Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

May 25, 2015 by Ibu Zarith

8 Tips Melatih Baby Minum Susu Botol Sebelum Kembali Bekerja

Assalamualaikum

Bukan mudah bila ibu yang menyusukan anak sepenuhnya nak kembali ke tempat kerja. Macam-macam perkara yang difikirkan. Antaranya ialah macam mana nak bagi baby yang dah 24 jam melekat dengan kita ni, menyusu secara terus, tiba-tiba nak bagi minum susu ibu pakai botol? Macam mana nak latih kalau setiap kali bagi mesti baby menangis, takpun susu membazir je tak habis, baby dok main tolak puting botol dengan lidah.

Zarith kembali bekerja semasa usia Zuyyin 3 bulan. Bayangkanlah bila dah besar, kita nak latih memang agak mencabar. Botol susu NUK yang kami beli dari German pon Zuyyin taknak, Tommee Tippee, Avent pon taknak. Memang runsing. Bukan Zuyyin je menangis, ibu pon menangis sama.

Akhir sekali bila bertukar kepada MAM barulah Zuyyin ok, minum juga walaupun perlahan-lahan. Lama nak tunggu habis, tapi takpe la kan, dari tak minum langsung.

Zayra pula lebih senang kerana Zarith latih Zayra semasa dia berusia satu bulan. Jadi Zayra pon boleh minum menggunakan botol susu dengan pakar sekali. Kagum tengok Zayra =p

Zarith tahu ramai ibu yang runsing perkara yang sama. Mari kita sama-sama tengok apakah cara yang paling ideal untuk melatih baby minum susu ibu melalui botol.

Tips Melatih Baby Minum Susu Ibu Pakai Botol:

  1. Jauhkan ibu dari baby
    • Baby masih boleh bau ibu sekiranya ibu masih dalam jarak 20 kaki. Jadi, kalau boleh mintak tolong encik suami ataupun ahli keluarga yang lain untuk membantu.
    • Baby juga sangat bijak, mereka boleh kesan kehadiran kita walaupun kita berada dalam bilik sebelah
  2. Teknik Penyamaran
    • Boleh minta suami pakai baju kita (bath rob) dan pegang baby seperti cara yang kita pegang semasa susukan baby.
    • Cara ini berkesan bagi sesetengah baby
  3. Tukar posisi penyusuan
    • Sekiranya sebelum ini kita peluk baby untuk susukan dia, cuba letakkan baby pada posisi yang lain dari biasa.
    • Ada ibu yang meletakkan baby mereka dalam car seat (contohnya Maxi Cosi) dan duduk berhadapan dengan baby sambil memberi mereka botol. Bila baby dah biasa dengan botol, baru dakap seperti posisi menyusu yang biasa.
  4. Bagi minum sebelum baby lapar
    • Sekiranya baby dalam keadaan kelaparan, bertambah moody baby jadinya, dan semakin sukar untuk kita bagi minum melalui botol.
    • Ada yang kata “biarkan je baby lapar, nanti lama-lama dia nak la minum”. Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Jangan jadikan waktu makan mereka seperti dalam bidang pertempuran. Kesian baby.
    • Ada sesetengah baby sanggup bertahan sehingga ibu pulang kerja, sekiranya tidak terbiasa dengan botol. Mereka akan tidur akibat keletihan menangis. Ini tidak elok untuk perkembangan emosi baby.
  5. Jangan latih baby minum dalam botol sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa.
    • Relax.
    • Sekiranya baby tolak botol dan menangis, ketepikan botol dan pujuk baby.
    • Sekiranya baby dah reject botol sebanyak 3 kali dalam 1 sesi, hentikan sesi tersebut. Bagi jarak masa 5 hingga 10 minit dan selangkan dengan aktiviti lain. Kemudian baru bagi menyusu secara terus dari ibu. Baby ni bijak tau, kalau dia menangis tak nak botol dan kita terus bagi susu secara direct, nanti dia tahu tektiknya berjaya, lepas ni baby akan guna tektik yang sama.
  6. Bagi puting yang anak suka
    • Sekiranya anak anda menggunakan pacifier (puting palsu tu), boleh cuba tengok jenis puting tersebut dan guna dari jenis yang sama. Sekiranya puting tu dari latex, cari botol yang mempunyai puting latex.
  7. Bercakap dan pujuk baby
    • Seperti yang kita tahu, baby sangat faham perasaan ibu. Jangan kita anggap mereka tak faham apa yang kita lalui. Bercakaplah dengan baby, pujuk mereka dan terangkan situasi kita yang perlu kembali ke pejabat dan mereka perlu minum susu ibu melalui botol.
    • Boleh amalkan semasa mereka dalam fasa REM, iaitu semasa mereka tidur-tidur ayam, sebelum nyenyak tu.
  8. Bagi minum pakai cawan
    • Sekiranya baby anda memang tidak mahu minum menggunakan botol, ibu juga boleh cuba menggunakan syringe ataupun cawan kecil dan pegang baby dalam keadaan separa berdiri. Jangan biarkan baby baring sekiranya anda menggunakan dua alat ini sebagai bantuan ye. Bahaya.
    • Selepas lahirkan Zuyyin tiga tahun lepas, Zuyyin ditahan sekejap di NICU Hospital Ampang. Waktu tu memang tengok baby di NICU sekiranya ibu tak datang, nurse akan bagi menggunakan syringe atau cawan kecil ni. Hospital rakan bayi kan. Suka tengok

