggu hari (overdue masa bersalinkan Zayra) masih gigih mengemop lantai. Berebut-rebut kami berdua suami isteri nak pegang kayu mop tu =p
Macam mama Ainul ni, kuat, sihat bertenaga je semasa hamil. Travel sana sini padahal perut dah besar tu. Jom tengok perkongsian mama ni:
Okay jom kita tengok apakah makanan yang dapat mengembalikan tenaga kita seperti tidak hamil. Cergas dan sihat sepanjang masa.
Makanan pembekal tenaga ibu hamil:
- Brokoli
- Ia mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang dapat membantu penghadaman, serta kaya dengan Vitamin C yang dapat meningkatkan imun sistem. Kita sedia maklum yang imun sistem ibu hamil adalah rendah, maka makanan yang tinggi Vitamin C memang sangat digalakkan. Pengambilan brokoli yang terlalu banyak boleh menyebabkan kembung perut, jadi ambil lah secara bersederhana.
- Blueberries
- Mengandungi antibodi yang dapat merangsang otak dan menyebabkan kita sentiasa dalam keadaan sedar dan segar. Ia juga mengandungi Vitamin C yang tinggi.
- Ayam
- Mengandungi Vitamin B6 yang dapat menghasilkan serotonin yang dapat menyeimbangkan mood swing semasa hamil.
- Air
- Hanya 2% dehidrate akan menjadikan kita 25% lebih lemah, jadi pastikan pengambilan air adalah 3 liter dan lebih
- Daging Merah
- Ia boleh boost energy kita dan kandungan amino asid (protein) di dalamnya dapat membantu pembentukan sel baby. Namun pengambilannya haruslah secara bersederhana.
Selain itu, dengan pengambilan Set Ibu Hamil Sentiasa Cergas dan Sihat juga memang sangat membantu Zarith dalam meniti hari-hari terakhir bergelar seorang mak buyung 10 bulan yang lepas. Dan yang bestnya, bila tak habis boleh terus sambung makan sebagai Set Berpantang Terbaik. Memang sangat berbaloi. Bukan sahaja bertindak sebagai energy booster, malah sangat berkesan sebagai milkbooster. Yang penting ianya Semulajadi, Berkesan dan Selamat =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Alhamdulillah terima kasih share makanan untuk energy booster ni, baru2 ni selalu sangat letih.
Sama-sama ija. Amalkanlah ye.. Brokoli tu stim dan letak hirisan cheese pon best. Nanti meleleh je cheese tu. Yummy!
zarith tq info mu yg menarik
tips perkukuh minda dan emosi penyusuan ibu
http://supplementsaya.blogspot.com/2015/06/8-cara-atau-tips-perkukuh-minda-dan.html
Semoga bermanfaat =)