Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

June 27, 2015 by Ibu Zarith

Rawatan Semulajadi Untuk Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum

Haritu Zayra dijangkiti HFMD, ya Allah baru tau perasaan bila anak kena HFMD ni. Waktu tu kami tengah sibuk mengemas rumah nak pindah, esoknya lori sampai nak punggah barang hantar ke rumah baru. Malam tu memang Zarith tak tidur. Mr. Hubby memang la tak tidur sebab sibuk kemas barang buat kali terakhir. Zarith pula tak tidur sebab Zayra tak boleh tidur, menangis je. Zayra nak minum susu, tapi mulutnya sakit, ada ulser. Kesian sangat, ibu pun menangis sama =(

Pada mulanya tak perasan Zayra kena HFMD, sebab sehari sebelum tu Zayra demam. Tapi masa keluar bintik dan ulser tu, Zayra dah sembuh dari demam. So Zarith ingat, ia cuma ruam biasa. Tapi yang anehnya ruam tu hanya ada dikawasan tangan dan kaki, mulut Zayra pula ada bintik merah.

Jom tengok perkongsian Zarith tentang apa yang Zarith lakukan bila Zayra terkena jangkitan HFMD ni:

sakit tangan kaki dan mulut

Hari Ahad, proses pindah rumah pun berlangsung. Zayra seperti biasa masih menangis je, nak makan tapi bila makanan masuk mulut, menangis sakit. Nak bawa ke Klinik, hari Ahad, banyak klinik tutup. Jadi Zarith la yang makan segala Vitamin yang dapat tingkatkan imun sistem ni dengan special dose. Zarith ambil

  1. Garlic Complex
  2. Sustained Release Vita-C
  3. Nutriferonnutriferon rawat anak kena hfmd

dan sapukan Herbal blend pada blisters tersebut.

Esoknya pada hari Isnin, bawa Zayra ke Klinik Pakar Kanak-Kanak yang ada di Subang Jaya ni. Memang doktor sahkan HFMD. Doktor kata kemungkinan Zayra dapat di playground atau di shopping mall. Sebab Zuyyin dan Zayra belum ke sekolah lagi. Doktor takde bagi apa-apa ubat, sebab HFMD ni adalah daripada Virus, maka doktor suruh banyakkan ambil antiviral food dan susukan Zayra sebanyak mungkin agar Zayra dapat khasiatnya (yang mana Zarith memang dah mula awal dah).

Doktor suruh Zarith bagi makanan yang boleh bantu tingkatkan imun sistem Zuyyin juga, supaya tak berjangkit dari adiknya. Maka, Zarith berikan Chewable Vitamin C, Nutriferon dan Omega Guard kepada Zuyyin. Alhamdulillah Zuyyin tak berjangkit, syukur sangat. Kalau tak, mesti tak tidur malam lagi ibu, huhu

Perkara yang paling penting adalah, pergi berjumpa dengan doktor untuk diagnose penyakit dan dapatkan nasihat doktor apa yang perlu dilakukan. Kemudian boleh lakukan sekali rawatan semulajadi.

Apakah itu HFMD?

HFMD ini adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (penyakit tangan, kaki dan mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dalam kumpulan Enterovirus.

Sebenarnya jangkitan virus coxsakie ni boleh terkena kepada sesiapa sahaja, tetapi yang paling common adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah. Selalunya HFMD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, sekolah ataupun taman permainan.

Apakah simptom HFMD?

  1. Demam
  2. Sakit dalam mulut
  3. Ruam seperti melepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki
  4. Sakit tekak
  5. Kurang selera makan

Bagaimana HFMD boleh berjangkit?

HFMD ni sangat mudah berjangkit. Jangkitan selalunya melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Rawatan Semulajadi HFMD

Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut. Jom cuba petua semulajadi merawat penyakit tangan, kaki dan mulut:

  1. Rooibos Tea
    • Gunakan air rebusan teh ini untuk dibuat mandi atau minum. Rooibos tea ini adalah teh yang bebas kafein (kandungan kafein menghampiri 0%)
  2. Sup Tulang/ayam
    • Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.
  3. Perbanyakkan makanan antiviral
    • Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus
  4. Tea Tree Oil, Minyak Kelapa Dara
    • Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum
  5. Rebus pakaian dan mainan
    • Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada
  6. Cuci lantai rumah
    • Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil
  7. Vitamin C
    • Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C
  8. Kekalkan terhidrasi (keep hydrated)
    • Berikan anak minum air yang banyak. Boleh juga buat homemade ice-cream daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gula untuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk)
    • bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.
  9. Olivenol, probiotik
    • Ini juga boleh tingkatkan imun sistem anak untuk melawan virus.
  10. Air Kelapa dan air barli
    • Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi
  11. Madu dan jus delima
    • Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan HFMD?

