Assalamualaikum
Bila hari minggu kepala fikir nak buat macam-macam aktiviti nak bagi Zuyyin belajar. Dan salah satu darinya adalah main masak-masak. Nanti dah besar, Zuyyin boleh tolong ibu masak dan ibu pula goyang kaki =p
Okay harini pula kita belajar buat bun yang simple tapi sedap. Al-kisahnya ibu Zuyyin ni suka makan bun cicah air panas, susu ke, hot choc ke. Memang suka sangat. Tapi nak cari bun yang sedap agak sukar. Jadi ibu pon cubalah resepi yang satu ini. Not bad at all =)
Cara Membuat Bun Mudah Dan Sedap:
- Bahan-bahan:
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu cair
- 5 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu besar marjerin
- Sedikit garam
- Daun pandan
- 1 paket yis mauripan (masukkan dalam sedikit air suam)
- Cara Membuat:
- Ramaskan daun pandan, telur, gula dan garam sehingga gula hancur. Keluarkan daun pandan
- Masukkan tepung sedikit-sedikit diselangkan dengan susu cair.
- Masukkan marjerin.
- Gaul sampai rata dan last sekali masukkan yis.
- Agak-agak dah tak melekat ditangan, biarkan dough naik. Zarith letak kat luar, tapi bertutup.
- Bila dah naik tinggi, uli sekali lagi, dan jadikan dough kecil-kecil.
- Sapukan tempat bakar bun dengan marjerin.
- Letakkan dough kecik tadi serapat yang boleh.
- Biarkan sekejap bagi dia naik lagi
- Bakar pada suhu 170 celcius selama 30-45 minit.
- Periksa sama ada dah masak ke belum dengan cucuk pencungkil gigi di tengah bun. Kalau masih ada dough yang melekat pada pencungkil gigi, teruskan memasak.
- Bila dah siap, keluarkan dan sapukan marjerin/ butter. Tabur gula/cheese jika suda.
Chef cilik Zuyyin sedang membuat sentuhan terakhir =)
Selamat mencuba =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
assalam…
wahh cam susah je nak buat..tp tgok roti tu cam sedap ^,^
Haha..tengok langkah macam complicated ek? Sebenarnya senang sangat tapi bila nak olah jadi kata-kata tu susah hehe
Assalamu’alaikum Zarith,
Akak Farrah datang membalas kunjungan. Selamat berkenalan 🙂
Cantik gebu bun tu naik dalam loyang ye..
Wsalam kak Farah =)
Selamat berkenalan. Hehe..cuaca panas, naik cantik je =p
nampak macam sedap kak zarith…. nak kena beli oven nie….
Sedappp… lebih sedap dari kat kedai hikhik
Wow!! Tringin nak cba.. mama sya sngt ska mkn bun .. jdi bleh cba buat.. thank for share this recipe .. : )
Hehe sila2 =)