Walaubagaimanapun, jangan lupa sentiasa berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kita, sesungguhnya Allah yang mengawal setiap sesuatu. 

Ini perkongsian seorang ibu yang berjaya menyusukan anaknya walaupun bekerja syif di IJN. Setiap ibu menyusu tidak sama cabaran yang diterima.

Yang paling penting, ibu jangan terlalu stress. Ia akan memberi kesan buruk kepada produksi susu ibu. Ibu masih perlu amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang boleh mengurangkan susu. Set Menyusu Ibu Meriah juga jangan tinggal, ini untuk memastikan ibu sentiasa sihat, bertenaga serta dapat menyusukan baby sehingga usia baby 2 tahun. Inshaa Allah =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. suliana says

    May 26, 2015 at 17:44

    Info bagus nie kak zarith.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 26, 2015 at 17:58

      Semoga bermanfaat sue =)

      Reply
  2. suliana says

    May 26, 2015 at 19:52

    Saya mohon share utk cousin saya kak zarith. Dia susah hati ank xmau minum dlm botol. Kesian pula.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 26, 2015 at 23:56

      Boleh sue..takde masalah..semoga bermanfaat ye =)

      Reply
      • AYU says

        August 27, 2016 at 13:52

        baby saya pun susah hisap susu botol ..nak tingal p mana2 pun susah tau .😧

        Reply
        • Ibu Zarith says

          September 5, 2016 at 23:18

          hehe

          Reply
        • amani iskandar says

          March 24, 2017 at 14:12

          Same LA baby saya pun susah jgak..dah hbis cara ajar nk bg dia isap botol..

          Reply
          • Ibu Zarith says

            April 18, 2017 at 22:26

            hehe..anak pelbagai ragam kan

  3. fisya says

    May 28, 2015 at 12:31

    Info yg sangat bagus..Sy pnh alami situasi di mana anak tak nak botol sdangkn lgi seminggu ibu nak naik keje. Bukan anak lg dah yg menangis ibu pun turut sma menangis fikirkn anak..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 31, 2015 at 17:52

      Risau kan bila anak taknak botol ni. kita takut dia kelaparan

      Reply
  4. ime Asri says

    June 7, 2015 at 21:09

    Tips yg sgt membantu..tips no.7 mmg sgt berkesan. dah pujuk2 baby selama 3jam akhirnya berjaya. Lepas ni tenanglah ibu g keja. Alhamdulillah.. 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 8, 2015 at 00:24

