Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

June 11, 2015 by Ibu Zarith

12 Resepi Anak Berusia Setahun Yang Sihat, Mudah Dan Menyelerakan

Assalamualaikum

Ibu-ibu semua tahu kan, anak di bawah 2 tahun tak boleh diberi makanan yang ada gula dan garam? Baby hanya perlukan kurang dari 1 g (0.4 g sodium) sehari sehingga 2 tahun. Buah pinggang baby tak dapat menampung garam yang lagi banyak dari ni. Sebelum baby kita berusia 6 bulan, keperluan garam ditampung dalam susu ibu.

Sayuran yang kaya dengan sodium

Bila baby kita mula makan solid food, kita tak perlu nak tambah garam walau sedikit pun. Selepas berumur 1 tahun sehingga 3 tahun, anak kita memerlukan cuma 2g sehari (0.8g sodium). Ini boleh didapati dari sumber-sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Buah-buahan yang kaya dengan sodium

Masa zaman Zuyyin kecik dulu, setiap hari sebelum pergi kerja, Zarith akan buatkan makanan dan bekalkan di rumah pengasuh. Balik kerja masak lagi. Nak bagi Zuyyin makan yang fresh. Pergi travel pun siap bawak slow cooker dan masakkan di hotel. Nak pergi shopping pun bawak bekal makanan Zuyyin.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kalau kita nak memberikan yang terbaik untuk anak, penat dan susah macam mana pun kita tetap gagahkan diri =)

