Assalamualaikum
Sebagai ibubapa yang prihatin, kita mesti perasan yang kadangkala anak kita berada dalam keadaan ketakutan. Tugas kita adalah menenangkan mereka dan terangkan apakah yang perlu mereka lakukan sekiranya mereka berada dalam situasi tersebut.
Kita yang dewasa pun ada rasa takut, inikan pula kanak-kanak yang masih kecil dan lemah itu. Macam Zuyyin, dia tak takut gelap, boleh pergi ke toilet serta ambil barang di bilik yang gelap tanpa ditemani oleh sesiapa. Tapi bila hujan turun, Zuyyin mula cemas sebab takut bunyi guruh. Waktu tu memang Zarith akan peluk Zuyyin dan Zayra kuat-kuat. Supaya mereka rasa selamat.
Anak-anak ni bila mereka takut, kadangkala mereka akan menangis, menjerit, bersembunyi dan sebagainya. Tapi rasa takut ini akan hilang apabila mereka meningkat dewasa. Tapi hati-hati, anak kita boleh rasa fobia sekiranya mereka pernah mengalami kejadian tertentu.
Apakah rasa takut yang sering dialami oleh kanak-kanak:
- Takut berpisah
- Kanak-kanak akan berasa cemas bila mereka perlu berpisah dengan orang yang dekat dengan mereka. Terutama ibu. Tapi boleh jadi pengasuh atau nenek. Ikut yang mana mereka paling rapat. Contohnya kalau Zayra ni, sejak Zarith bekerja dari rumah ni, melekat bukan main, sampai kalau nak pergi toilet pun, meraung ketuk pintu toilet. Agaknya dia ingat ibu nak pergi shopping dan tinggalkan dia kot =p
- Cara atasi:
- Jelaskan pada anak kita kenapa ibu mesti pergi kerja contohnya. Gunakan bahasa yang mudah mereka fahami. Sekiranya anda tidak boleh pulang awal ke rumah, cuba call dan bagitau anak kita yang kita akan lewat. Jadi takdelah mereka tercari-cari dan berasa semakin takut. Tapi kalau kes macam Zayra ni memang tak boleh nak buat ape la =p
- Takut nak masuk sekolah
- Selalunya yang takut nak hantar anak ke sekolah adalah ibubapa. Mereka takut anak-anak akan terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak elok diluar sana.
- Ada juga anak-anak yang takut hendak pergi ke sekolah kerana ketiadaan ibubapa dalam perhatian mereka.
- Cara atasi:
- Ibubapa perlu terangkan kepada anak-anak kenapa mereka perlu ke sekolah. Guru juga memainkan peranan penting dalam hal ini agar mereka tidak terlalu fokus pada ketiadaan ibubapa mereka. Disaat sedang asyik bermain, si kecil akan lupa tentang perkara tersebut
- Takut pada orang asing
- Apabila baby berusia 8-9 bulan, mereka dah mula kenal orang dan mula berasa takut untuk mendekati orang yang tidak dikenalinya. Ini adalah normal kerana mereka telah mula faham dan mengenali orang. Dia mula sedar siapa ibubapa dan siapa pula orang yang jarang dilihatnya
- Cara atasi:
- Apabila meningkat dewasa, perasaan takut si kecil pada orang asing sudah mula berkurangan. Ibu bapa boleh menasihati anak agar berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali, tapi bukan dengan cara menakut-nakutkan mereka.
- Takut pada doktor
- Mungkin anak kita terbawa-bawa perasaan akibat disuntik oleh doctor ataupun ibubapa itu sendiri yang sering menakut-nakutkan anak sekiranya mereka bersikap nakal.
- Cara atasi:
- biarkan anak kita membawa mainan kesayangannya setiap kali berjumpa doctor. Bila berada di rumah, biarkan mereka bermain dengan permainan berkaitan kedoktoran agar mereka kurang berasa takut.
- ibu bapa juga boleh membawa anak-anak membuat pemeriksaan gigi secara berkala. Ini dapat mengurangkan rasa takut mereka.
- Takut hantu
- Perkara ini sering terjadi kerana anak-anak kecil sering dimomokkan dengan hantu yang dilihat di televisyen apabila mereka nakal. Walaupun mereka tak faham apa itu hantu, tapi bila sering diancam dan ditakutkan, mereka akan mula rasa takut.
- Cara atasi:
- Jangan biarkan anak kita menonton cerita seram. Selain itu, ibu bapa tidak seharusnya menakut-nakutkan si kecil demi kepentingannya. Ibu bapa juga boleh membelikan mereka buku-buku cerita berkaitan hantu dan ahli sihir yang baik hati
- Takut gelap
- Si kecil akan berasa takut dengan gelap sekiranya mereka pernah dihukum di dalam sebuah bilik yang gelap. Bila pengalaman pahit ini betul-betul memberi kesan, mereka akan terbawa-bawa rasa takut gelap ini sehingga dewasa.
- Cara atasi:
- Ketika tidur pada waktu malam, jangan biarkan bilik anak kita gelap gelita. Pasangkan lampu tidur yang samar-samar.
- Boleh juga membiarkan permainan kesayangan menemani mereka, seolah-olah ia bertindak sebagai penjaganya bila si kecil berasa takut.
- Takut berenang
- Jarang si kecil takut bermain air, kecuali sekiranya mereka asa pengalaman buruk dengannya, seperti tersedak atau nyaris lemas ketika berenang sehingga hidungnya memasuki air.
- Cara atasi:
- Pada peringkat awal, biarkan si kecil sekadar merendamkan kakinya di kolam mainan sambil pakai baju renang.
- Boleh juga ajak saudara-mara seusia anak kita untuk berenang bersama-sama.
- Sekiranya mereka masih takut, jangan memaksa ataupun memarahi mereka
- Takut serangga
- Kebanyakan kanak-kanak memang takutkan serangga. Zuyyin sendiri takut dengan lipas dan labah-labah, tapi lama-kelamaan takut pada labah-labah dah hilang sebab ibu selalu ajak Zuyyin main kejar labah-labah. Cuma ketakutan pada lipas masih belum diatasi sebab ibu sendiri takutkan lipas =p
- Cara atasi:
- Ibu bapa boleh kenalkan mereka dengan pelbagai jenis serangga. Tak perlu bagi penjelasan terperinci pun.
- Tapi ibu bapa jangan bersikap memaksa si kecil untuk bersifat berani dalam menangani ketakutan. Bila mereka sering dipaksa, mereka akan menjadi fobia dengan serangga. Sekiranya si kecil takut dengan serangga yang terbang berdekatannya, bantulah mereka untuk mengusirnya
Apa yang penting, kita memang kena memainkan peranan sebagai ibu bapa. Ini yang akan mencorak personaliti mereka bila besar kelak. Jangan terlalu memaksa dan memarahi mereka untuk bersifat berani, kerana ini akan menjadikan mereka fobia terhadap sesuatu perkara.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Zarith, anak kita takut vacuum, blender n machinery.. Bunyi kuat terus lari mintak mummy cuddle.
Oh yeke..zuyyin ok je dgn bunyik kuat2 tu, Zayra bila ibu vacuum, haritu siap duduk atas vacuum tu, patut la ibu nak tarik berat semacam jek huhu
Anak saya haiqal,takut bunyi blender…asal saja on blender nak masak,mesti haiqal menangis sambil memeluk abahnya…😃
Hehehe comelnyee =)