Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

July 22, 2015 by Ibu Zarith

14 Cara Mandikan Baby Baru Lahir Yang Betul

Assalamualaikum

Nak mandikan baby pun ada caranya juga supaya baby tak terkejut dan kesejukan. Cara mandi yang betul memainkan peranan yang penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik untuk baby kita.

Semasa Zarith dalam pantang, seminggu dua selepas melahirkan tu ada yang tolong mandikan baby. Masa Zuyyin dulu, ibu yang tolong mandikan. Masa Zayra pula confinement lady yang tolong mandikan. Tapi lepas tu memang mandikan baby sendiri. Seronok mandikan baby ni, nak-nak Zuyyin dan Zayra memang suka mandi, tak menangis pun bila kena air suam. Senang la kerja ibu =)

Tapi ada juga masanya Zarith tak mandikan mereka, memadai dengan lap seluruh badan mereka dari atas ke bawah serta bersihkan bahagian sulit mereka dengan air suam yang mengalir.

Cara mandikan bayi baru lahir:

  1. Untuk mandi pagi
    • seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, sebab pada waktu ni fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
  2. Pastikan segala keperluan mandi baby dah siap sedia
  3. Periksa dulu suhu air mandi baby (sekitar 37 darjah celcius). Jangan terlalu sejuk atau terlalu panas.
    • Tuangkan air sejuk terlebih dahulu, barulah dimasukkan air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan baby kita.
    • Jangan sesekali letakkan baby kita di bawah air paip yang sedang mengalir.
    • Suhu badan baby boleh turun dengan pantas selepas kita keluarkan baby dari air, jadi pastikan suhu bilik kita panas dan selesa.
  4. Jangan mandikan baby dengan air sejuk kerana ia akan membuatkan kulit baby kita kering. Selain tak bagus untuk kesihatan, air yang sejuk akan menyebabkan baby terkejut nanti
  5. Pilihlah sabun yang sesuai untuk baby. Elakkan menggunakan sabun yang banyak buih kerana kulit baby ni masih sensitif.
    • tidak digalakkan memakaikan baby dengan sabun anti-septik atau anti-bakteria
  6. Elakkan mandikan baby selepas baby menyusu, kerana ini akan menyebabkan mereka termuntah sedikit semasa mandi.
  7. Buka baju baby dengan berhati-hati dan balut baby dengan tuala di pangkuan kita. Bersihkan mata baby dengan kapas yang telah dibasahi air suam. Kemudian bersihkan sekitar muka dan mulut baby.
  8. Boleh mulakan siraman pertama di belakang baby secara perlahan-lahan, kemudian baru siramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  9. Gosok dan belai tubuh baby kita dengan lembut masa mandikan dia.
    • Belaian dan gosokan kita yang lembut itu akan membuatkan pengaliran darah baby lancar dan baik.
  10. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala.
    • Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tak masuk ke dalam lubang telinga baby.
  11. Sebaiknya tugas mandikan baby biarlah dilakukan oleh ayah. Sambil mandikan baby, boleh zikir dalam hati – Ya Latif, Ya Hadi. Tapi kalau ayah dah pergi kerja, boleh la ibu yang mandikan baby. Zuyyin dan Zayra kalau Mr. Hubby ada di rumah memang dia tolong mandikan =)
  12. Elakkan dari siram air pada muka baby. Takut nanti air masuk dalam lubang hidung dan baby kita lemas.
    • Air yang masuk dalam hidung baby juga boleh menyebabkan hidungnya lembap. Dikhuatiri akan mudah terkena selesema atau jangkitan kuman pula pada baby.
  13. Pada siraman terakhir, siram ke atas dada seterusnya turun hingga ke bawah.
    • Elakkan dari sapu sabun di bahagian depan badan baby. Ini kerana air dan sabun boleh menyebabkan bahagian pusatnya lembap. Dikhuatiri akan melambatkan tali pusat baby tanggal.
  14. Dah selesai mandi, boleh lap seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih.
    • Mulakan lap dari kepala, terutama pada ubun-ubun bayi. Pada usia dalam pantang, ubun-ubun bayi lembut lagi. Jika dibiarkan basah, takut menjejaskan paru-paru bayi. Jadi pastikan ubun-ubun baby di lap sampai kering ye.

Dengan memandikan baby kita, ia akan membuatkan mereka selesa dan tidur dengan nyenyak. Jangan lupa lakukan urutan untuk baby sebaik sahaja selepas baby mandi. Ini dapat merangsang perkembangan otak dan emosi mereka =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Eva Heart says

    July 22, 2015 at 18:26

    Best sangat mandikan baby ni.baby baru ja tiada.Nanti mahu pinjam baby la hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 23, 2015 at 00:31

      Sila la adakan baby lagi hehe

      Reply
  2. syuhada amir says

    July 23, 2015 at 11:43

    Bestnya baca…rasa nak ada bb lg je….hahaha…

    Teringat zaman2 mandikan anak2 dulu…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 25, 2015 at 00:22

      Tuhla seronok mandikan baby ni.. Nanti lepas tu kiss die banyak2 hehe

      Reply
  3. TUKANG URUT BERSALIN. says

    November 18, 2016 at 15:48

    SALAM…
    PERKHIDMATAN TUKANG URUT BERSALIN /BERPANTANG PADA HARGA MAMPU DAN BERPATUTAN .AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR.
    #BERPENGALAMAN DALAM URUTAN UNTUK IBU2
    BERSALIN DISEKITAR KUALA LUMPUR#
    CALL 018-3636986/013-2096836.
    WECHAT ID: urutbersalin369

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design