Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

June 24, 2015 by Ibu Zarith

12 Sebab Kenapa Baby Menangis Malam Dan Cara Tanganinya

Assalamualaikum

Bagi ibu yang baru melahirkan,  baby menangis adalah sesuatu yang merunsingkan, terutamanya apabila baby menangis malam, sewaktu semua penghuni rumah sedang nyenyak tidur.

Seperti yang kita sedia maklum, baby yang baru lahir tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya bergantung kepada orang lain untuk membantu mereka, memberi mereka makanan, kehangatan dan keselesaan. Tangisan adalah satu-satunya cara mereka memberitahu kita, yang mereka perlukan sesuatu.

Kenapa bayi menangis malam?

  1. Saya perlukan makanan
    • Lapar adalah antara sebab utama baby menangis. Baby kemungkinan menangis sebab lapar, kecuali baby yang baru berusia 1-2 hari kelahiran. Ini kerana pada usia ini baby hanya minum sedikit sahaja. Kolostrum yang pekat dan sedikit dah memadai bagi baby seusia ini.
    • Masuk hari ke-3, ibu yang menyusukan baby akan perasan susunya semakin banyak. Namun, perut baby yang kecil tidak dapat menyimpan banyak susu, serta sifat susu ibu itu sendiri yang mudah hadam. Jadi mereka akan mudah lapar.
    • Jadi, sekiranya baby menangis, cuba berikannya susu, mungkin dia sedang lapar. Tapi kalau masih menangis setelah disusukan, mungkin boleh perhatikan faktor yang lain pula
  2. Lampin saya basah
    • Baby perlukan keselesaan. Sekiranya lampin mereka basah, mereka hendak kita menukarkannya, terutamanya bila kulit mereka dah rasa gatal dan tidak selesa.
    • Menukar lampin baby mungkin memenuhi keperluan mereka, jadi eloklah kita mencubanya. Sekiranya masih menangis, kita periksa pula faktor yang seterusnya
  3. Saya perlukan kehangatan (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk)
    • Sesetengah baby yang baru dilahirkan tak suka bila dirinya terkena udara sejuk, terutamanya semasa kita tukarkan lampin mereka. Jadi pastikan tidak salinkan dengan cepat dan tidak berlengah-lengah.
    • Tapi jangan pula pakaikan mereka baju yang berlapis-lapis. Nanti kepanasan pula
  4. Saya perlukan rehat
    • Jangan kita sangka baby kita akan tertidur sendiri sekiranya mereka dah penat. Selalunya baby memerlukan bantuan kita untuk tidur. Boleh rujuk 6 Fakta Tidur Bayi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu
    • Sekiranya pada hari tersebut ramai saudara-mara yang datang melawat baby, baby kita mungkin terlalu terangsang dan ini akan menjadikan mereka sukar untuk bertenang dan tidur.
    • Baby yang baru lahir sukar untuk menguruskan ransangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa dan ini akan menyebabkan mereka gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan pelawat yang hadir cukup untuk membuatkan mereka resah gelisah.
    • Ramai ibu bapa mendapati, baby menangis lebih dari biasa apabila ramai pelawat ataupun menjelang petang.
    • Jadi sebagai ibu, anda boleh bawa baby ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan rangsangan secara perlahan. Baby mungkin akan mengekspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum bertenang dan tidur.
  5. Saya perlu dipeluk
    • Sesetengah baby memang suka dipeluk dan dimanjakan. Sekiranya anda dah susukan dan tukar lampinnya tetapi dia masih menangis, dia mungkin hanya mahu dipeluk.
    • Sesetengah ibu bapa risau kalau baby menjadi terlebih manja sekiranya mereka didukung secara berlebihan. Namun pada bulan pertama kelahirannya, perkara ini tidak dapat dielakkan.
  6. Saya kembung perut
    • Ada baby yang menangis kerana kembung perut. Ini boleh dikenal pasti apabila baby menolak bila diberikan susu dan terus menangis. Selain itu, kita akan rasa yang perut baby seakan membuncit dan terdapat bunyi angin apabila diketuk perlahan-lahan.
    • Boleh baca di 6 Tips Atasi Masalah Bayi Perut Kembung
  7. Saya perlukan sesuatu yang membuatkan saya lebih sihat
    • Baby anda mungkin menangis kerana tidak sihat. Baby yang tidak sihat akan menangis dengan suara yang lebih kuat, cemas dan nyaring.
    • Jika anda berasa ada yang tidak kena, boleh la bawa baby berjumpa dengan doktor keluarga anda
  8. Saya mahu bergerak
    • Kadangkala baby hanya mahu bergerak, dan menukar posisi. Sekiranya baby anda menangis, cuba bawa mereka berjalan-jalan dalam rumah. Boleh juga mencuba rocker yang selamat untuk baby.
  9. Saya mahu hisap sesuatu
    • Menghisap sesuatu adalah sesuatu tindakan refleks yang semulajadi buat baby. Kebanyakan baby merasakan perbuatan ini adalah sesuatu yang menyelesakan dan menyamankan. Sekiranya baby anda tidak lapar, cuba berikan mereka jari yang bersih untuk mereka hisap (ada ibu yang menggunakan puting, tapi Zarith tak galakkan. Sebab ini salah satu sebab yang akan mengganggu proses penyusuan penuh susu ibu)
  10. Saya kesunyian
    • Kadangkala dengan hanya menyedari akan kehadiran kita sebagai ibu mereka, mendengar suara dan dipeluk sudah cukup membuatkan mereka tenang.
    • Cuba urut dengan lembut ataupun tepuk perlahan-lahan pada bahagian belakang mereka juga boleh membantu
  11. Saya diganggu
    • Khas bagi seorang Muslim:
      • Naluri seorang ibu kadangkala merasakan yang baby kita diganggu anasir-anasir yang tidak baik kerana sifat baby itu yang bersih dan lemah. Sekiranya tangisan berterusan, anda boleh bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun baby. Lakukan sebanyak 3 kali. Sekiranya baby masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun 3 kali.

Ibu yang tengah berpantang jangan terlalu stress memikirkan perkara ini, dikhuatiri akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Apabila baby semakin membesar, mereka akan kurang menangis. Ayah juga perlu memberikan bantuan terutamanya ibu yang sedang berpantang dengan membantu menenangkan baby dan membuat perkara lain selain dari menyusukan baby.

Ibu yang sedang berpantang boleh mendapatkan Set Berpantang Terbaik agar kesihatan kembali pulih seperti sebelum mengandung, luka cepat sembuh, badan sihat bertenaga, tidak sembelit dan badan tidak seram sejuk. Pendek kata memang badan segar bugar, mudah untuk kita menguruskan baby dan rumah tangga.

Jika anda sedang alami sembelit, jahitan susah nak baik, seram sejuk dan sakit badan semasa dalam pantang, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda seperti sebelum hamil dapat dikembalikan walaupun sudah beranak pinak. Badan kita nak pakai lama, jadi baik jaga elok-elok.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. alin marlini says

    June 24, 2015 at 21:36

    Yg tak best mak bapaklah…x ckp tido…huhuhu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 2, 2015 at 18:45

      Kan..huhu..mata panda =)

      Reply
  2. titan says

    June 25, 2015 at 11:52

    saje je tu. nak kita belai dia sebenarnya. hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 25, 2015 at 15:27

      Hehe..baby kan..mestilah hendak dibelai =)

      Reply
  3. Mama Nadia says

    July 6, 2015 at 13:29

    Counting the day ni. harap-harap kalil ni anak tak menangis sepanjang malam lagi..amin

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 6, 2015 at 23:58

      Selamat berjaga malam hehe…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design