Resepi Anak 1 tahun Yang Sihat, Mudah dan Sedap

  1. Nasi goreng ikan bilis
    • Bahan-bahan:
      • Nasi yang telah masak
      • Ikan bilis yang telah dibuang kepala,najis dan tulangnya. Rendam dalam air.
      • Bawang putih
      • Bawang merah
      • Sayur yang digemari anak
      • Minyak zaitun
    • Cara memasak:
      • Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan merah sehingga lumat.
      • Tumis dengan sedikit minyak zaitun.
      • Dah wangi dan keperangan, boleh masukkan nasi.
      • Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan tutup api
  2. Jemput-jemput ikan bilis
    • Bahan-bahan:
      • Bawang merah dicincang halus
      • Daun sup dicincang halus
      • Kentang dipotong dadu
      • Ikan bilis dibuang kepala, najis dan tulangnya, direndam dalam air.
      • Tepung unbleached
      • Air yang telah ditapis
      • Minyak Zaitun
    • Cara memasak:
      • Tumbuk ikan bilis sehingga lumat
      • Masukkan ikan bilis, bawang, kentang dan daun sup dalam tepung.
      • Tambahkan air agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair. Gaul sehingga sebati.
      • Gorengkan dalam minyak zaitun sehingga keperangan.
  3. Marcaroni goreng
    • Bahan-bahan:
      • Sedikit udang kering (pastikan anak anda tidak alah dengan udang). Basuh dan rendam dalam air.
      • Bawang putih
      • Bawang merah
      • Unsalted butter
      • Marcaroni yang telah direbus dengan air dan sedikit minyak zaitun dan ditoskan
    • Cara memasak:
      • Kisarkan udang kering, bawang merah dan putih.
      • Cairkan sedikit unsalted butter, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan keperangan.
      • Masukkan marcaroni dan gaul sebati
  4. Chicken pie
    • Bahan-bahan:
      • 2 biji kentang
      • 1 cawan isi ayam
      • 2 oz susu ibu/ formula milk
      • Sayur apa pun boleh (Zarith buat tomato+daun sup)
      • 1 sudu unsalted butter
      • sedikit serbuk kayu manis
      • 1 ulas bawang merah
      • 1 ulas bawang putih
      • Minyak Zaitun untuk menumis
      • Sedikit cheese
    • Cara memasak:
      • Rebus kentang sampai empuk
      • Rebus isi ayam sampai lembut
      • Lenyekkan kentang dengan susu dan unsalted butter
      • Tumis bawang merah & putih sampai wangi
      • Masukkan sedikit air (jangan banyak sangat nanti pie berair)
      • Masukkan isi ayam yang diracik halus
      • Masukkan tomato, daun sup dan serbuk kayu manis
      • Didihkan sampai agak-agak kering
      • Gaul sebati hasil tumisan dengan kentang yang telah dilenyek
      • Masukkan ke dalam bekas aluminium kecil untuk membuat pie
      • Parutkan sedikit cheese dan taburkan
      • Bakar 130 Celcius selama 45 minit
  5. Sup Ayam Kampung
    • Bahan-bahan:
      • Bawang merah
      • Bawang putih
      • Halia
      • Ayam kampung
      • Tomato
      • Daun sup
      • Cellery
      • Kentang belah 4
      • Air yang telah ditapis
    • Cara memasak:
      • Halia dan bawang putih ditumbuk.
      • Bawang merah di hiris halus dan digoreng dengan minyak zaitun (bawang goreng)
      • Tumiskan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
      • Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Masak sampai wangi
      • Masukkan ayam, masak sekejap sehingga tiada darah.
      • Masukkan air tapis. Renehkan dengan api kecil. Masukkan kentang.
      • Sebelum tutup api, masukkan sayur-sayuran.
      • Hidangkan bersama daun bawang dan daun sup
  6. Pancake Kurma
    • Bahan-bahan:
      • Tepung unbleached
      • Sedikit soda bikarbonat
      • Telur (pastikan anak anda dah lepas ujian telur)
      • Unsalted butter
      • Kurma yang telah dijadikan puree
      • Madu
    • Cara memasak:
      • Pukul telur sehingga kembang
      • Masukkan tepung dan soda bikarbonat
      • Masukkan sedikit puree kurma
      • Gaulkan sehingga sebati
      • Panaskan kuali dan cairkan unsalted butter.
      • Masukkan satu senduk bancuhan tadi. Masak dengan api yang kecil
      • Dah siap, boleh dimakan juga dengan madu
  7. Biskut melt in mouth
    • Bahan-bahan:
      • 1/2 cawan unsalted butter
      • 1/8 cawan tepung jagung
      • 3/4 – 1 cawan tepung unbleached
    • Cara memasak:
      • Pre-heat Oven 190 Celcius
      • Pukul unsalted butter sampai kembang
      • Masukkan tepung, gaul sebati.
    • Cara tambah perisa, sama ada:
      • 1/3 adunan ditambah dengan 1 sudu besar puree kurma
      • 1/3 adunan ditambah dengan susu ibu
      • 1/3 adunan ditambah 1 sudu kecil cream cheese dan 2 sudu kecil puree kurma
  8. Ikan tenggiri panggang butter
    • Bahan-bahan:
      • Ikan tenggiri potong dibasuh dengan air asam jawa
      • Bawang putih dan kunyit yang telah ditumbuk
      • Unsalted butter
    • Cara memasak:
      • Lumurkan potongan ikan tenggiri tu dengan bawang putih dan kunyit.
      • Perapkan.
      • Panaskan kuali dengan butter, masak ikan sehingga keperangan.
  9. Nugget Ayam
    • Bahan-bahan:
      • Isi ayam
      • Oat
      • Tepung unbleached
      • Telur (pastikan anak dah lepas ujian alahan telur)
      • Minyak Zaitun
    • Cara memasak:
      • Kisarkan ayam dengan sedikit air masak (jangan banyak nanti susah nak kepal)
      • Campurkan sedikit tepung sampai boleh kepal, jangan banyak sangat nanti rasa tepung tu lebih dominan
      • Celup dalam telur
      • Golekkan dalam mangkuk berisi oat
      • Goreng dengan minyak zaitun
  10. Creamy Cheezy Chicken pasta
    • Bahan-bahan:
      • Bawang merah, bawang putih
      • Marcaroni/ pasta lain
      • Isi Ayam
      • Stok ayam homemade
      • Lobak merah/cendawan/brokoli
      • Cheddar cheese (grated)
      • Pepper/ black pepper (letak sedikit je takut perut anak tak tahan)
      • Pelbagai herba itali
      • Unsalted butter/ minyak zaitun
      • tepung unbleached
    • Cara Memasak:
      • Rebus marcaroni dengan air dan sedikit minyak zaitun
      • Tumis semua bawang dengan unsalted butter.
      • Masukkan isi ayam
      • Masukkan air/stok ayam
      • Tambah tepung dan kacau sehingga tidak berketul
      • Masukkan sayur
      • Bila dah mendidih, masukkan cheese, pepper dan mixed herbs tadi
      • Tutup api bila cheese dah cair
  11. Kentang bakar
    • Bahan-bahan:
      • Kentang
      • Unsalted butter
      • Pepper
      • Chopped garlic
    • Cara memasak:
      • Bersihkan kentang
      • potong ikut suka
      • Gaul dengan sedikit pepper, chopped garlic dan unsalted butter
      • Bakar dalam oven. Sekiranya tiada oven, boleh bakar atas kuali tapi kena steamkan dulu, biar kentang menjadi lembut
  12. Biskut kering
    • Bahan-bahan:
      • Roti Gardenia
      • Pencetak kuih raya
    • Cara Memasak:
      • Terap roti gardenia mengikut bentuk yang anda suka
      • Bakar pada suhu 110 celcius selama 10 minit
      • Bakar sehingga keperangan (semua air dah keluar dari roti)
      • Sejukkan

