Assalamualaikum
Kebanyakan dari kita tidak pasti, susu yang baby minum cukup ke tidak. Rasanya baby dah minum lama dah, tapi bila tak bagi je, menangis. Masih tercari-cari lagi susu. Kita sebagai ibu ni mula la rasa risau, tak cukup susu ke? Nak kena tambah susu formula ke?
Nanti dulu! Sebelum tu mari kita tengok dulu, bagaimanakah saiz sebenar perut baby kita:
Apakah tanda baby kita cukup susu badan?
- Payudara terasa lembut selepas sesi menyusukan, sebab baby kita telah ‘mengosongkannya’.
- Selepas setiap kali sesi penyusuan, baby kelihatan tenang dan berpuas hati.
- Selepas kehilangan sedikit berat badan selepas dilahirkan, baby kita berterusan naik berat badannya (kebanyakan baby akan kehilangan berat badan mereka sebanyak 5-9% daripada berat semasa mereka dilahirkan, dan akan bertambah semula berat badan mereka selepas 2 minggu dilahirkan.
- Beberapa hari selepas dilahirkan, baby kita akan mendapat susu pertama yang digelar kolestrum. Pada waktu ini, baby kita cuma akan menggunakan 1-2 lampin basah sehari. Tapi selepas susu kita dah banyak, baby akan menggunakan 6-8 lampin kain (cloth diapers) ataupun 5-6 lampin pakai buang (pampers) sehari. Tapi ini bergantung juga pada baby kita, kalau Zayra jenis yang kuat buang air, jadi lebih dari 10 lampin kain sehari. Zuyyin pula biasa-biasa je.
- Pada bulan pertama, baby kita akan buang air besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan menjadi kuning keemasan bermula pada hari ke-5 selepas kelahirannya. Bila usianya dah menginjak 1 bulan, aktiviti membuang air besar ini akan berkurangan. Seringkali juga terjadi, baby yang menyusu sepenuhnya susu ibu ni tak membuang air besar pun sehari. Tapi takpe, bila baby dah mula makan pada usianya 6 bulan, membuang air besar sehari sekali akan menjadi rutin sehariannya.
Sebelum tu jom tengok perkongsian Zarith tentang 7 Tips Banyakkan Susu Ibu Agar Dapat Susukan Anak sehingga 2 Tahun:
Apakah tanda yang baby kita tak cukup susu?
- Baby kehilangan berat badan yang berterusan. Anda perlu perhatikan, sekiranya baby kehilangan berat badan secara berterusan selama 5 hari, bersegeralah berjumpa dengan doctor.
- Baby hanya menggunakan kurang dari 8 lampin kain ataupun 6 pampers dalam masa 24 jam, selepas 5 hari kelahirannya.
- Selepas hari ke-5 kelahirannya, baby anda masih mempunyai najis yang sedikit dan berwarna gelap.
- Warna urine baby anda sedikit gelap iaitu seperti warna jus epal (sekiranya urine baby pudar atau jernih, ini menandakan ia mendapat susu yang mencukupi, tapi sekiranya ia lebih pekat, ini menandakan yang baby tidak mendapat susu yang cukup)
- Payudara tidak rasa sebarang perubahan. Tidak menjadi lebih lembut seperti sebelumnya
- Anda tidak mendengar baby menelan susu yang diminum. (Tapi ada sesetengah baby memang senyap je dan kita tak dapat nak dengar bunyi telan pun. Jika baby anda tergolong dalam kategori ini, jangan risau ye)
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah susu merudum, jangan sedih. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan penghasilan susu. Selain dari mengamalkan 7 Makanan Penggalak Susu Ibu Yang Mudah Dan Berkesan ini, anda juga perlu melakukan Power Pumping setiap hari untuk menghantar signal ke otak yang anda memerlukan lebih banyak susu untuk baby anda.
Jom tengok perkongsian Zarith ‘Benarkah Power Pumping Boleh Banyakkan Susu Ibu’
Jangan lupa juga amalkan Himpunan Zikir dan Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu. Dan yang membantu Zarith untuk menyusukan Zuyyin sehingga berusia 2 tahun dan Zayra yang hampir masuk 1 tahun ini adalah Set Menyusu Terbaik. Alhamdulillah, syukur =)
Yang penting jangan stress, banyakkan minum air masak dan kerap menyusukan dan mengepam untuk si manja. Inshaa Allah, usaha yang tidak putus akan dibayar oleh Allah.
Semoga kita semua dapat menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun, seperti yang telah disyariatkan oleh-Nya.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
SYM says
bagus.. point2 brguna untuk rujukan para ibu.. hehehe..
Ibu Zarith says
Hehe…TQ siti..semoga bermanfaat =)
jari manis says
perkongsian yang penuh ilmiah
Ibu Zarith says
Semoga bermanfaat! =)
Najihah Abdul Mutalib says
Info bagus ni..amat berguna utk ibu2 menyusu terutama ibu2 muda yang baru bergelar ibu..
Ibu Zarith says
Terima kasih kak =)
Semoga bermanfaat kepada mereka
hana hadi says
Bila lah nak da baby ni.huhu
Ibu Zarith says
Inshaa Allah one fine day. Bulan Ramadhan ni, jom kita banyakkan berdoa =)
aRz MoHa says
Info yang baik yang perlu dibaca oleh bakal ibu
Ibu Zarith says
Semoga bermanfaat kepada semua =)