Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

July 31, 2015 by Ibu Zarith

26 Aktiviti Menarik Untuk Anak Kecil Agar Mereka Tidak Bosan Sepanjang Hari

Assalamualaikum

Sebagai seorang ibu yang menjaga anak sendiri 24 jam, kadang kala Zarith kehabisan idea nak main apa dengan anak-anak solehah ni. Baru-baru ni ada belikan Zuyyin sedikit buku aktiviti. Bukan Zuyyin je seronok bermain, Zayra pun gembira bila Zarith bagi dia pegang pen, dan guide dia menulis dan melukis. Gelak comel setiap kali berjaya nampak dakwat keluar terkena buku.

Yang penting kita guide mereka. Jangan biarkan mereka bermain sendiri. Selain dari aspek keselamatan, bermain dengan anak-anak dapat mengembangkan lagi daya kreativiti mereka dan memelihara emosi mereka. Takde lah nanti anak-anak ingat kita sediakan permainan baru untuk elak mereka dari kacau kita buat kerja.

Aktiviti Yang Menjadikan Anak Sibuk Sepanjang Hari

Antara yang boleh kita lakukan bersama anak-anak kita adalah:

  1. Mengemas baju
    • Selalunya pada waktu pagi, Zuyyin akan masukkan bajunya dan Zayra yang telah kotor ke dalam bakul untuk di basuh. Sambil masukkan, Zuyyin akan sebut warna baju-baju tersebut
    • Zuyyin juga akan membantu Zarith untuk sidai baju-bajunya di penyangkut baju yang kecil
    • Pada waktu melipat kain pula, Zuyyin akan tolong Zarith melipat bajunya dan Zayra serta menyusunnya sendiri di rak baju. Disebabkan Zuyyin dan mula bantu Zarith melipat sejak usianya setahun lebih, jadi sekarang ni lipatannya sungguh kemas, dah macam kita yang lipat.
    • Kesemua aktiviti ini tak pernah Zarith memaksa Zuyyin melakukannya, Zuyyin dengan rela hati datang dan minta untuk membantu. Bila kita tak bagi, Zuyyin akan cakap “Takpe la bu, Zuyyin tolong ibu sikit je”. Terharu sungguh dengan anak dara yang sorang ni.
  2. Mewarna
    • Selalunya Zuyyin suka mewarna menggunakan pewarna air (water color). Agaknya sebab ada berus dan air yang boleh dibuat main.
    • Tapi kami belikan juga Zuyyin crayon dan pensel warna supaya Zuyyin mempunyai pilihan nak pakai yang mana untuk hari tersebut.
    • Bila bagi je Zuyyin kertas lukisan, pandai la Zuyyin melukis mengikut daya kreativitinya sendiri
  3. Bermain pasir
    • Boleh letakkan sedikit pasir bersih dalam bekas yang telah diisikan dengan permainan dan timbus permainan tersebut.
    • Berikan anak kita penyeduk pasir kecil untuk dia mulakan pencarian harta karunnya yang terbenam tu.
    • Jika rumah berdekatan dengan pantai, boleh la kerap bawa anak bermain pasir di pantai. Ini akan merangsang daya sentuhnya dan juga kemahiran motornya untuk menggenggam pasir-pasir pantai itu
  4. Permainan adunan
    • Semasa Zarith memasak, Zuyyin juga akan berada di dapur. Pada waktu inilah Zuyyin diberi kebebasan untuk bermain di dapur.
    • Zarith akan berikan Zuyyin sedikit tepung gandum, secawan air dan pelbagai pewarna makanan untuk dicampurkan ke dalam adunan yang Zuyyin dah buat nanti. Pewarna tersebut Zarith yang akan tuangkannya
    • Zarith akan biarkan je Zuyyin menggaul adunan tersebut dengan sudu/ senduk kayu.
    • Boleh juga anda buatkan adunan itu menjadi bebola kecil yang berwarna warni, pasti anak anda sukakannya!
  5. Pilih, cari dan asingkan
    • Gunakan benda yang berwarna warni seperti penyepit baju, getah rambut kecil-kecil, ataupun bebola kecil yang berwarna-warni untuk aktiviti ini. Semua bahan ini Zarith beli di MR. DIY je
    • Letakkan beberapa mangkuk yang berwarna-warni dihadapan Zuyyin, dan Zuyyin akan mula mengasingkan bahan berwarna-warni itu mengikut warna mangkuk tersebut. Sebagai contoh, dalam mangkuk kuning cuma boleh ada getah rambut kecil yang berwarna kuning sahaja.
    • Dengan aktiviti ini, anak kita akan kenal warna.
  6. Membersihkan