Sebenarnya banyak lagi resepi yang selalu Zarith masakkan untuk Zuyyin dulu. Nanti bila Zayra dah mula makan, Zarith akan kongsikan lagi ye, Inshaa Allah =)

Semoga bermanfaat!

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    June 11, 2015 at 10:04

    wah.. banyaknya resepi utk zuyyin. Sihat-sihat semua.
    Tq zarith.. nak cubalah nanti.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 11, 2015 at 13:03

      Hehe..ni baru sikit kak ros.. Nanti Zarith share lagi. Selamt mencuba untuk maryam =)

      Reply
      • Wan Lisa Sofia says

        August 14, 2017 at 01:07

        Tq sis.

        Reply
        • Ibu Zarith says

          July 14, 2018 at 00:20

          welcome =)

          Reply
    • izzah says

      July 30, 2019 at 07:00

      tq 4 sharinng ubi zarith…
      byk idea … menarik… mesti anak suka
      👍💪😍

      Reply
      • Ibu Zarith says

        September 23, 2019 at 22:58

        Sama2 izzah. cubalah ya =)

        Reply
  2. Nina Aman says

    June 11, 2015 at 12:12

    zarith, thanks sbb share resepi.. tgh buntu takde idea nak prepare apa utk anak.. asyik2 menu yg sama je..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 11, 2015 at 13:02

      Hehe..tuhla, kena banyak mencuba resepi baru.. Nanti kalau Zayra dah start solid food when she’s 1 yo, i’ll share more recepies, Inshaa Allah =)

      Reply
  3. titan says

    June 11, 2015 at 13:14

    budak-budak suka makanan yang berwarna-warni dan manis.

    so..buat ikut tu je. hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 11, 2015 at 16:16

      Hehe..Zuyyin pulak memang tak biasakan manis dari kecik lagi =)

      Reply
  4. syuhada says

    June 11, 2015 at 13:46

    Banyk nya resipi….rajin ibu zarith nie…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 11, 2015 at 16:17

      Zuyyin suka makan, jadi ibu kena pelbagai syu.. Belum masuk resepi ice cream lagi hehe

      Reply
  5. musadun says

    June 11, 2015 at 23:28

    waa.lengkap resepi semua..boleh buat jadual utk sebulan guna semua resepi ni..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 18, 2015 at 06:27

      Hehe…banyak lagi yang nak ditambah ni =)

      Reply
  6. Sheayang says

    July 6, 2015 at 09:59

    ibu zarith, mana nak dapat tepung unbleached tu ye? ada brand yang senang nak dapat tak?
    papepun, thanks sudi kongsi resepi. hehehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 7, 2015 at 00:01

      Selalu Zarith pakai tepung atta tu.. Memang kompem unbleached! hehe…tapi rasa lain sikit la. Tepung faiza tu agak-agak betul tak unbleached? Kalau betul boleh guna kot. Wallahualam =)

      Reply
  7. Aya Chalo says

    July 9, 2015 at 13:34

    Banyaknya resipi.. sy pun tak sabar mau main masak2 untuk Rara 😀

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2015 at 23:40

      Kan..untung rara mama rajin masak hehe

      Reply
  8. Zahra says

    August 4, 2015 at 10:41

    Thanks sis.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 5, 2015 at 02:02

      Welcome Zahra =)

      Reply
  9. Roslina ismail says

    August 15, 2015 at 21:45

    Syukran zarith..sorry..hi hi.boleh share?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 26, 2015 at 00:14

      Boleh. Silakan =)

      Reply
  10. nurul asheqein says

    October 21, 2015 at 02:16

    salam sis.. anak sya bru nk masuk 1thn, dah blh bg mkn nasi ke? cth bt nasi grg mcm sis tu. die slalu biasa mkn bubur je ayam @ ikan + sayur.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 21, 2015 at 02:36

