Assalamualaikum
Dah berapa lama usia perkahwinan anda? Ada yang masih pengantin baru, masih hangat lagi bercinta. Bagaimana pula dengan pengantin lama? Yang dah 10 tahun di alam perkahwinan? Masih sayang dan kasih seperti dulu? Kalau ya, Alhamdulillah. Tapi kalau tidak, boleh cuba amalkan beberapa makanan ini.
Makanan untuk hangatkan asmara:
- Coklat
- Tiram
- Tomato
- Avocado
- Artichoke
- Celery
- Ubi bit
- Strawberi
- Asparagus
- Bawang putih
- Cili
Makanan ‘seksi’ ini membantu menghasilkan bahan yang dapat membangkitkan perasaan hangat bercinta untuk pasangan suami isteri.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh University of Pittsburgh mendapati, berkongsi katil dengan pasangan anda adalah sangat bagus untuk kesihatan anda. Mereka mendapati, dengan tidur bersebelahan dengan pasangan akan merendahkan tahap cortisol (hormon stress), memberikan perasaan selamat dan terjamin, meningkatkan hormon oxitoxin (hormon percintaan) yang akan mengeratkan lagi hubungan antara pasangan.
Kajian ini juga telah membuktikan bahawa pasangan yang berkahwin, dapat menjalani hidup dengan lebih gembira, lebih sihat dan hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak berkahwin. Kerana itulah berkahwin itu adalah sunnah, menurut Islam =)
Semoga kita semua bahagia bersama pasangan sehingga ke Jannah. Amin =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Cili tu seksi zarith
Aummm hehe
Eva suka makan coklat n cili.Lepas ni hangatkn kasih sayang hehe
Wah terbaik eva..lepas ni berkepit saje la hihi
Thanks ibuzarith info yg menarik untuk dikongsi.
Hehe..sama2 =)
Harus try ni!! Hehehehe..Al Maklumlah…dah 5 tahun kawen =p
Baru 5 tahun Lydia haha… Selamat mencuba =)
Suka sangat makan coklat. Boleh la hangat sentiasa cam ni hehe
berkepit jela nanti ni hehe
tq ibuzarith info! memang boleh amalkan ni untuk mengeratkan kasih sayang walaupun baru 3 tahun kahwin!
Nanti hari-hari macam berchenta =)
Makan bawang putih mulut tak bau busuk ek? ops!
takla..takyah telan mentah-mentah..masukkan dlm makanan la hihi
wah,,tips dari zarith mantop gitu..
thanks for sharing ya…
Hehe..sila la amalkan endang hehe