Assalamualaikum
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi masih dapat bernafas dengan udara yang sama tapi dekad baru dalam hidup ni =) Nak dijadikan cerita, pada 15 May 2015 yang lalu, Zarith bukan hanya dapat hadiah istimewa dari Mr Hubby, namun dapat juga sesuatu yang diluar jangkaan. Sesuatu yang telah lama diidamkan.Β
IPhone 6 Gold 128GB!
Yang lebih mengejutkan, ia bukan datang dari kaum keluarga atau sahabat handai. Jadi siapa?
Sebenarnya Impian untuk memiliki iPhone 6 ni dah lama Zarith tulis dalam buku 1001 Impian, iaitu December 2014. Zarith tulis dalam buku tu ” Iphone 6 – May 2015″. Ada yang tanya kenapa May? Sebab ingat ada orang nak bagi hadiah birthday ke? Bukan! Tak terlintas langsung pasal hadiah birthday. Yang Zarith ingat, tulis dalam buku tu sebab memang nak sangat.
Jadi, bila dapat tahu Group Shaklee kami di bawah leader Master Zainul dan Master Lyna (Founder iReach) mengadakan satu pertandingan yang merupakan assignment yang agak berat, yang bermula dari Februari- 12 April 2015 yang lalu, dan hadiah yang ditawarkan adalah sebuah iPhone 6 128GB, Zarith mula tulis di Vision Board pula iPhone 6 ni, bagi nampak setiap hari. Apa yang diajar dalam group, Zarith apply kan dan cuba sehabis baik.
Tiba detik yang dinanti pada 13 May 2015, Leader kami mengumumkan siapakah yang berada di tangga Top 10. Bijak sungguh Leader kami ini menyusun strategi, nama pemenang tidak diumumkan. Tapi disuruhnya Top 10 isi form iPhone color apa yang kami mahu dan alamat. Namun begitu, cuma ada seorang je yang akan menerima iPhone 6 yang ditempah khas dari Apple Store, yang lain akan menerima hadiah istimewa dari mereka.
15 May 2015 (Jumaat) – 4.10 Petang:
Sebuah van UPS berwarna hitam tiba di rumah. Kami memang dah berdebar tengok pemandu van tu keluar. Sekali tengok pakcik tu membawa sebuah kotak. “Ada beli iPhone ke dik?” Alahai peramah pulak pakcik tu, sampai luruh jantung kami mendengarkan perkataan “iPhone” tu. Memerhatikan gelagat kami suami isteri yang terpinga, berpandangan sesama sendiri pakcik tu sempat mengusik, ” Eh takkan lupa ada beli, iPhone ni dik, bukan telefon biasa”. Terus kami cepat-cepat tandatangan nak buka kotak yang mengandungi iPhone 6 tu.
Alhamdulillah, sujud syukur. Benar bagai dikata. IPhone 6 Gold 128GB yang ada dalam kotak tu. Bernilai RM 3,550. Kami masih berada dalam mimpi, macam tak percaya. Tersenyum berpandangan sesama sendiri. Terus sihat Mr. Hubby yang demam pada waktu tu =p
Buku 1001 Impian
Baru tahu buku 1001 Impian yang ditekankan oleh Leaders kami memang sangat penting. Ia umpama magic. Kita nak, tulis, dan usaha untuk dapatkannya. Inshaa Allah pasti dapat =)
Nak join group Shaklee yang Ohsem? Sentiasa menyokong satu sama lain, sehingga berjaya menggapai Impian kita satu persatu? Hubungi Zarith 013-7510028 sekarang! Kami akan memimpin anda bersama-sama menuju ke puncak kejayaan, Inshaa Allah =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Salam…saya sering nampak entry2 awk dan very inspired cara penulisan dan visualnya.
BTW, sy nk tya buku impian tu…impian kita seorang atau impian bersama suami? Semua kena ada tarikh ke? huhuhuhu….pernah dgr tp tak pernah cuba fahami.
Alhamdulillah thanks ye.
Buku tu kita punya sorang je. Suro suami buat sendiri. Hehe.
Better buat waktu yang kita nak capai, so kita akan bekerja keras untuk capai target =D
tahniah buat puan zarith, 101 impian ini memang sangat mengujakan, saya sendiri mengalami kehebatan 101 impian, rugi jika siapa yang tak buat
Alhamdulillah terima kasih ye. Betul tu, rugi kan siapa yang tak buat. Tahniah juga sebab dah berjaya capai impian dalam buku 101 impian =D
Tahniah Zarith, you deserve it! Tak sabar tunggu sesi webinar esok. Mau kaut ilmu dan aura banyak-banyak.
Alhamdulillah TQ kak Aya =D Nervous dan bercampur baur ni perasaan hehe
Wow Iphone 6 tu. Tahniah Zarith.
Nak tulis juga dalam buku 101 Impian. π
Semoga terus sukses.
Tengkiu kak ros.. Selamat tulis dalam buku 101 impian tentang iphone 6 ye =D
Alhamdulillah…tahniah…sgt memberi inspirasi π
Alhamdulillah. Terima kasih ye <3
Tq ibu zarith atas sharing webinar semalam.. Sangat inspired.. Sambil berwebinar sambil dengar suara bdk2… X terbayang macamana bleh capai impian sambil uruskan anak2.. U deserved it dear… Thanks once again!!!
Alhamdulillah.. semoga bermanfaat ye. Jangan jadikan anak-anak sebagai penghalang, tapi jadikan mereka sebagai semangat untuk kita kejar impian =)
Kuciwa… Tak dapat tembus joim webinar… Harap ada ulangan….nak.dgr.suara owner i phong 6!!!
Hehe.. Harap juga ade recording =)
tahniah ibu zarith. tq utk perkongsian dalam webinar semalam.
bila dgr tu, rasa bersemangat π
Terima kasih ye.. Semoga bermanfaat dan dapat apply apa yang patut =)
kak, saya nk amik alamat blog akak untuk saya masukkan dlm blog saya sbg blog kesukaan bleh tak?
Boleh sue no problem. Terima kasih banyak ye =)
Alhamdulillah…
thniah juga.. =)
Alhamdulillah tengkiu yaya =)
Congrats, Zarith! Rezeki iPhone 6 lagi! Memang bila kita setkan mission, target/impian, kita akan lebih bersemangat untuk achieve semua tu.
Alhamdulillah kak Farah. Tengkiu =) Betul tu mmg perlu ada impian kan
Tahniah Zarith..thank you for sharing…memberi inspirasi pada saya
Good Job my dear…
Terima kasih Diana. Semoga bermanfaat =)
Lepas ni nak tulis dalam buku impian juga. CONGRATS!
Jom eva =)