Assalamualaikum
Apabila anak-anak mula membesar, agak mustahil mereka tiada sebarang alat permainan. Zuyyin dan Zayra pun tak terkecuali. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Begitulah permainan anak-anak. Tak perasan pun, tiba-tiba dah banyak =p
Jadi, masalah bila banyak permainan ni, anak-anak suka bermain satu, lepas tu tinggalkan dan main permainan lain pula. Akhir sekali rumah kita jadi macam tongkang pecah pula. Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk mendidik mereka kemas kembali permainan mereka ini setelah tidak digunakan.
Bagaimana melatih anak agar kemas semula barang permainan mereka:
- Tunjukkan mereka contoh
- Sekiranya kita mahu anak kemas apa yang telah mereka sepahkan, dalam kes ini barang permainan mereka, kita mestilah pastikan yang diri kita juga sama. Sebagai contoh kemas dan bersihkan tempat memasak selepas siap masak, kemas tempat kita lakukan kerja setelah selesai. Ini akan memberikan contoh kepada anak-anak. Harus diingat, anak-anak sentiasa memerhati dan meniru gerak langkah ibu dan ayah. Jadi semasa mereka bermain, ingatkan kepada mereka agar kembalikan semua ke tempat asalnya, jangan tinggalkan begitu sahaja
- Sediakan satu tempat yang memang khas untuk alat permainan mereka
Credit goes to askannamoseley.com
- Kalau boleh sediakan tempat yang bersih dan tersusun serta terangkan kepada anak-anak apa yang perlu ada dalam tempat tersebut. Sebagai contoh: Bola di dalam bakul, soft toys dalam satu bakul yang lain, buku tersusun di rak yang mereka sampai nak ambil dan letak kembali
- Jadikan mereka sebahagian dari aktiviti kita
- Zuyyin memang seorang yang ringan tulang. Walaupun bulan depan baru nak masuk 3 tahun (oh my, sungguh cepat masa berlalu), tapi Zuyyin yang tolong Zarith selesaikan laundry dengan masukkan baju kotor dalam mesin basuh (mesin muatan depan boleh buat begini) sidai dan melipat baju, vacuum dan mop rumah, siram pokok waktu pagi dan petang.
- Jadi perkara yang kita orang dewasa ni rasa dah bosan nak buat, bagi anak-anak kecil ianya sesuatu yang sangat menarik. Fun!
- Ini akan melatih mereka untuk suka buat kerja-kerja rumah termasuklah mengemas permainan mereka sendiri.
- Bagi ganjaran atau hukuman kepada mereka
- Sekiranya anak-anak tidak mahu mengemas kembali permainan mereka, lakukan “Time-Out”. Iaitu mereka tidak boleh bermain permainan kesukaan mereka itu dalam masa sehari. Pernah satu ketika Zuyyin moody dan tidak mahu simpan balik tepung untuk membuat Homemade Playdoh Tanpa Bahan Kimia, Zarith bagitahu esok Zuyyin tak boleh bermain playdoh, tapi waktu tu dia belum faham. Berkali-kali Zarith bagitahu, tapi Zuyyin tetap tak mahu simpan. Keesokan harinya Zuyyin nak ambil tepung dan nak buat playdoh, tapi Zarith ingatkan kesalahan semalam. Waktu tu memang Zuyyin merengek nak main, tapi Zarith ingatkan balik “Zuyyin kalau nak main playdoh kene simpan balik flour kan lepas main, kalau tak simpan ibu tak bagi main”. Lepas dari tu, memang setiap kali lepas main, Zuyyin kemas balik.
- Untuk ganjaran pula, memadailah bagi anak-anak sesuatu yang simple, contohnya bila siap kemas, boleh makan aiskrim buatan sendiri, atau boleh geletek-geletek dan main nyanyi-nyanyi dengan ibu. Zuyyin memang cukup excited =)
- Carta senarai kerja
Buat macam ni pun comel =)
- Untuk menjadikan proses ini lebih menarik, kita boleh buat senarai kerja yang perlu anak-anak buat dan bila dah selesai, tandakan, dan bagi reward. Mesti anak-anak teruja =)
Zuyyin ada sepit comel macam ni tapi dah bersepai kena cabut sebab comel sangat =p
- Untuk menjadikan proses ini lebih menarik, kita boleh buat senarai kerja yang perlu anak-anak buat dan bila dah selesai, tandakan, dan bagi reward. Mesti anak-anak teruja =)
- Kemas semua apabila hendak masuk tidur
- Sebelum tidur pastikan tiada apa yang tertinggal dilantai, ajar anak-anak perhatikan di lantai ada tak permainan mereka yang tertinggal. Bagitahu mereka kalau ada yang bersepah, esok pagi adalah waktu “Time-Out”
- Kita pun mesti tunjukkan contoh yang elok seperti tiada pinggan mangkuk yang masih tertinggal di dalam sink serta rumah tersusun sentiasa sebelum masuk tidur. Ingat! Pelajaran melalui tauladan =)
Walau apa sekalipun, anak-anak masih tetap anak kecil. Mereka suka bermain sambil belajar. Jadi jangan dimarahi mereka untuk kemas balik peralatan setelah mereka gunakan. Dalam hal ini, pelajaran melalui tauladan memang sangat praktikal.
Semoga bermanfaat! =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
bagus tips. selalu juga Luqman taknak kemas mainan lepas main.
Tuhla kak ros, budak lagi kan, tau nak main aje hehe
tips yg bgus ni..
good tips 😀 anak2 saya pun sama.pandai sepah je.tp sekarang dah ok skit walaupun selalu mamanya jadi tarzanita.
haha..tarzanita..lama2 nanti mesti pandai kan =)
Anak-anak yang bermain hebat pemikirannya, kita kekadang ter jadi rimau kalo anak tak kemas… heheh
alamak jadi rimau pulak hihihi