      Wah Alhamdulillah..Takde la ibu risau lagi kan =)

      Reply
  5. Aya Chalo says

    November 16, 2015 at 21:33

    Kak Aya masih lagi berusaha nak ajar baby Rara menggunakan botol. Setakat ni masih belum berjaya. Pasni nak try guna tips Zarith la. Harap2 berjaya 😄

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 17, 2015 at 15:28

      Alolo rara yang chumel.. Semoga Rara nak terima botol lepas ni. Amin =)

      Reply
  6. nabila says

    November 29, 2015 at 03:04

    lagu seminggu saya kna start keje.. rungsing betoi sya baby xnk susu botoi… Mula lahir dulu ok je minum botoi.. Sya silap jgk seminggu tinggal botol.. Lpstu baby trus xmau botoi..Hrap2 lps bca tips2, diatas smga baby sya mau susu botoi lps ni insyaallah….Amin

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 1, 2015 at 12:55

      Semoga baby Nabila nak minum susu botol balik=)
      Baby bila sekejap jek kita tak bagi botol memang dia lupa, huhu. Zuyyin dulu pun macam tu, sampai menangis-nangis ibu dibuatnya huhu

      Reply
  7. Mizie says

    June 16, 2016 at 17:03

    Fazlin johari banyakan bersabar.allah selalu disamping org yg bersabar.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 01:53

      Aminn

      Reply
  8. Ila says

    June 22, 2016 at 18:51

    Saya nak share ye..tk

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:37

      Silakan ila

      Reply
  9. Ibu Mikael says

    August 17, 2016 at 17:47

    salam sis
    sy mnta izin share tips ya.
    situasi ni yg sy hdapi skrg.lg 15hr sy nk start keja..shift jg.baby skjap nk susu botol skjap xnk.msa sbulan dlu dia nk..jd sy anggap dia dh bole trima.dh nk start keja baru sy ajar blik..dh xnk pulak.ssh hti sy.nk try botol susu mcm zarith jg la nt.tq sis

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:15

      Wsalam wbt,
      Ye, jemput share =) Baby kalau dah mula ajar hisap botol, jangan berhentikan, sebab baby mudah lupa hehe.. Semoga berjaya ye

      Reply
  10. Ita says

    August 22, 2016 at 23:52

    Salam
    Thanks sharing.. baca ni pun sbb anak 2nd sy xnak minum guna botol.lg 2 mgu nak start kelas dah..
    Risau juga..
    Kakak dia dulu, ajar sekali ja guna botol masa dia umur 2 mgu.then masuk dia umur 3 bulan baru ajar semula.tp ok ja boleh accept..
    Mcm2 style anak kecil kita ni kan…betul2 mengajar mummy nya erti kesabaran.hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 5, 2016 at 23:22

      Wsalam wbt Puan Ita =)
      betul tu, lain anak lain ragamnya ehehe

      Reply
    • Furqan says

      January 16, 2017 at 09:16

      Assalam puan. Sama situasi mcm saya n wife. Anak no.2 juga. Mcm mana yer progress anak puan? Anak kami masih lagi tak nak botol.

      Reply
  11. Nurul zarina says

    August 31, 2016 at 18:49

    Salam sis…saya masih berperang dengan baby nak ajar guna botol susu..saya dah praktikkan cara kat atas,tp masih xda yg berjaya..bermacam puting dh dicuba..saya risau lagi 2 mggu saya nak masuk kerja.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 5, 2016 at 23:14

      Wsalam wbt Puan Nurul Zarina.
      Puan dah cuba bercakap dan memujuk baby semasa dia sedang tidur-tidur ayam? Dan teruskan melatih baby, insha Allah lama-kelamaan dia akan terima =)

      Reply
      • Nurul zarina says

        September 6, 2016 at 09:39

        Dah puan…sy pujuk,cakap kt baby…saya rasa tertekan sgt..xde yg berkesan lg..mggu dpan sy dh msuk keje..mggu ni,blm skali pun baby nk susu dr botol.