      Wsalam. Kalau dah ade gigi penuh, boleh buat nasi grg tp kalau masih blm ade gigi geraham, kalau nak buat juga pakai nasi lembik. Walaubagaimanapun tengok pada najis anak, kalau keras atau sembelit tu maksudnya ank belum pandai kunyah betul, jadi lepas ni elakkan dulu bagi nasi goreng, takut berat pada usus nak proses

      Reply
  11. ain naim says

    November 24, 2015 at 15:10

    Assalamualaikum..tq utk resipi yg ohsem ye puan..sy nak minta izin utk print screen dan share di fb..
    Anak ketiga sy baru masuk 1 tahun. Baru ada 8 batang gigi depan..4 atas dan 4 bawah…belum ada geraham. Sebelum sy hanya bekalkan bubur nasi utk makan pagi dan puree buah2 utk minum petang…
    Rasanya dh blh tukar menu…syukur jumpa blog puan ni…tq byk2 ye puan….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 1, 2015 at 12:57

      Wsalam wbt. Zayra dah setahun 5 bulan pun gigi baru 4 batang, depan semuanya =)

      Reply
  12. Sri says

    December 11, 2015 at 11:15

    Salam sis. tq for the healthy and easy recipes. tp nk tnye la, selalu sis pakai tepung jenama apa utk tepung unbleached tu? blh kongsi x?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 15, 2015 at 15:26

      Dulu Zarith guna tepung atta jek. tapi sekarang dah ade tepung faiza yang unbleached tu. Boleh pakai juga, dan rasa lebih sedap hihi

      Reply
  13. Hafazah says

    March 15, 2016 at 23:00

    Salam sis.. Saya nak mintak izin ye amik resepi ni.. Saya nak buat untuk anak saya yg setahun dua bulan ni.. Saya mmg x tahu menu apa yg perlu saya buat untuk dia… Tksh sis ats perkongsian

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 17, 2016 at 21:59

      Wsalam wbt Hafazah. Silakan, semoga memberi manfaat 🙂

      Reply
  14. Norsuhada says

    April 1, 2016 at 07:08

    Asalamualaikum..saya share ye kak..anak saya setahun 3 bulan memng memilih kalau nk mkn..saya pun tk thu nk masak apa.:-) tq ye

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 3, 2016 at 17:37

      Wsalam Norsuhada. Silakan =) Memang kadang tu buntu kan fikir nak masak ape hehe

      Reply
  15. zana says

    April 21, 2016 at 00:59

    Thanks zarith…amat berguna info resepi ni sgt2…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 4, 2016 at 22:42

      Welcome Zana =) Semoga bermanfaat =)

      Reply
  16. UmmuAyyash says

    April 27, 2016 at 16:06

    Tengok pun sedap, ni mak pun suka ni,huhu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 4, 2016 at 22:36

      Sambil sediakan makanan, boleh juga curik-curik makan hehehe

      Reply
  17. hamelia says

    May 16, 2016 at 14:53

    good idea ni sis..tq tau

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 21, 2016 at 07:05

      Welcome dear 😊

      Reply
  18. anith says

    June 9, 2016 at 12:16

    Salam sis..mohon share ye..thank you 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 02:12

      wsalam..ye silakan =) Semoga bermanfaat

      Reply
  19. Ayu natasyah says

    June 15, 2016 at 21:32

    Kakak , nanty sya mau try buat . Mau tau ngam dgn perut c kecil . Tp gigi dia baru 6batang . 4atas 2bawah , boleh kah ?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 01:58

      Zayra, anak kak Zarith yang no 2 ni, umur nak masuk 2 tahun bulan depan, gigi pun baru 6 batang, 2 atas 4 bawah. yang 2 bawah tu baru tumbuh bulan lepas. Sebelum ni hanya makan dengan 4 batang gigi depan huhu. Cuma pastikan kalau nasi tu tak terlalu keras, pasta tu direbus lembut, dan buah-buahan bagi yang lembut =)

      Reply
  20. Hafizah says

    July 26, 2016 at 11:48

    Mohon share ye tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 8, 2016 at 01:46

      Silakan Pn Hafizah. Semoga bermanfaat =)

      Reply
  21. Norhasliza Ahmadan says

    July 31, 2016 at 15:07

    Saya mohon izin share di fb ya, puan..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 8, 2016 at 01:45

      Silakan Puan Norhasliza, semoga bermanfaat =)