    • Selepas bermain ‘masak-masak’ di dapur, Zarith akan biarkan Zuyyin membersihkan sendiri tempatnya bermain.
    • Zuyyin akan basuh pekakas yang telah digunakan dan lap tempat dia bermain dengan kain lembap. Pada mulanya kita kena tunjukkan contoh, kemudian barulah dia faham, yang setiap kali lepas bermain, dia kena bersihkan sendiri tempat bermain tersebut.
    • Dengan cara ini, selain belajar berdisiplin, anak kita juga akan rasa dihargai, dan rasa diri mereka sama seperti orang dewasa
  7. Bermain blok
    • Bermain blok boleh membuatkan anak kita pintar matematik.
    • Zuyyin dan Zayra memang suka bermain blok. Cuma Zayra belum pandai untuk susun pelbagai bentuk. Zuyyin memang dah pakar. Bagi apa jenis blok pun, Zuyyin boleh mereka sesuatu bentuk yang menarik.
    • Dari sini, anak kita dapat melatih daya konsentrasinya, kemahiran motor dan koordinasi tangan dan mata
  8. Menyanyi dan menari
    • Kanak-kanak ni bila mendengar musik, badan mereka secara automatiknya akan bergerak mengikut rentak.
    • Zuyyin pula Zarith ajarkan lagu-lagu zaman tadika seperti ais kacang, dari ulat jadi kepompong, dan banyak lagi. Sambil menyanyi, kita ajarkan gerakan ringkas. Zayra pun akan turut serta dalam permainan ini. Memang mereka seronok sangat bila diajak menyanyi dan menari.
    • Selain dari melatih minda mereka untuk menghafal lirik lagu, ia juga melatih mereka untuk lebih mengenali bahasa. Sampai satu masa, Zuyyin sendiri yang akan ubah gerakan tarian mengikut apa yang dia faham. Sekarang ni, Zuyyin dah pandai cipta lagu sendiri dan paksa ibu dan ayah dengar. Lagu baru katanya. Maka ibu dan ayah la yang menjadi pendengar setia sambil bertepuk tangan. Ini adalah sesuatu perkembangan yang mengujakan. Anak kita menjadi kreatif!
  9. Teka barang permainan
    • Bungkus beberapa barang permainan kesukaan anak kita, kalau boleh jangan gunakan pelekat yang banyak. Sebelum dia membuka barang permainan itu, suruh mereka teka apa yang ada di dalamnya.
  10. Album gambar
    • Sediakan buku nota dan beberapa keping gambar sekeluarga. Bantu anak kita untuk tampal gambar tersebut kemudian tanya mereka adakah mereka kenal dengan orang yang ada dalam gambar tersebut.
    • Zuyyin kenal setiap orang dalam keluarga Zarith dan Mr. Hubby, siap dengan nama penuh lagi sejak umurnya setahun lebih.
    • Permainan ini dapat membantu mereka untuk menajamkan daya ingatan.
  11. Bermain buih
    • Zuyyin sangat suka bermain buih sabun semasa mandi. Jadi kami telah belikan Zuyyin alat untuk meniup buih sabun macam zaman kecik-kecik dulu. Bila dah habis, kami buatkan lagi dengan menggunakan sabun mencuci pinggan mangkuk. Memang tak menang tangan Zuyyin nak meniup belon tersebut.
  12. Tiru saya
    • Biarkan anak kita berlari, melompat, menari, berjalan dengan pantas dan duduk. Lepas tu kita pula yang ikut pergerakannya.
    • Pasti anak kita sangat teruja.
  13. Permainan muzik
    • Mainkan alat muzik, ataupun lagu, kemudian beritahu yang mereka perlu duduk dengan cepat bila muzik berhenti. Ala-ala permainan dalam setiap majlis hari jadi tu. Mesti anak kita seronok!
  14. Rakam setiap aksinya yang menarik
    • Zarith memang suka rekod video anak-anak. Lepas tu tunjukkan balik kepada mereka aksi yang mencuit hati. Zuyyin dan Zayra memang tersenyum simpul bila tengok balik video mereka.
  15. Pergi ke taman permainan
    • Sekiranya ada masa terluang, bawalah anak-anak ke taman permainan yang terhampir. Bawa bola atau apa sahaja permainan kesukaan mereka.
  16. Bermain cop-cop kertas lukisancop
    • Zarith potong kentang mengikut bentuk yang menarik dan Zuyyin copkan pada kertas lukisan warna-warna kesukaannya.