Apa yang paling penting adalah jaga kebersihan.

  1. Tutup mulut dan hidung apabila anda batuk atau bersin
  2. Basuh barang permainan anak secara kerap dengan air panas yang bersabun, terutamanya apabila bersentuhan dengan air liur
  3. Basuh tangan setiap kali selepas:
    • Keluar tandas
    • Salinkan lampin anak
    • Hembus hingus

Kredit: GNRAM

Semoga memberi manfaat kepada semua =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Yaya says

    June 27, 2015 at 23:40

    trima ksh share info sis.. =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 30, 2015 at 22:01

      Sama-sama yaya.. Semoga bermanfaat!

      Reply
  2. Fuzy says

    July 7, 2015 at 11:41

    Tq ibubzarith… Kena berjaga2 kalaunada anak kecil..segala kemungkinan boleh berlaku… Kena ada ilmu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2015 at 23:56

      Kan..betul tu Fuzy

      Reply
  3. ayu says

    January 29, 2016 at 23:46

    tthhanx info

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2016 at 02:02

      Welcome =)

      Reply
  4. Hanis says

    March 16, 2016 at 18:17

    Anak sy baru terkene jangkitan ni.. Dr ape yg sy baca ni.. X semua anak sy nk mkn sbb die x suke mknan masam even oren pn die x suke.. Ape yg boley sy bg ya utk die mkn.. Mulut dia penuh ulser.. Bercakap pon siksa..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 17, 2016 at 22:02

      Aiskrim buah-buahan semulajadi lain yang manis dan kaya dengan vitamin C hanis boleh berikan kepada anak. Atau buah yang disimpan dalam freezer dan diblend untuk dijadikan smoothie, selain melegakan kesakitan dalam mulut, ia juga membantu boost imun sistem anak untuk melawan virus 😉

      Reply
  5. Huda says

    April 22, 2016 at 13:23

    Thanks utk info ni.ank sy 5yrs,3yrs n 9month kena HMFD ni….kalau sy mandikan skali diorang dgn lemon…membantu ke?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 4, 2016 at 22:42

      Maaf sangat lambat balas ye,
      Zayra pun kena HFMD pertengahan bulan 4, jadi tak sempat nak tengok blog pun. Kalau boleh jangan mandikan dengan air lemon, especially bila blisters tu dah pecah, nanti pedih. Zarith cuma mandikan Zayra dengan air rendaman Rooibus Teh sahaja

      Reply
      • shasariza says

        June 14, 2016 at 08:26

        Klu saya mandikan dgn hampas teh lipton or Boh boleh??

        Reply
        • Ibu Zarith says

          June 20, 2016 at 02:05

          Tak boleh puan,
          Maaf ye, tapi teh lipton dan boh tu ada kafein. Rooibus teh ni 0% kafeinnya dan tinggi antioksidan yang boleh membantu untuk menyembuhkan dan melegakan, dengan izin Allah =)

          Reply
  6. Callista zaviera says

    May 25, 2016 at 18:39

    Anak sy skg kena pnyakit ni..
    Umur skg dlm 8bulan…bru selasai g klinik hbis tangan kena ambik darah..sy pn x brpa pasti utk ape darah bnyk2..ape drg nk kesan pn x tau..just klinik tu bg ubt sapu je….sy nk tanya bole ke baby 8bulan minum air kelapa..n kelapa muda or tua kena minum….??? N brpa lama masa nk sembuh bila guna rawatan semulajadi ni?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 26, 2016 at 00:42

      Boleh bagi baby 8 bulan minum air kelapa muda. Yang pure,bukan di beli cedok tepi jalan ye puan. Sebab yang tu ada gula. Selalunya HFMD ni akan sembuh dalam masa seminggu. Puan boleh banyakkan menyusukan baby juga serta puan yang menyusukan perlu makan makanan tinggi antioksidan dan antiviral. Semoga cepat sembuh ye 🙂

      Reply
    • Apai says

      June 25, 2016 at 00:32

      Askum…anak saya berusia 1thn…boley share tak ape makanan yg kna bg…mcm sup boley kah kita bg??