      Reply
  22. Atiqah says

    September 25, 2016 at 12:53

    Assalam, ibu Zarith. Terima kasih kerana berkongsi. Nak tanya, kalau anak sy baru ada 2 gigi bawah, gigi atas belum keluar tapi dah nampak putih2 mcm nak keluar tu, boleh ke bagi makan resipi ni?
    Sy nak masak mcm2 utk anak, tapi risau dia tercekik. Sekarang dia 11 bulan seminggu.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 15:59

      Wsalam wbt puan, kalau boleh bagi makanan yang anak boleh kunyah dan telan. Sebab takut tercekik. Kalau nak buat nasi goreng juga contohnya, mungkin boleh buat dengan nasi yang sedikit lembik.

      Reply
  23. hendarwati says

    October 8, 2016 at 19:11

    serius kalu macam nie umminya pun berselera makan..
    tq zarith sayang..
    i’ll try my best to make it happen for my childrens

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:39

      Insha Allah hendarwati..semoga kita jadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita

      Reply
  24. ummul azra says

    October 26, 2016 at 17:22

    unsalted butter ni mcam mna ya

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:31

      butter tanpa garam. boleh cari di shopping complex bahagian butter. memang ada tulis unsalted butter

      Reply
  25. Erin says

    December 11, 2016 at 09:21

    Assalsm akk saya nk tnya untuk bfast setahun 6 bulan mkn apa ye..akk xde resepi lg ke..saya pun da x tau nk masak apa 🙁 harap akk dpt pelbgai resepi ringkas tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:18

      Wsalam hehe..
      boleh pelbagaikan nasi, mee dan pasta. Kalau dah lepas ujian telur boleh buat roti telur dan dimasak dengan unsalted butter, atau pancake yang dicicah dengan madu, atau pancake pisang dan sebagainya =)

      Reply
  26. Linda says

    January 8, 2017 at 09:33

    Salam sis..saya share resepi tau…mmg menarik. Semoga sis diberkati Allah SWT.. Tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 02:29

      Wsalam wbt Linda,
      silakan share, semoga bermanfaat =)

      Reply
  27. Siti Nadimah Muhammad says

    April 7, 2017 at 06:31

    Thank yoi for sharing akak. Nak try follow. Budak skng xde rasa dah mula meluah makanan. Kene trained. Hihi.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 18, 2017 at 22:20

      hehe..boleh insha Allah. Semoga berjaya =)

      Reply
  28. Nur Ain says

    May 7, 2017 at 07:33

    wahh…menarik…mesti anak saya suka ni…Mohon Share ye sis.. 🙂 tqvm

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 17, 2017 at 22:54

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  29. Nurul says

    July 4, 2017 at 11:07

    anak saya pun namanya zuyyin. semoga saya boleh masak yg sedap2 utk zuyyin jugak 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2017 at 23:04

      wah sama pula nama anak kita hehehe

      Reply
  30. nur idayu says

    August 12, 2017 at 10:15

    sy share ye kak bermanfaat ni…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:19

      ok ayu =)

      Reply
  31. noor izwati says

    August 25, 2017 at 18:09

    Wow…sedap…sedap nampak resepi.
    Yang dewasa pun boleh makan guna resepi ni.
    Jemput ke teratak saya juga ye.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:16

      kita pun boleh makan hehe

      Reply
  32. Liz says

    August 26, 2017 at 11:00

    yang tu menu “Biskut Kering”.gambar baby tu anak akak ke? coz bila tengok,seiras macam baby sya la pulak muka dia.Nama manja dia Baby Nia..hehe
    Terima kasih lah akak bagi tips macam ni.sebab bby sya memg susah nak makan nasi masa nie.bubur pn tak nak.tambahan pulak nak masuk 1 tahun pd 28hb ogos nie..insya allah sya nak cuba resepi yg akak share nie..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:16

      iya liz, itu anak kak zarith, Zuyyin nama dia

      Reply
  33. Amira says

    September 15, 2017 at 19:05

    Biskut tu nak bakar brp minit?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:19

      Agak-agak je dah brownish

      Reply
  34. Pn Liz says

    October 19, 2017 at 17:52

    As’salam Puan, mohon share resepi ni ye…sy nk bt kn untuk ank sy yg bru umur 1tahun…
    Terima kasih sbb bg idea tuk menu si manja…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:54

      wsalam pn liz. silakan =)

      Reply
  35. Puan KA says

    October 22, 2017 at 21:16

    Assalammualaikum .
    Perkongsian menarik.
    Terima kasih.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:54

      wsalam wbt. Semoga bermanfaat!