        Reply
        • Ibu Zarith says

          September 12, 2016 at 16:07

          Ayah baby atau ahli keluarga lain dah cuba membantu tak puan Nurul? Kalau mereka beri,ok tak?

          Reply
  12. Wati says

    September 7, 2016 at 19:51

    Aq jg punya baby ni wktu umur 8 hri lngsung pintar, tp pas sy coba wktu umur 2 bulan dia sdh lupa, aq bingung, kadang kalau aq ajar baby q kaya mau muntah dia, trus lidah.y dorong kluar itu punting susu btol, bgaimn in mba ???

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 12, 2016 at 16:05

      Selalunya baby di bawah usia 1 minggu memang boleh terima botol, tapi lepas tu bila kita tak biasakan, dia akan lupa dan lebih gemar minum susu secara terus dari ibu. Ibu boleh terus memujuk dan lakukan tips diatas ya =)

      Reply
  13. Rahimah says

    November 22, 2016 at 16:05

    Saya alami masalah yg sama. Baby Danial ni xnak minum susu ibu guna botol. Sanggup menangis sampai lena drpd minum botol. Dah seminggu saya cuba. Tgh bulan dec mama dah keja. Huhu mcm mana ni

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 8, 2017 at 00:52

      Semoga urusan puan dimudahkan ALlah

      Reply
  14. Ifa says

    January 10, 2017 at 18:34

    Sy juga alami masalah yg sama skrg ni..lg sminggu je nk keja, sy mula bg ms dalam pntang lg, tiap2 hr bagi die, die hisap main2 je..smpai skrg 2,3 hr ni die tolak menangis mraung2 xnak mnyusu botol..xtau la knp.rungsing n ssh hati sgt2 pikirkn nk tgglkan dgn pngasuh..mudah2an baby sy boleh trima botol sblom sy pegi keja..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:24

      Semoga semuanya dimudahkan Allah =)

      Reply
  15. Furqan says

    January 16, 2017 at 09:22

    Menghadapi masalah yg sama. Baby taknak minum dari botol. Menangis meraung2 pun tetap taknak minum. Bulan 2 ni mamanya dah start bekerja. Mama tgh susah hati. Ayah pun mula gundah gulana 😥

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 12:27

      Bersabar dan terus berdoa ye en Furqan. Semoga Allah permudahkan segala urusan

      Reply
  16. Ctzecks says

    March 9, 2017 at 09:30

    Ct pun masih memujuk baby Rasyadah minum susu dgn botol..sblm ni msk kje lunch hour kena blk bg susu..lps tu kul 4.30 plk kna standby blk bg susu, kalau husbnd blk awal blh lah dia bw baby ke tpt kje, ni pn nasib baik tpt kje dkt je..10min dh smp. Kalau jauh xtau le cne..skrg terpaksa bhenti kje dlu utk ajar baby minum susu botol. Demi anak, terpaksa lah..mudah2an baby Rasyadah mahu minum susu botol..permudahkan mama utk bekerja.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:05

      Semoga urusan dipermudahkan =)

      Reply
  17. Aty ty says

    April 21, 2017 at 11:27

    Sya pun tgh bingung ni sis..mggu dpn dh start kja…ank ikut mood nk hisap guna botol..kdg2 stress nk mnggis tkut bby lapar…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 23, 2017 at 00:44

      Sabar ye Aty. Doa banyak-banyak agar dipermudahkan urusan oleh-Nya. baby kita ni selalunya bila dah berjauhan dari kita akan pandai survive. Insha Allah takde masalah nak isap guna botol

      Reply
  18. enny says

    December 30, 2017 at 22:05

    ya allah sedihnye ble ank sye dah star xnak mnum susu botol,,, sampai puting ibu dah pedih,, puas dah sye pujuk xnak susu btol jgak,menangis sampai merah muka,, dah stres sye usaha nak bagi btol lagi

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:21

      Banyakkan berdoa ye puan. dan boleh cuba minta orang lain yang tolong berikan botol

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design