      Reply
      • Ibu Zarith says

        August 11, 2016 at 01:34

        Wsalam wbt. Boleh sangat bagi sup. Sup ayam/sup tulang yg dimasak dengan bawang dan bawang putih serta halia sangat bagus sebagai sumber protein untuk tingkatkan imun sistem anak. Kalau anak tak boleh nak makan nasi atau bubur, bagi anak hirup sup ini dah memadai

        Reply
  7. nana norana says

    May 27, 2016 at 23:55

    Maaf tya…anak saya 2y sdg tkna jgkitan ni..saya sgt2 risau…adakah virus ni terlalu berbahaya…anak saya xnak mkn ubat…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 02:04

      bagi anak makan makanan tinggi anti virus seperti masakan yang diletakkan dengan bamyak bawang, bawang putih, halia dan carrot, tapi tak perlu letak kentang

      Reply
  8. shayu says

    June 13, 2016 at 05:50

    Macam mana nak tau kids with HFMD ni betul2 baik…. I mean bile dia bole pegi daycare balik?sy tanak disebabkan anak sy..anak org lain kena…..terima kasih

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 02:09

      Selalunya tempoh eraman virus ini adalah semasa anak kita demam sehingga 7 hari.
      Tapi kalau nak betul-betul clear boleh tunggu sampai 14 hari =)

      Reply
  9. Shakila says

    June 17, 2016 at 15:46

    Salam, anak saya nak makan. Contoh dia nak mnum susu , saya bancuh bagi dia minum mesti dia menangis bagi balik. Saya tak faham mungkin sebab lidah dia rasa pahit? Kesian kalau makan je menangis . Hmm

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 01:53

      Kalau anak Puan dijangkiti HFMD, mulutnya akan penuh dengan ulser dan ini akan menyebabkan ketidakselesaan padanya. Macam Zayra bila terkena jangkitan HFMD ni, nak minum susu, tapi bila bagi dan dia cuba minum, menangis-nangis taknak. Lepas tu dia cuba lagi, pun sama. Kesian tengok. Dia nak minum tapi mulut sakit. Puan boleh buatkan sup ayam/tulang yang direneh lama, bagi minum tu je, makan buat masa ni akan menyebabkan lagi sakit. Just keep hydrated

      Reply
  10. liza says

    June 23, 2016 at 00:10

    Anak saya baru kene..xdemam pi ada merah kat anak tekak doc ckp..katbtapak kaki xmelepuh..cuma kat tangan n lutut n punggung..kesian pulak anak umur 18 bln

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:37

      Kesiannya liza, semoga anak cepat sembuh ye

      Reply
  11. siti maryam says

    July 11, 2016 at 19:18

    Salam anak saya bru je kne klu bg bubur sje ok ke sbb mngis mkn nasi n susu tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:23

      Wsalam, boleh puan, asalkan makanan yang tak menyakitkan mulutnya. bagi banyak minum air ye puan

      Reply
  12. umminani says

    July 15, 2016 at 21:46

    tq puan atas perkongsian. Ummi rasa anak mcm kena sakit ini jer..tu sbb google. tq sangat.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:21

      Welcome puan. Semoga anak cepat sembuh =)

      Reply
  13. Dhiya says

    July 16, 2016 at 15:47

    Mcm mana sy nk konpemkn anak sy kne hfmd ni?..jumpa dr tros kate hfmd tp anak sy x dmam..n rash yg die ada tu kering n x melepuh..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:22

      Selalu doktor yang akan confirmkan. Kalau tak pasti, puan boleh dapatkan second opinion dari doktor berbeza

      Reply
  14. Zila says

    July 21, 2016 at 15:11

    Anak saya br kena HFMD. Sy cuba bg die ice cream tp die xnak..bg mkm sup pun die xnak..malah minum air pun susah..camne nak buat ye? Abis ikhitiar.. bile die tgok kakak mkn die minta..bile bg br kena bibir die jerit xnak.. tlong bantu sy..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 9, 2016 at 19:28

