Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

June 16, 2015 by Ibu Zarith

Bagaimana Nak Tahu Braxton Hicks Adalah Tanda Palsu Nak Bersalin?

Assalamualaikum

Kadang-kala kita rasa contraction seperti nak bersalin. Rasa tegang yang amat sangat pada bahagian perut. Susah nak bernafas. Ingatkan dah nak bersalin sangat dah. Siap pergi hospital, sekali bila doctor periksa, belum masa untuk melahirkan lagi. Pernah tak perkara ini terjadi kepada anda?

Gejala ini dipanggil sebagai Braxton Hicks. Ia adalah pengecutan yang sama tapi tidak serupa dengan pengecutan rahim semasa dah nak melahirkan anak kita.

Apakah itu pengecutan Braxton Hicks?

Sebenarnya, pengecutan Braxton Hicks adalah ketegangan dalam otot rahim. Otak kita akan menghantar signal tubuh untuk bersedia menghadapi kelahiran dengan mengucutkan otot rahim, ini yang menyebabkan pengecutan yang tidak selesa.

Biasanya kita akan mengalaminya antara 1-2 minit. Ia juga boleh berlaku sepanjang kehamilan, menjadi semakin kuat pada bulan terakhir sebelum kelahiran.

Mengapa pengecutan Braxton Hicks berlaku?

Pengecutan Braxton Hicks ini adalah sebahagian daripada perkembangan peringkat kehamilan. Adalah dipercayai perkembangan Braxton Hicks ini membantu tubuh kita untuk kelahiran sebenar. Ia juga sering dipanggil sebagai ‘latihan pengecutan’ kerana ia membantu rahim bersedia menghadapi pengecutan semasa kelahiran.

Tanpa contraction braxton hicks ini, contraction semasa kelahiran menjadi lebih lama, lebih sakit dan kurang berkesan untuk meneran baby keluar. Pengecutan braxton hicks yang dirasakan sewaktu lewat kehamilan juga membantu melembutkan servik.

Bilakah pengecutan Braxton Hicks ini bermula?

Walaupun contraction braxton hicks ini boleh bermula seawal beberapa minggu, memasuki trimester pertama kehamilan, biasanya ia bermula lebih kurang minggu ke-28 kehamilan. Sekiranya anda pernah melahirkan anak sebelum ini, anda mungkin perasan yang contraction ini bermula lebih awal dari biasa dan lebih kuat.

Contraction braxton hicks ini biasa dirasai semasa trimester ketiga. Malangnya, pengecutan braxton ini juga boleh dirasakan dari awal kehamilan sehingga baby dilahirkan dan anda akan rasa semakin tidak selesa apabila due date dah nak dekat.

Bagaimanakah rasanya contraction Braxton Hicks ini?

Sesetengah ibu tak rasa sangat ketidakselesaan yang disebabkan oleh contraction ini, tapi ada juga sesetengah ibu yang rasa sangat tidak selesa dengannya. Biasanya contraction ini tidak sakit, menyebabkan sikit tidak selesa je, namun bila dah dekat dengan tarikh kelahiran, pengecutan braxton hicks ini akan menjadi semakin kuat.

Apabila kita mengalami contraction braxton hicks ini, kita akan merasakan pengecutan otot dalam rahim. Ia akan menyebabkan perut kita menegang dan mengeras yang mana kita akan dapat rasakannya bila kita sentuh perut kita. Ketegangan ini selalunya akan berakhir dalam masa beberapa minit.

Kita mungkin akan merasakan sakit yang sederhana di bahagian depan abdomen kita dan menurun ke bawah.

Apakah yang menyebabkan berlakunya Braxton Hicks?

Antara yang sering dikaitkan dengan penyebab berlakunya contraction ini adalah:

  1. bayi bergerak dalam perut
  2. bekerja keras atau bersenam, terutamanya bila mengangkat barang.
  3. memegang abdomen
  4. bersetubuh
  5. dehidrasi

Bagaimanakah nak bezakan dengan contraction sebenar?

Ramai ibu yang risau, tak dapat membezakan antara contraction braxton hicks dengan contraction nak bersalin. Di sini ada beberapa perkara untuk diingati:

  1. Contraction braxton hicks ini tidak meningkat intensitinya seperti sakit hendak bersalin
  2. Sakit hendak bersalin akan meningkat ari segi kekerapan, manakala contraction braxton hicks akhirnya akan hilang
  3. Pengecutan braxton hicks biasanya tidak mengikut waktu tertentu, dan berlaku sekali sekala. Sakit yang sebenar biasanya mengikut pola yang tertentu.
  4. Contraction braxton hicks tidak menyebabkan sakit, hanya ketidakselesaan sahaja, tidak seperti contraction bersalin yang sebenar

Bagaimana nak mengekalkan rasa selesa bila braxton hicks ini datang?

