Assalamualaikum
Bila baby kita berusia 6 bulan, kita pun excited nak bagi makan. Nak tengok apa reaksi baby, nak tengok mimik muka mereka. Pendek kata memang teruja! Tapi tahu tak ibu-ibu sekalian, baby berusia 6 bulan tidak boleh dikenalkan dengan bubur serta-merta. Bayangkan perut yang mempunyai usus yang begitu lembut, yang selama ini hanya minum susu ibu yang berbentuk cecair, tiba-tiba nak diberi makan bubur. Terkejut perut baby. Sebab itulah kita hendaklah kenalkan mereka dengan puree buah-buahan dan sayuran dahulu.
Mungkin juga ada ibu yang nak mulakan bagi baby makan dengan Nestum atau Cerelac atau apa-apa jenis bijirin bayi dari tin/ kotak yang dijual di pasaran. Banyak iklan menarik tentang ‘makanan segera’ ini yang menunjukkan betapa baby gembira dan berselera bila diberi makan. Namun persoalannya, benarkah ‘makanan segera’ ini berkhasiat untuk si manja kita?
Cuba lihat pada bahan-bahan yang tertulis pada belakang tin/ kotak bijirin bayi tersebut. Anda ada nampak perkataan ‘Saturated Fatty Acid, Trans Fatty Acid, Sodium dan Sugar’ tak? Jika ada, anda sedang memberi baby anda sesuatu yang tidak sihat. Nak tahu kenapa? Jom baca, fahami dan nilai sendiri apa yang anda beri kepada anak anda.
“The results of this survey are staggering. Many foods marketed for babies and young children are often advertised as “healthy”.
In reality, in terms of sugar and saturated fat content, some are worse than junk food. In particular, failing to correctly label products that contain dangerous trans fats is outrageous.”
” Keputusan kajian ini adalah mengejutkan. Kebanyakan makanan yang dipasarkan untuk baby dan kanak-kanak sering diiklankan sebagai ‘sihat’. Pada hakikatnya, dari segi kandungan gula dan lemak tepu, ada yang lebih teruk dari makanan ringan. Kegagalan untuk melabel produk yang mengandungi lemak tepu dengan betul adalah sesuatu yang keterlaluan”
Sumber: Some baby foods are worst than junk food
Apakah itu Saturated Fat?
Ia adalah lemak tepu yang membantu kekalkan makanan dalam keadaannya dan menjadikan makanan sangat sedap seperti ianya mencair dalam mulut (melt in mouth). Pengambilan lemak tepu ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung, strok dan sebagainya kerana ia meningkatkan kadar Kolesterol jahat LDL dalam darah
Apakah itu Trans Fat?
Ia adalah kumpulan lemak yang paling tidak berkhasiat sekali dan fungsinya sama dengan saturated fat. Ia meningkatkan Kolesterol Jahat LDL dan menurunkan Kolesterol Baik HDL dalam darah..
Sodium
Kandungan sodium yang diperlukan oleh baby sehinggalah berusia 2 tahun hanyalah kurang dari 0.4 gram. Ini boleh didapati dari susu yang diminum setiap hari serta dari puree buah-buahan dan sayuran. Kandungan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang mereka. Cuba tengok berapa banyak kandungan Sodium dalam ‘makanan segera’ anak anda?
Sugar
Dalam makanan baby ada gula? Bia betul? Bahaya tau! Buah pinggang baby terlalu lemah untuk proses gula sehingga mereka berusia 2 tahun.
Zuyyin dulu sehingga berusia 2 tahun baru Zarith perasakan makanan dengan garam dan gula. Itu pun yang organik. Sebelum berusia 2 tahun, makanan Zuyyin memang langsung tiada garam dan gula. Semuanya masak sendiri sebelum pergi dan balik kerja.
Semuanya ditangan kita sebagai ibu. Baby tak tahu apa, mereka makan je apa yang kita suapkan kepada mereka. Cuba bayangkan penat kita menjaganya dalam kandungan kita selama 9 bulan, tiba-tiba bila keluar kita beri mereka makan sesuatu yang memudahkan kerja kita, tapi membahayakan mereka. Kasihan kan.
Tak susah nak buat puree buah-buahan pun. Zarith pernah kongsikan di Resepi Makanan Baby 6-12 bulan. Antaranya puree pisang, betik, brokoli…
Kalau dah pandai sikit makan dan berusia lebih satu tahun, boleh cuba Resepi Anak Satu Tahun Tanpa Gula Dan Garam seperti marcaroni goreng, nasi goreng, nugget ayam, serta biskut.
Selamat merajinkan diri mommies =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Nina Aman says
Hai zarith, thanks for all the info provided here..
Very useful!
Ibu Zarith says
Hi nina =) Semoga bermanfaat!
fuzy says
Betul setuju sgt…. Ramai excited,tapi nak mudah…tq zarith
Ibu Zarith says
Semoga kita terus rajin untuk anak kita sendiri. Welcome fuzy =)