Assalamualaikum
Baby yang baru dilahirkan memang asyik tidur je kan. Jumlah tidur mereka adalah diantara 10.5 hingga 18 jam sehari dalam jadual yang tidak tentu dengan tempoh 1-3 jam waktu berjaga. Sekiranya mereka kekurangan tidur, ia boleh menjejaskan perasaan, perlakuan serta memori mereka.
Baby yang mengantuk mempunyai kesukaran untuk fokus dan kurang memberi perhatian berbanding dengan baby yang cukup tidur. Ini kerana baby yang mengantuk mudah menjadi bosan dan kurang untuk bermain secara sendiri.
Belajar bermain sendiri adalah satu perkara yang sangat penting dalam jangka hidup baby. Kajian menunjukkan, pada fasa bermain secara sendiri ini, kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif, lebih berpengetahuan dan membina kematangan emosi. Jadi sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa memastikan yang baby kita mendapat tidur yang secukupnya untuk meningkatkan kemahiran belajar.
Fakta yang wajib kita ambil tahu:
- Bagaimana baby kita tidur
- baby perlu ditidurkan. Sesetengah baby boleh tertidur dengan sendiri apabila dia mengantuk, namun tetap akan terjaga. Baby yang lain pula tetap memerlukan kita untuk membantu mereka tidur.
- Baby mempunyai kitaran tidur yang lebih singkat berbanding kita
- anda boleh memerhatikan si manja tidur, namun setelah satu jam, dia akan mula bergerak dan kelihatan gelisah
- Baby tidak akan tidur lena seperti kita
- baby kita bukan sahaja susah nak ditidurkan dan mudah terjaga diwaktu malam, mereka juga mempunyai tidur yang aktif dan ringan, dua kali ganda berbanding orang dewasa.
- Terjaga malam merupakan satu kelebihan
- Baby kita mempunyai perut yang kecil, dan susu ibu juga cepat hadam. Jika baby kita tak terjaga akibat perut lapar, itu bukanlah petanda yang baik. Jika hidung baby tersumbat tapi dia masih tidur nyenyak, baby mungkin dalam keadaan merbahaya
- Baby membesar dan mendapat tidur yang lebih matang
- pada 3 bulan yang pertama, baby jarang tidur untuk lebih dari 4 jam tanpa diberi susu. Semakin baby membesar, mereka kurang berjaga pada waktu malam dan mampu untuk tidur dengan lebih cepat.
- Baby masih akan terjaga walaupun dah besar. Kenapa?
- Ini kerana terdapatnya faktor lain seperti kesejukan, panas, sakit dan sebagainya
Oleh itu kita sebagai ibu bapa haruslah peka terhadap rutin tidur seharian anak kita. Pastikan anak kita berada dalam keadaan selesa sebelum tidurkan mereka.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
alahai comel sangat ni.. mmg baby kerjanya tido saja.. yg baru lahir lagilah.. bangun tidor minom susu tidor balik.. hehehe..
Kan..comel sesangat baby ni.. Tuhla siti, best jadik baby nih hehe
salah satu parenting skill yg ibu perlu tahu ni
Betul tu JM =)