  1. Tukar aktiviti
  2. Cuba berehat sedikit
    • Baring mengiring ke kiri dan minum segelas air
  3. Kekalkan hidrasi
    • Dehidrasi kerap kali menyebabkan kekejangan otot, dan mencetuskan contraction braxton hicks ini.
  4. Buang air kecil dengan kerap
    • Kerengasaan pundi kencing  boleh mencetuskan pengecutan braxton hicks yang lebih kuat
  5. Berlatih teknik pernafasan
    • Pernafasan yang perlahan, dalam dan berirama boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan.

Walau apa pun yang kita hadapi, bersabarlah. 9 bulan yang kita tempuhi ini adalah sama tempohnya yang ibu kita alami dulu semasa mengandungkan kita. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, kan? Jadi hargai jasa mereka mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan membesarkan kita.

Bulan Ramadhan ini mungkin akan menjadikan anda sedikit keletihan apabila hamil ni. Zarith pun sama juga tahun lepas. Tengah menunggu hari semasa berpuasa dulu. Sempat la berpuasa selama 8 hari dengan bertenaga dan sihat, Alhamdulillah. Memang Set Kehamilan Ibu Sihat dan Cergas dan Set Mighty 3 Gems  sangat membantu.

Sekiranya anda ingin kekal bertenaga walaupun berpuasa, boleh hubungi Zarith 013-7510028 Sekarang! Zarith akan tunjukkan cara yang betul untuk mendapat hasil yang terbaik! Jangan tunggu dah tak larat nak berpuasa baru nak dapatkannya. 

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. zairul says

    June 17, 2015 at 07:28

    Betul….skg kerap sgt dah BH nih…kdg2 konpius kejap tp bila jarak lama sgt tahu lah bkn nk bsalin lg….menunggu hari jugak lah ni..hihi..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 18, 2015 at 06:25

      Oh tengah menunggu hari ke? Semoga semuanya selamat dan dipermudahkanNya =)

      Reply
  2. MNH says

    June 17, 2015 at 19:40

    bagus entry ni sebagai panduan untuk ibu yang mengandung.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 18, 2015 at 06:24

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  3. ezamohammad says

    July 23, 2015 at 18:10

    sy baru tau mngenai ni hari ni…huhu…thanks mummy zarith..smlm xboleh nk tdo ngat nk bsalin da…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 25, 2015 at 00:23

      Hehe.. Welcome.. Yang penting tengok contraction punya interval tu 😉

      Reply
  4. wanylazzia says

    August 9, 2015 at 22:42

    sy skrang 38w 3d.. due 21/8..
    skrang perut kerap sgt mengeras je…baru2 ni baby breech..tp alhamdulillah dah brpusing sndri sblom doc pakar pusingkn…tanda2 sakit or trun drh blom ade lg..hnya perut kerap mngeras… kaki n tgn bngkak…pnggang sakit… kerap buang air…tu je..lain xde..
    baby first..blom de xprience…so xtaw cntaction sbnar cmne…huhu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 10, 2015 at 17:23

      Contraction sebenar adalah apabila ianya sakit yang konsisten dan jarak masa semakin singkat puan.

      Reply
  5. nissa says

    October 2, 2015 at 21:37

    Ptut la..prnant sblm ni xde plk sya kena BH.ni tgh tnggu due ank no3 7hb10 ni due.kerap gak la sya kena BH dkt smnggu dah sakit tp xlama.risau lgi 5hri due..rasa sis la tak klu BH ni..?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 01:40

      Sis dah bersalin ke ni? Semoga Allah permudahkan segalanya =)

      Reply
  6. HHM says

    August 20, 2016 at 14:45

    Hi… Sy 38wk skg. Rasanya sy sfg mngalami BH ni tp xpasti. Dlm 3hari ni pgerakn baby lain mcm. Rajin bgerak. Cuma slalu perut tegang, keras n sakit sgt d bwh perut. Lbh kurg 1-2minit jg sakitnya. Jarak sakit tu x sm. Average 5-20minit. Lendir tu ada. Tp bkn yg bdarah. Nak p hospt tp xpasti.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:13

      Hi,
      Kalau dah sampai masanya, jarak sakit tu akan sama. Kalau puan tak pasti, boleh pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian =)

      Reply
  7. irni suhana says

    July 19, 2017 at 15:50

    betul tu zarith, kadang-kadang bila kita rasa contraction tu, kita dah risau dah takut tu contaction nak bersalin kan..hehe..memang kena bezakan betul2 ni..nanti kalau g hospital awal2, nanti kena balik rumah balik 😀

    thanks for info zarith!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 3, 2017 at 15:07

      Contraction betul dan palsu ni memang ada beza kan? =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design