      Hi puan,
      kalau nak beri ice cream, bukan beri yang di beli diluar ye. itu tinggi gula huhu.. buat sendiri dari buah-buahan semulajadi yang tinggi kandungan Vitamin C untuk lawan Virus. Boleh beri anak puan hirus sup ayam/tulang yang direneh lama dengan bawang putih, bawang, halia. Semoga cepat sembuh ye

      Reply
  15. mama tariq says

    July 23, 2016 at 05:58

    Salam puan zarith.anak sy skrg dijangkiti hmfd.sy nk tanya ape itu air rendaman teh rooibus.di manakah sy boleh dptkan produk itu?..terima kasih

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 9, 2016 at 19:23

      Wsalam wbt puan,
      Rooibus tea boleh dibeli di cosway/kedai organik seperti jaya grocer.

      Reply
  16. Nurin says

    July 25, 2016 at 15:25

    Saya baru je kena,bahaya ke penyakit ni?? Ada risiko ke?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 8, 2016 at 01:57

      Ia adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus. Nurin hanya perlu tingkatkan imun sistem dengan mengambil makanan antivirus dan banyakkan minum air ye

      Reply
  17. Eve Marina says

    August 6, 2016 at 23:55

    Salam.. Anak sy yg 1st kena sakit ni sekarang. Sy mandikan dia dgn cuka epal bole? Slain tu, sapu ubat yg dpt dari klinik je kat kaki n tangan dia. Dlm mulut dia merah2 siket, sy bg mkn madu yg warna putih tu. Takot jgk kalau2 bjangkit plak pd adik..mcm2 penyakit sekarang ni la..😢

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 8, 2016 at 00:24

      Wsalam wbt Marina,
      Boleh juga mandikan dengan cuka epal. Banyakkan minum air dan bagi makanan yang antiviral seperti sup tulang/ayam yang dimasak dengan bawang putih dan bawang yang banyak, sedikit halia, daun seleri, lobak tapi tak perlu letak kentang. kalau tak boleh makan, bagi hirup sup je pun ok. Bagi juga makanan tinggi Vitamin C, seperti jus buah yang diblend sendiri. Semoga cepat sembuh =)

      Reply
  18. azlina says

    August 8, 2016 at 16:12

    assalamualaikum…ank saya 1thn 4bln br smlm dpt thu kene hfmd…ank saya blh minum susu mcm biasa cuma amik masa nk habiskan. doc de sarankan supaya bg mknan yg sejuk dulu n br bg mknan spt bubur…n doc juga sarankan bg yougart.. skrg nie sye just bg calcium yg ade perisa buah-buahan je n then br bg mkn cm biasa..bg ubat ikut masa yg ditetapkan…nk tanye blh kah saya bg calcium pd ank saya…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 9, 2016 at 19:21

      Wsalam puan Azlina,
      bila terkena HFMD ni mulut akan sakit, jadi kalau bagi makanan panas memang akan bertambah sakit. Kalau boleh puan elakkan beri makanan yang tinggi gula seperti yogurt berperisa (boleh beri yogurt natural yang dicampurkan dengan buah naga atau buah yang manis dan lembut lain untuk tingkatkan vitamin C dalam badan untuk lawan virus), elakkan vitagen/yakult/calciyum yang memang diketahui berperisa manis dan ada campuran gula. Gula adalah makanan virus. HFMD ni adalah jangkitan virus. jadi kita perlu elakkan memberi ‘makan’ kepada virus tersebut.

      Reply
  19. Nissa says

    August 9, 2016 at 22:21

    Assalammualaikum sy nissa ibu kpd ank sy Niyaz berusia 5 tahu baru shj mdpt jangkitan hfmd ni..ank sy mgdu sakit mulut dn tangan.sy melihat tiada tanda petangnya tp slps mlmnya baru sy perasan dia x lalu makan dn tangannya melepuh kemerahan.
    Terima kasih di ats info yg diberi..sy akn cuba segala nasihat yg diberi..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 00:42

      Wsalam et Nissa, semoga anak cepat sembuh ye =)

      Reply
  20. Norizan says

    August 12, 2016 at 21:39

    Salam.saya norizan.ank saya berumur 9 thun.dah smingu jd skit ni,saya bru thu.ingat ank saya alah mkn.prgi klinik bru tahu.dktr pun trkejut sbb umur dia.dktr ada bg ubat n cuti skolah 1 minggu.terima kasih atas mklumat ini.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 13, 2016 at 00:53

