Assalamualaikum
Sekiranya sepanjang kehamilan kita tidak menjaga dengan baik kulit di kawasan yang bakal meregang, seperti bahagian perut dan peha, maka selepas bersalin nanti akan timbullah rekahan yang tidak diingini.
Memandangkan stretch mark ini termasuk dalam kategori parut, maka ia tidak mudah untuk dihapuskan dalam masa yang singkat. Jadi adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengelakkannya.
Cara mengelakkan timbulnya Stretch Mark:
- Banyakkan minum air masak.
- Ia dapat melembabkan kulit dan mengelakkan regangan pada kulit.
- Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin C
- Badan kita menggunakana Vitamin C untuk menghasilkan kolagen dan cartilage. Vitamin C juga sangat efektif dalam mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas.
- Rawatan menggunakan minyak.
- Antara minyak yang sangat bagus untuk mengelakkan berlakunya stretch mark ni adalah minyak Zaitun, minyak Vitamin E, Essential Oil, dan castor oil. Minyak Vitamin E boleh membantu memperbaiki elastisiti kulit dan seterusnya mengelakkan berlakunya regangan pada kulit. Kebanyakan minyak ini berkesan kerana ia mempunyai sifat antioksidan yang tinggi yang dapat mengelakkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Minyak kelapa juga sangat mujarab kerana ia mengandungi asid lemak tepu yang yang tidak mudah teroksida dan memelihara kulit daripada serangan radikal bebas.
- Pengambilan gelatin
- Gelatin yang dimaksudkan adalah kolagen dari air renehan tulang ayam atau lembu/kambing. Air renehan ini boleh dibuat sup, untuk masak sayur ataupun nasi. Pembentukan kolagen adalah sangat penting untuk mengekalkan elastisiti kulit dan seterusnya mengelakkan berlakunya regangan pada kulit.
- Selalu bersenam untuk meningkatkan elastisiti/ daya regangan kulit kita.
- Ini akan merangsang dan menegangkan dermis pada kulit (bahagian tengah kulit yang mengandungi collagen dan elastin). Amalkan senaman ibu hamil yang bukan sahaja untuk kulit malah boleh memudahkan proses kelahiran nanti
- Pengambilan Zinc
- Kekurangan zinc adalah antara penyebab kulit mengalami regangan. Zinc juga digunakan dalam penghasilan collagen dan ia juga bersifat antioksidan. Zinc boleh didapati dari ayam, kambing, lembu dan juga kekacang
- Shea butter atau cocoa butter
- Sentiasa melembabkan kawasan yang ada tendensi untuk meregang, contohnya sapukan losyen pada perut dan peha sekerap yang mungkin setiap hari. Gunakan produk yang ada shea butter ataupun cocoa butter sebagai sumber utama. Dua bahan ini merangsang pembentukan kulit baru agar stretch mark dapat dielakkan
- . Zarith suka amalkan penyapuan losyen selepas mandi kerana pada waktu ini kulit kita lembut dan lembap dan dapat menyerap kelembapan dengan maxima. Selain itu, setiap kali selepas solat waktu 5 kali sehari tu pun mesti sapu. Teknik ini memang berkesan. Tiada langsung kesan regangan.
Namun bila dah terjadi, janganlah ibu-ibu sedih dan murung. Ada pelbagai cara untuk memudarkannya dan seterusnya hilangkan stretch mark ni dari kulit anda dan menjadikan kulit mulus kembali. Di antaranya adalah ESP, Vitamin C, Vitamin E Complex, Collagen Powder dan juga Zinc Complex.
Jika anda nak hilangkan stretch mark yang dah lama menghantui hidup, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar stretch mark pudar dan lama-kelamaan hilang dari pandangan.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Nice info 🙂
Thanks =)