Assalamualaikum
Pagi ni baru nak bayar Fidyah. Masa duduk di Pasir Gudang dulu, nak bayar senang je, tau kat mana nak cari golongan yang mampu untuk terima Fidyah ni. Tapi bila dekat sini, online lagi senang (T_T)
Okay, sebelum bayar tu kita mestilah kira dulu kan, berapa jumlah yang perlu di bayar. Untuk proses kiraan ni, Zarith buat di zakatselangor.com.my
Untuk kira, kita mesti tahu berapa hari yang telah kita tinggalkan.
Hari tak puasa x Tahun tak sempat ganti puasa
Cara nak bayar fidyah di Maybank2u
- Login maybank2u.com.my
- Pilih accounts & banking
- Pilih Bill Payment
- Lepas tu pilih Make a-one-off payment
- Dan klik pada drop down button tu dan pilih Zakat& Charity
- Lepas tu pilih pusat pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP
- Pilih Fidyah dan seterusnya buat bayaran seperti biasa.
- Masa bayar tu jangan lupa sebutkan ” Ini Zakat Fidyah yang wajib bagi saya pada tahun ini sebanyak RM____ kerana Allah Taala. Kredit to AinNaha =)
Alhamdulillah lega rasa bila dah bayar Fidyah ni. Semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah. Amin =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Dah lama cari artikel ni, preparation in case tak mampu ganti puasa tahun depan.
Tq sharing
Semoga bermanfaat! hehe..awal prepare tu =p
terima kasih share info ni
Welcome =)
Kalo ddk kt perak pn byr kt pungutan zakat WP ke?
Bayar dikawasan Perak ye =)
Tq untuk info berguna….mmg tengah cari cara bayar fidyah….
welcome =)
Alhamdulillah. Baru tau cara senang nak bayar fidyah.
=)
done paid… trima kasih sharing the knowledge
Alhamdulillah =)
Dah lama cari info ni… a big THANK to IbuZarith
Welcome Faz. Semoga bermanfaat =)
Salam.sy nak tya,bayaran online utk fidyah negeri saya xde.blh ke kalau sy byr fidyah online ke zakat maiwp?
Wsalam wbt.
Untuk bayar zakat ni seeloknya di mukim sendiri (kawasan tempat tinggal kita) tapi kalau dah takde tu, boleh ke maiwp
Blh pilih pusat zakat lain x?
Boleh, tapi seeloknya dikawasan kita tinggal tu =)
sis kalau takde maybank 2u ..boleh bank in mcm biase tuh ker?
Maaf ye tak pasti pulak di Machine tu ada tak
terima kasih memudahkan urusan sy
Alhamdulillah sama-sama
Mohon pencerahan….sekiranya saya nak byr fidyah bg tahun2 yg lama dulu tinggal puasa…bolehkah byr cara ansuran…maksud saya bulanan kpd acc instituisi anak2 yatim berdekatan…atau mane2 pihak yg layak…tahfiz mesjid dsbnya?
Puan Rozina boleh rujuk kepada pusat zakat yang berdekatan ye
thanks the artikel nie,dah lama jugak cari..alhmdullh jmpe,insyallh boleh bayar fidyah online senang lagi menyenangkan ..
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat
Bagi mana cara dan jumlah bayaran untuk ibu saya yg uzur xdpt berusaha penuh pd tahun lepas?
Puan boleh rujuk pada jabatan agama ya
Done paid. Terima kasih share artikel ini. sekarang barulah saya faham. tak perlulah saya bersusah payah. fikir. macam manalah nak bayar ni? Cuma takut tak sempat bayar je. tq =)
Senang kan ada sistem online ni. Cuma niat jangan lupa lafaz =)
Thank you so much for sharing 😘
Jazakillahu khair!
Most welcome. Semoga bermanfaat =)