      Wsalam wbt Puan Norizan, semoga anak puan cepat sembuh ye

      Reply
  21. azlina says

    August 15, 2016 at 22:48

    Assalammalaikum ..sy azlina, sy pon baru dpt tahu dan x sangka yg anak sy mengalami hfmd ni..tu yg cari info..tq atas perkongsian ilmu..mcm mane baby boleh dot jangkitan virus ni sedangkan anak sy x dihantar ke taska @ pusat asuhan?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:20

      Wsalam Pn Azlina,
      Baby boleh berjangkit semasa kita bawa ke tempat awam, seperti shopping complex, playground dan juga swimming pool. Macam tu juga Zayra, tak pergi taska pun, Zarith jaga sendiri =)

      Reply
  22. Dian says

    August 23, 2016 at 19:37

    Assalam.anak saya berumur 5 tahun.baru perasaan ada bintik2 merah kt lutut,kaki,tgn dan badan.tapi kt mulut x da lagi.tapi tak demam.terima kash atas perkongsian.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 5, 2016 at 23:19

      Wsalam wbt…Semoga tak melarat dan semoga cepat sembuh =)

      Reply
  23. Nurul says

    September 2, 2016 at 09:38

    Salam. puan. Anak saya da seminggu lebih saya nampak ada putih putih melepuh dekat tepi bibir. lepas tu ada ulser. saya ingat luka biasa saja. Pagi ni saya tengok sebelah lagi pulak. Terus tergerak hati search pasal penyakit kaki tangan dan mulut. Ya Allah… saya syak anak ada symtom ni. risau sangat baru nak bawak jumpa pakar.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 5, 2016 at 23:12

      Wsalam wbt Pn Nurul..
      Semoga anak puan cepat sembuh ye..

      Reply
  24. aniza says

    September 10, 2016 at 14:53

    Salam sy aniza ibu kpd ammar Dn damia ank sy dua2 xnk minum susu bila.bg susu mesti nagis nk mkn tp bila masuk je mknan dieorg nagis.. Tp kt kaki xada bintik2 pun dieorg bru je bail dmam Si Abg Dh dua hari kena Si adik Baru kena hari ni… Mcm mne ea nk bg dieorg mkn nasi xnk tp pelik kalau mcm koko crush Si Abg boleh mkn… Tp mcm mne boleh kena ea ank sy xmian liar kami g xshoping complex hny ddk umh je

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 12, 2016 at 16:02

      Wsalam wbt. Puan aniza boleh pergi berjumpa doctor untuk tentukan adakah anak puan betul kena HFMD atau sekadar demam biasa dan tiada selera makan. Dan kalau boleh elakkan mengambil sebarang makanan proses seperti koko krunch kerana ia bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada anak kita malah boleh mengundang penyakit lain.

      Reply
  25. NorSya says

    October 9, 2016 at 12:38

    Saya mohon share ye ibu zarith..tq for info..anak saya hari ni 1st day kne hfmd..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 14, 2016 at 08:37

      Silakan =)

      Reply
  26. Izz says

    November 2, 2016 at 22:45

    Hai sis.. Sy umur 18.. 2,3 ary nie dlm mlut sy bengkak.. D lidah naik bintik2 merah.. Sy nk mkn lgsg x blh sbb sakit sgt.. Sy mampu minum air ja.. Mcm mne yg hrus sy bt utk merawat sakit tu yew???

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:26

      hi, banyakkan makanan antiviral ye =)

      Reply
  27. NureLL says

    November 6, 2016 at 15:50

    Terima kasih.

    Sekarang anak saya Abdullah, 4 sedang dilanda ulser mulut.

    Saya, Nur Latifah. Google: Ibu itu SEKOLAH

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 02:32

      Semoga anak segera sembuh

      Reply
  28. Izat says

    November 11, 2016 at 15:52

    Leh hantar gambr rooibos tea x??kt google mcam xpasti…..email ke izat_tsuna@yahoo.com

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 02:35

      Maaf ye rooibus tea saya dah habis, boleh beli di cosway juga

      Reply
  29. Faezah says

    November 12, 2016 at 09:13

    Anak sedang di serang penyakit ini. Buntunutkncari penyelesaian. Boleh guna minyak zaitun x?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 15, 2016 at 15:00

      Nak guna minyak zaitun untuk apa ya?

