Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

June 8, 2015 by Ibu Zarith

5 Makanan Kembalikan Rambut Ibu Lebat Dan Bersinar Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Selepas kita melahirkan anak, sampai satu tahap, rambut akan gugur tanpa boleh kita halang. Sampai rasa nak botak dah kepala. Ini kerana selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang dalam fasa “berehat” semasa kita hamil, kini mula berguguran satu persatu.

Setiap bahagian pada tubuh kita memerlukan pemakanan yang seimbang, begitu juga dengan rambut yang lebat dan bersinar. Selain itu, tabiat merokok, ketidak seimbangan hormon dan kekurangan tidur adalah antara faktor yang turut mempengaruhi.

Jadi jom kita tengok apakah yang boleh membantu ibu-ibu untuk mendapatkan kembali rambut yang lebat, cantik dan bersinar.

5 Makanan untuk rambut sihat dan cantik

  1. Salmon
    • Salmon kaya dengan Protein, Vitamin D serta Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut. Namun begitu, Omega-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, ia perlu diambil dari makanan.
    • Pengambilan Omega Guard yang kaya dengan Asid Lemak Omega-3 juga sangat membantu
  2. Walnut
    • Ia merupakan satu-satunya keluarga kekacang yang kaya dengan minyak essential Omega-3. Ia juga kaya dengan Biotin dan Vitamin E yang membantu melindungi sel dari kerosakan DNA.
    • Biotin juga sangat berguna sebagai perisai dari sinaran UV. Kekurangan biotin boleh menyebabkan kerosakan rambut.
    • Vitamin B-Complex mengandungi Biotin yang dapat membantu melindungi rambut
  3. Tiram
    • Tiram atau kerang kaya dengan Zinc. Bila tubuh kita kekurangan zinc, semua bulu yang ada pada badan akan gugur termasuklah bulu mata kita.
    • Selain dari tiram, zinc juga boleh didapati daripada cereal gandum.
    • Tapi yang membuatkan tiram ini lebih istimewa, ia mengandungi protein yang tinggi. Anda perlu tahu bahawa rambut kita terdiri daripada 97% Protein.
    • Pengambilan ESP dan Zinc-Complex dalam hal ini memang sangat membantu
  4. Keledek
    • Keledek yang sangat manis ini adalah sumber beta-carotine. Bila dah masuk dalam badan, ia akan bertukar menjadi Vitamin A.
    • Pada dasarnya, setiap sel dalam tubuh sangat memerlukan Vitamin A untuk berfungsi secara maxima.
    • Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan kehadiran kelemumur dan juga gatal-gatal pada kulit kepala.
    • Pengambilan Carotomax boleh membantu.
  5. Telur
    • Selain terkenal dengan sumber protein yang tinggi, telur juga kaya dengan mineral penting iaitu Zinc, Selenium, Sulfur dan Zat besi.
    • Zat besi sangat penting untuk pertumbuhan rambut kerana ia membantu sel untuk membawa oksigen ke folikel rambut. Selain mengakibatkan anemia, kekurangan Zat Besi boleh mengakibatkan kerosakan pada rambut.
    • Vitalea with Iron Formula yang dirumus khas dengan Zat besi ini boleh diamalkan.

Selain dari penjagaan dalaman, penjagaan luaran juga sangat penting. Jom tengok beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk penjagaan rambut.

  • Lumurkan kepala dengan minyak yang dimasak sendiri ataupon kalau tiada tu boleh lah pakai santan segar.
  • Goreng beberapa biji buah keras (tanpa minyak). Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak Zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada kulit kepala, biarkan semalaman dan bilas pada keesokan harinya
  • Ramas beberapa helai daun bunga raya dengan beberapa helai daun pandan. Sapukan diseluruh kulit kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • Kisar sebiji nenas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah dilumurkan pada rambut dan dibiarkan 15- 30 minit. Amalkan tiga kali seminggu
  • Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan selama satu malam. Setelah itu sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya =)

Penjagaan rambut yang rapi bukan sahaja menambahkan keyakinan diri kita, malah menjadikan kita kelihatan lebih segar dan sihat.

Semoga bermanfaat!

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. nila anggraini says

    June 8, 2015 at 11:27

    Rambut yang cantik sangat diidamkan oleh semua orang, tak terkecuali kaum lelaki. Penjagaan yang rapi sangat diutamakan. Apalagi pemilihan produk rambut atau pun cara pemakanan kita. Terima kasih ibu zarith sudi kongsi penjagaan rambut dan tips. Lain kali boleh lah kami makan tiram lebih sikit kerana banyak kandungan zinc nya.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 18, 2015 at 06:30

      Hehe..makan tiram banyak boleh, makan sos tiram banyak yang tak boleh =p

      Reply
  2. AyahAmmar says

    July 3, 2015 at 10:27

    kalau jenis keturunan rambut gugur hehe botak tengah boleh diubah ke ibu zarith?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 6, 2015 at 01:22

      Wallahualam..hehe..cubalah

      Reply
  3. Zaleha Awaluddin says

    October 21, 2015 at 00:22

    best tips ni terutama yang dari minyak ikan tu! TQ zarith 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 21, 2015 at 00:24

      Tuhla kan, kita pun tak sangka selama ni minyak ikan tu penting 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design