Assalamualaikum
Kanak-kanak sebaya Zuyyin memang dahagakan idea-idea permainan yang baru. Jadi ibu dan ayah terpaksa bertindak lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang baru =)
Dah beberapa hari Zuyyin bermain dengan water color. Tapi pastikan selepas bermain nanti cuti tangan dengan sabun bersih-bersih ye. Takut nanti anak-anak pegang makanan, lepas tu makan pulak pewarna-pewarna tersebut.
Dah dua malam Zuyyin membuat topeng haiwan bersama ayah. Lepas buat tu excited Zuyyin pakai dan bermain dengan Zayra dan ibu ayah. Zayra pun boleh tahan juga melayan kakak dia =D
Bahan yang diperlukan:
- Kertas lukisan
- Gelang getah
- Water color
Cara membuat:
- Lukiskan muka haiwan kegemaran anak anda di atas sekeping kertas lukisan.
- Warnakan bersama-sama mereka.
- Gunting ikut bentuk haiwan tersebut.
- Lubangkan di bahagian mata.
- Lubangkan di bahagian teliga yang sama paras dengan mata tersebut untuk dipasangkan getah.
- Siap!
Aktiviti ini selain dari merapatkan hubungan anak dengan ayah yang hanya jumpa pada waktu malam, ia juga membantu anak untuk melatih kemahiran motor dengan memegang berus lukisan dan juga gunting di bawah pengawasan kita.
Selamat Mencuba!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
hehe comel..
tringt dulu pon pernh buat topeng muka sdri…
mse kecik2 la kann ^o^
Hahaha…kan yaya…ape lagi ek yang kita buat dulu?