      Reply
  30. mira says

    November 18, 2016 at 10:02

    Salam anak sy 1thn 1bln baru je kne HFMD…yg sy risaukan dmam die pnas sgt smpai mencecah 39°c walaupun dh bg ubt dmam…surut sekejp je lpas bg ubt tu lpastu dmam blk..mmg normal ke dmam mcm tu kalau kne virus HFMD ni?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 8, 2017 at 00:55

      Wsalam wbt, ye puan, memang akan demam tinggi. Zarith sarankan agar puan bawa anak ke hospital berhampiran untuk dapatkan bantuan doktor terlatih

      Reply
  31. Faizal says

    December 15, 2016 at 11:31

    Assalam, puan.

    Saya nk bertanya baby saya umur 5 bulan kena hfmd. Bagaimana cara nk merawatnye…dh bawak ke klinik doc bg ubat demam dan spray tahan sakit. Kawasan tekak, bibir, bawah lidah dan sebahagian di lutut. Sekian terima kasih

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:11

      Wsalam wbt
      .
      Jika anak menyusu badan, ibu perlu ambil makanan tinggi antioksidan dan banyakkan menyusukan anak. Semoga cepat sembuh =)

      Reply
  32. rabiahtun says

    January 19, 2017 at 11:22

    Bagus in fo ni..sangat membantu.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 20, 2017 at 00:06

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  33. Alia says

    January 28, 2017 at 16:44

    Salam. Anak sy umur 3tahun kena hmfd. Dia mmg kurang mkn. Picky eater. Selalu dia just mkn nasi dgn sup shj, tu pun kalau lapar sgt. And mostly dia mkn coklat. Buah or sayur mmg tak mkn. Blh suggest mknan yg blh dia mkn tak? Kalau yogurt buah homemade blh tak?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 30, 2017 at 16:44

      Wsalam. Kalau boleh eliminate terus coklat atau gula-gula dalam diet anak ye Pn. Alia. yougurt buah homemade boleh takde masalah. Boleh buatkan bubur lambuk, marcaroni sup, bihun sup, soto dan lebihkan bahan makanan tinggi antioksidan dalam diet anak ye

      Reply
  34. Rahayu Jafar says

    April 20, 2017 at 16:09

    Assalamualaikum…anak sy brumur 12 thn..2 hari yg lepas dia demam..sy bwa pgi klinik..doc kata dia demam hfmd…doc hya bgi ubt demam..dn dlm shari sja demam dia sudah baik..tapi bintik2 dkaki dn tgan mula keluar dgn byk yg myebabkan dia sakit dn gatal…ubat ape yg sy perlukan utuk mrawat ruam ni ye…tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 01:02

      HFMD tiada ubat puan. Boleh berikan anak puan makanan yang dapat tingkatkan antibodinya seperti Nutriferon, Vitamin C dan Performance Drink untuk kekalkan cecair dalam badan

      Reply
  35. Muhammad Firdaus says

    May 2, 2017 at 21:02

    Kebiasaanya, penyakit ini terkena pada kanak2. Tapi, saya yang berusia 22 kena. Pergi ke klinik, doktor pon cakap kanak2 yang biasa kene penyakit ni. Kalau dimulut, apa yang paling sesuai untuk mengubati ?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 3, 2017 at 15:51

      Penyakit ini akan menyerang mereka yang mempunyai antibodi lemah, kerana itu kanak-kanak sangat mudah berjangkit. Firdaus boleh tingkatkan antibodi dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi antioksidan, antivirus dan anti bakteria. Amalkan mengambil makanan tinggi Vitamin C dan bawang putih untuk permulaan

      Reply
  36. siti hajar says

    April 25, 2018 at 23:40

    Assalamualaikum anak sy bru 1thn 3bln..arini dia disahkn kne hfmd..skrg dia mmg dh xnk mkn..minum susu pon susah..tp kalau buat dgn air sejuk peti baru dia minum..xp ke guna air sejuk mcm tu? Sy lupa tanya doktor td..Terima kasih krn mbantu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2018 at 23:13

      Wsalam wbt puan siti hajar.
      Boleh puan, asalkan anak puan tidak batuk dan selesema pada waktu tu. Yang penting untuk penghidap HFMD, perlu banyakkan minum air dan elakkan makanan bergula

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design