    • Biarkan anak kita sapu sendiri warna kegemarannya pada kentang tersebut dan biarkan mereka copkan di atas kertas lukisan mengikut bentuk yang mereka suka. Disini kita akan dapat lihat kreativiti mereka
  17. Membuat kolaj
    • Kanak-kanak memang sukakan warna. Jadi Zarith sediakan potongan majalah lama yang berwarna warni, kapas, kain untuk Zuyyin tampal di atas kertas. Zarith lukiskan bentuk sesuatu seperti matahari, lepas tu Zuyyin akan tampal keratan kertas yang berwarnaoren kekuningan di situ.
  18. Membuat topeng mainan
    • Selalunya topeng permainan ni Zuyyin akan main bersama Mr. Hubby, sebab dia pandai melukis. Kalau ibu yang lukiskan, alamat kucing jadi arnab pula nanti.
  19. Bermain playdoh
    • Zarith akan buatkan Zuyyin homemade playdoh dengan pelbagai warna, dan Zuyyin akan menggunakan acuan membuat kuih untuk bermain dengannya. Playdoh ini tahan lama jika disimpan di dalam bekas di dalam peti sejuk
  20. Bermain dengan pasta
    • Zuyyin sukakan pasta. Spegeti dan marcaroni memang sentiasa ada dalam simpanan.
    • Zarith akan sedikan mangkuk dan cawan plastik kemudian berikan Zuyyin spegeti atau marcaroni yang kering tu. Dari situ Zuyyin belajar mengira dan menyusun
  21. Minum petang
    • Buatkan minuman petang yang boleh dimakan dan diminum oleh anak-anak kita. Zarith kalau nak buat jemput-jemput, Zuyyin akan bantu untuk masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk untuk dibancuh. Masukkan air dan sebagainya. Kita jadikan ini sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka. Tapi pastikan ianya tidak melibatkan benda panas dan merbahaya.
    • Bila dah siap tu, boleh juga biarkan anak kita ‘jemput’ sekali anak patung kesayangannya untuk minum sekali. Zuyyin dan Zayra tidak dibiasakan dengan soft toys, jadi mereka tiada anak patung yang nak dibawa minum bersama
  22. Bermain dengan alam semulajadi
    • Biarkan anak-anak keluar seketika dan menghirup udara luar. Setiap hari sementara menunggu kepulangan Mr. Hubby, Zarith akan bawa Zuyyin dan Zayra bermain di luar, tengok burung dan tumbuh-tumbuhan serta menikmati angin yang bertiup pada waktu petang.
    • Boleh juga berikan mereka bakul kecil untuk mereka kumpul daun dan bunga
  23. Bermain pondok-pondok
    • Selalunya Zuyyin suka berlakon menjadi seorang doktor yang merawat pesakit ataupun cikgu yang mengajar.
    • Bila Zuyyin menjadi doktor, maka ibu dan ayahlah yang menjadi pesakitnya. Kena baring atas katil dan kepala letak towel, kena urut lah.
    • Bila Zuyyin jadi cikgu, kami juga yang menjadi anak murid. Kena eja lah, kena angkat tangan dan sebagainya.
    • Dari situ kita melatih mereka untuk berimiginasi dan membina cita-cita apabila mereka dewasa kelak
  24. Bermain puzzle
    • Kami pernah belikan Zuyyin puzzle kayu sejak umurnya setahun. Tapi pada waktu tu Zuyyin hanya pandai menggit je. Tapi bila umurnya dua tahun, Zuyyin dah pandai susun puzzle tersebut tanpa bantuan. Tak sampai 5 minit dah siap.
    • Jadi kami belikan Zuyyin beberapa lagi puzzle, dan memang dah menjadi minatnya, Zuyyin suka duduk sekejap dan menyelesaikan puzzle tersebut.
  25. Menghafaz surah ringkas 
    • Setiap kali sebelum tidur (dalam keadaan bilik gelap dan berbaring), Zarith akan suruh Zuyyin mengikut Zarith baca beberapa surah ringkas. Genap umurnya 3 tahun, Zuyyin dah pandai baca doa tidur, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Al-fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas dengan lancar dan tepat. Ayat Kursi masih dalam latihan. Zuyyin sekarang dah berusia 3 tahun 1 bulan.
  26. Bercerita
    • Sebagai ganjaran habis membaca setiap surah, Zarith akan ceritakan satu cerita ringkas kegemarannya. Zuyyin sukakan watak upin dan ipin jadi setiap hari sebelum tidur Zarith akan ceritakan satu episod pendek upin dan ipin versi Zarith =)

