Assalamualaikum
Bagi pasangan yang telah berkahwin, kehadiran baby memang sangat dinantikan. Namun ramai yang beranggapan, bahawa cuma penentuan tarikh datang haid adalah satu-satunya cara untuk tahu yang kita hamil.
Ada juga rakan Zarith yang langsung tak datang haid akibat menyusukan anaknya, tapi dengan kuasa Allah, boleh hamil. Jadi ini menjunjukkan tak semestinya dengan penentuan tarikh haid semata-mata boleh menunjukkan yang anda hamil ataupun tidak.
Tanda-tanda awal kehamilan
Sebenarnya tanda hamil bagi setiap wanita adalah tidak sama. Yang paling tepat adalah apabila anda buat sendiri ujian kehamilan (pregnancy test) sama ada di rumah atau di klinik kesihatan
Zarith pula agak senang nak tahu. Bila lewat datang bulan selama 7 hari dan perut mula rasa kembung setiap hari, bila pergi klinik untuk periksa memang positif. Cara ini boleh digunapakai sekiranya anda juga mempunyai waktu haid yang teratur setiap bulan.
Kalau tak pun, kita juga boleh tahu yang kita hamil sekiranya mengalami beberapa tanda seperti ini:
- Pendarahan atau kekejangan
- ia juga dikenali sebagai implantation bleeding. Ia berlaku akibat penempelan telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim, lebih kurang 10-14 hari selepas proses persenyawaan berlaku.
- Implantation bleeding ni selalunya berlaku pada waktu yang sepatutnya kita datang haid, jadi ramai yang beranggapan mereka datang haid tapi sebenarnya ia adalah pendarahan akibat implantasi. Warnanya dan teksturnya lebih cair berbanding darah haid yang biasa
- Perubahan pada payudara
- Payudara akan lebih sensitif, sakit dan membengkak.
- Sakit kepala dan sakit pada bahagian belakang
- Perkara ini adalah normal bagi wanita hamil. Ia berlaku akibat badan masih cuba untuk sesuaikan diri dengan hormon yang berubah.
- Boleh rujuk artikel Zarith 7 Tips berkesan hilangkan sakit badan ibu hamil dan menyusu
- Pening dan kadangkala pitam
- Ini disebabkan oleh salur darah yang mengembang semasa kita hamil, tekanan darah serta kandungan gula dalam darah yang rendah
- Keletihan yang melampau
- Ini memang sangat normal bagi wanita hamil. Ia selalunya berlaku seminggu selepas proses persenyawaan berlaku.
- Mengidam
- Akibat perubahan hormon, anda akan mula rasa mengidam terhadap banyak benda
- Tapi ini tak boleh dijadikan sebagai tanda yang tepat, sebab Zarith kalau tak hamil pon masih mengidam macam-macam =p
- Kerap membuang air kecil
- Bagi kebanyakan wanita, perkara ini berlaku sekitar 6-8 minggu selepas proses persenyawaan
- Sembelit
- Pada awal kehamilan, paras hormon progesteron boleh menyebabkan anda sembelit. Progesteron akan menyebabkan makanan yang anda makan melalui usus dengan sangat lambat
- Perubahan pada mood
- Perubahan hormon yang ketara akan menyebabkan mood anda berubah-ubah. Perkara ini selalunya dialami pada trimester pertama kehamilan
- Loya dan mabuk (morning sickness)
- Seawal dua hari selepas persenyawaan, anda akan mula mengalami morning sickness ni.
- Tapi ada juga yang bernasib baik dan lansung tak mengalaminya
- Boleh rujuk artikel Zarith 10 cara hilangkan mual dan loya ketika hamil tanpa asam
- Tidak datang haid
- Jika haid anda biasanya teratur dan tiba-tiba tak datang pula pada bulan ni, lebih baik anda lakukan ujian kehamilan. Tak datang haid adalah salah satu tanda yang paling tepat bagi wanita yang telah baligh dan mempunyai kitaran haid yang teratur
- Ujian kehamilan yang positif
- Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, buatlah temujanji dengan doktor untuk memastikan yang anda betul-betul hamil. Jadi bila dah tau, senang lah nanti nak buat apa yang patut
Pada awal kehamilan, perasaan letih tu memang tak tahu nak terangkan bagaimana. Masa Zarith masih bekerja dulu, bila tiba waktu rehat tengah hari, sanggup pergi tidur dan berehat di surau, berbanding nak makan. Zarith pula jenis yang susah nak tidur di tempat selain rumah, tapi bila hamil, letak kepala jek memang boleh tidur =)
Bila anda telah disahkan hamil, bolehlah amalkan pemakanan yang sihat ketika hamil serta lakukan 17 amalan untuk menjadikan anak baik dan bijak
Sekiranya anda sakit badan, kejang kaki, pitam serta pelbagai lagi penyakit yang melanda semasa hamil, boleh rujuk artikel Zarith tentang Apa Yang Perlu Buat Bila Badan Lunyai Semasa Hamil
Jadi, sokongan yang padu daripada orang sekeliling terutamanya suami adalah sangat penting. Pada waktu inilah suami perlu banyak membantu isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Tapi ini bukan bermakna isteri perlu tidur 24 jam, perlu juga lakukan aktiviti yang berfaedah untuk kesihatan ibu dan baby =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Leave a Reply