      Reply
  36. Amirul Hanif says

    November 6, 2017 at 14:52

    Assalamualaikum wbt Puan, kami dari Pocket Jr berminat untuk menjemput Puan membuat review ke atas produk kami,

    Sekiranya Puan berminat, kita boleh berbincang lebih lanjut berkenaan kadar harga paid review yang ditetapkan oleh Puan.

    Terima kasih.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 14, 2017 at 00:07

      Wsalam wbt. Boleh terus email kepada kami yea =)

      Reply
  37. Mohd Azli says

    November 8, 2017 at 13:07

    Ape pendapat kalau sy bg sup campbell tu campor dgn mee yg direbus… anak sy ni telan je ape2.. cume nasi die kurang sikit.. dir lebih gemar makanan yg boleh di pegang..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 14, 2017 at 00:06

      Elakkan beri makanan yang diproses/ makanan segera dan dibungkus begitu. Boleh buat sup cendawan sendiri yang lebih berkhasiat =)

      Reply
  38. MOHD AZLI says

    November 12, 2017 at 16:22

    Terima kasih kongsi.. yg rajin masak ni bini sy je… tp bile nmpak nugget ayam td, wow! Terasa nak buat suprise lak..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 14, 2017 at 00:05

      hehe silakan, mesti isteri encik gembira

      Reply
  39. MADIHAH MOHAMAD AFANDI says

    November 14, 2017 at 17:12

    sis tq for recipe. sy mohon izin print ye

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 14, 2017 at 00:03

      Boleh silakan =)

      Reply
  40. Sofila says

    December 31, 2017 at 08:03

    Tq sis.. mohon izin share dengan kengkawan lain ye 😉

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:20

      Boleh silakan =)

      Reply
  41. Liza says

    February 1, 2018 at 21:14

    Anak sy gigi baru 4 boleh makan ke mknan pejal mcm 2 .wat masa skrg sy masih bg bubur nasik blnder xhalus sgt.ok ke

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 21:41

      puan boleh beri dulu dalam kuantiti yang sedikit untuk cuba. Walaupun bayi baru mempunyai beberapa batang gigi, tapi gusinya sudah kuat untuk mengunyah. apa pun, buat pemantauan jika hendak mula cuba berikan kepada bayi makanan pejal

      Reply
  42. shazura aisa says

    March 12, 2018 at 11:17

    Salam, Tepung unbleached ni nk beli kt mana yea?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 21:31

      wsalam abt. di kedai jual makanan organik ada jual. atau ade juga di jaya grocer dan jusco bahagian organik

      Reply
  43. Aeryn says

    March 12, 2018 at 15:57

    Wah..banyaknya tips menu makanan ibu zarith..sy share ya..Thanks😊

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 13, 2018 at 01:00

      Boleh. Silakan. Semoga bermanfaat!

      Reply
  44. Nina Amanina says

    May 14, 2018 at 16:09

    Assalam sis Zarith,
    Tq utk resepi² yg sdp ni, bkn anak jea yg berselera tp dgn mak² sekali nak tumpang semangkuk 😊….saya nk tanye sis pkai brand ape yea utk unsalted butter tu?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2018 at 23:08

      Wsalam wbt Nina,
      brand anchor =)
      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  45. Siti says

    July 6, 2018 at 14:12

    Good sharing…thanks sis..izinkan sy share di fb ye..
    Smoga sis & family dimurahkan rezeki…aamiin..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2018 at 10:54

      boleh silakan 😉

      Reply
  46. nasuhah says

    April 8, 2019 at 17:54

    assalamualailum… anak saya hujung bulan ni setahun. dh ada 4 btg gigi atas, 2 btg bawah. dari umur 6 bln saya cuba bagi makan. mcm2 bubur dan puri saya buat. tpi anak xnk makan. kadang 2 dapat sesuap dua dh xnk. akhir2 ni perut dia asik berangin je, kadang klau pksa makan. dia muntah pulak. ada x apa2 tip untuk anak mcm ni

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 23:02

      Wsalam wbt Nasuhah. Kalau baby belum bersedia nak makan, takpe breastfeed je dulu. kalau terlalu memaksa nanti risau baby fobia nak makan. sesuap dua tu ok untuk baby yang baru nak kenal makan =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design