Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

May 21, 2015 by Ibu Zarith

5 Rahsia Buat Anak Tak Sabar Nak Gosok Gigi

Assalamualaikum

Pernah terjadi tak situasi kejar mengejar anak untuk gosok gigi? Ataupun anak dah baring atas riba kita, tapi mulut tertutup rapat, tak nak gosok gigi?

Zuyyin ni Zarith dah latih sejak dia ada sebatang gigi untuk berus gigi. Sayang sangat kalau kita tak jaga dari awal kan. Mula-mula tu tak la pakai ubat gigi. Cuma pakai berus lembut yang macam getah tu, kita letak di jari. Tapi bila dah makan, dan berusia 18 bulan (waktu yang dicadangkan untuk kanak-kanak mula pakai ubat gigi), baru lah kami belikan Zuyyin ubat gigi First Teeth. Boleh tahan jugak harga ubat gigi ni. Tapi untuk kesihatan gigi dan gusi serta takut tertelan ubat gigi, ibu dan ayah belikan sesuatu yang natural untuk Zuyyin.

Nanti bila usia Zuyyin menginjak 3 tahun, baru kami beli ubat gigi yang berflorida. Ibu nak melatih Zuyyin jadi macam ibu, yang tak boleh tidur selagi tak gosok gigi. Kalau dah malam, lapar, makan, mesti gosok gigi balik =p

5 Rahsia Bagaimana Nak Buat Anak Suka Memberus Gigi:

  1. Mulakan dari awal
    • Mula berus gigi anak sebaik sahaja gigi mereka tumbuh (lebih kurang 6 bulan selepas lahir) dengan mengelap dengan lembut gigi mereka dengan menggunakan kain yang dilembabkan. Persatuan pergigian Amerika Syarikat juga telah mencadangkan agar ibu bapa mula mengelap gusi baby dengan kain lembut yang lembab beberapa hari setelah baby lahir
  2. Gosokkan gigi anak anda
    • Bila dah semakin banyak gigi yang tumbuh, anda boleh mula kenalkan denagn berus gigi yang mempunyai berus yang lembut.
    • Gosokkan gigi anak anda 2 kali sehari.
    • Bila anak dah besar sikit, boleh ajar mereka gosok sendiri dengan menggunakan ubat gigi sebesar kacang peas. Awasi mereka. Kalau Zuyyin, dia akan minta untuk berus gigi sendiri dulu. Lepas tu baru bagi berus kat ibu, untuk ibu berus balik.
  3. Ubat dan berus gigi yang perlu ada untuk buat anak tertarik
    • Belikan anak-anak kita berus gigi yang menarik, kalau boleh bagi mereka pilih sendiri design apa yang mereka nak. Sekarang ni ada design Superman, Dinosour, Batman dan macam-macam lagi. Ini akan menjadikan mereka tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan “Superhero” kesayangan mereka.
    • Dalam pemilihan ubat gigi pula, ubat gigi berflorida adalah perlu dalam menentang kaviti gigi. Tapi sekiranya digunakan terlalu banyak akan menyebabkan kesan putih terbentuk pada gigi anak kita
  4. Seronok! Seronok! Sangat seronok waktu nak berus gigi
    • Jadikan waktu memberus gigi waktu yang seronok bagi anda berdua. Jangan paksa anak memberus gigi, tapi pergi ke toilet bersama-sama dan berus gigi kita bersama-sama anak kita. Zuyyin kalau tengok ibu gosok gigi, mesti mintak juga berus gigi untuk gosok bersama-sama.
    • Atau boleh juga suruh anak-anak gosok gigi kita sekejap. Mereka pasti seronok =)
  5. Jangan berputus asa
    • Sekiranya anak anda memang sukar nak gosok gigi. Takpe, jangan berputus asa ye. Bersabarlah dan teruskan melatih mereka. Lama kelamaan mereka akan sedar bahawa gosok gigi tu adalah sangat penting terutamanya sebelum tidur dan selepas bangun tidur pada waktu pagi

Selain dari itu, sekiranya anak anda dah berusia 6-7 tahun, boleh lakukan aktiviti yang menyeronokkan untuk kita tunjukkan dia akan kehadiran plak gigi. Campurkan 3-4 titisan pewarna makanan yang berwarna merah ke dalam beberapa sudu air ke dalam cawan. Suruh anak kita kumur air tu dan buangkan.

Gunakan kanta pembesar untuk mengenalpasti kawasan berwarna merah yang tertinggal itu. Ia adalah plak gigi. Suruh anak kita gosok gigi sekali lagi secara menyeluruh dengan menggunakan ubat gigi. Dan lihat sekali lagi berapa banyak kesan berwarna merah dah dihilangkan.

Pesan kepada anak kita supaya gosok gigi bersih-bersih, kerana plak gigi bukan sahaja menyebabkan gigi tak cantik, malah boleh merosakkan gigi.

Semoga lepas ni anak-anak kita akan menjadikan gosok gigi tu sebagai rutin harian mereka.  Gigi tak boleh ditukar ganti. Jadi bantulah anak kita untuk menjaganya sedari kecil =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ida says

    May 21, 2015 at 17:40

    Tgh fasa mengenal juga ni pd iman 1thn 5bln. Main berus no 1. Nak gosok tutup mulut rapat. Gsok sendiri pn xmau. Gosok benda lain plk dia buat.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 22, 2015 at 21:46

      haha..jangan Iman buat berus toilet sudah =p

      Reply
  2. fuzy says

    May 21, 2015 at 18:10

    Memang mcm nk berperang setiap kali nak gosok gigi… Tp untuk permulaan..lama-lama dah pandai ok la…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 22, 2015 at 21:45

      kan…harap lepas ni ok la kan =)

      Reply
  3. Norazean Musa says

    May 22, 2015 at 13:43

    Best2, nk try praktik kan utk anak saya Yusuf..thanks for info 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 22, 2015 at 21:44

      Semoga Yusuf suka gosok gigi =)

      Reply
  4. Cik Yaya says

    May 23, 2015 at 22:57

    bagus info ni..bdk2 mmg mls nk bsh lau parents dorng xsuh..huhu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2015 at 07:50

      Tuhla macam kita kecik-kecik dulu kot kan hehe

      Reply
  5. Pavlova says

    August 6, 2022 at 03:52

    Tiap kali nak berus gigi n mesti menangis terjerit-jerit. Anak tak nak berus gigi n mama terpaksa beruskan. Apalagi, terpekik tak nak buka mulut. Mama paksa juga.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 11, 2023 at 20:44

      hihi..bertabahlah mama =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design