Semoga dengan setiap aktiviti ini dapat memenuhi masa terluang anda bersama si manja kesayangan. Waktu inilah mereka banyak belajar, jadikan setiap aktiviti kita bersama mereka adalah tempoh mereka belajar secara tidak langsung. Anak-anak ini membesar dengan sangat cepat. Alangkah ruginya kita sekiranya membiarkan usia mereka kosong tanpa apa-apa.

Kepada Zuyyin dan Zayra. Ibu love you both so much. Semoga Allah melindungi puteri-puteri kesayangan ibu ini dari segala mara bahaya yang ada di dunia yang sementara ini. Amin

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Fadzi Razak says

    July 31, 2015 at 18:50

    Macam mana pulak dengan baby bawah 6 bulan? Saya dah mati akal nak buat aktiviti apa dengan anak sebab 24 hours memang dengan die je.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 2, 2015 at 00:20

      Fadzi, bole try isikan beras dlm botol susu ebm yg dh xpakai, bia dia latih goncang botol tu, dan kuatkan kemahiran motornya.. Zuyyin dan zayra suka bila buatkan mcm tu hehe

      Reply
  2. Zaleha Awaluddin says

    August 1, 2015 at 16:10

    seronok tengok banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama-sama anak-anak.
    mesti semuanya happy kan?
    🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 2, 2015 at 00:19

      Anak-anak happy ibu pon mesti la happy hehe

      Reply
  3. Farah says

    October 1, 2015 at 13:05

    Banyak je kan sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak untuk meransang minda dan perkembangan mereka. Sekarang ni byk sgt pengaruk gadjet.. anak berkepit dengan ipad lah, tab lah.. x de stimulation lansung. Agree with your statement, jgn biarkan usia mereka kosong tanpa apa apa. Good sharing..thank u =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 01:54

      Waktu membesar mereka sangat sekejap rasanya. Baik kita penat bermain dengan mereka kan, at least bila dah dewasa banyak kenangan kita bersama =)

      Reply
  4. syamila says

    October 24, 2015 at 17:46

    seronok tengok aktiviti Zuyyin dan Zayra… ^_^

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 27, 2015 at 00:00

      Hehehe..seronok juga nak membuatnya =)

      Reply
  5. Ustaz Zul says

    July 27, 2016 at 17:01

    Terima Kasih Ibu Zarith. Sangat bermanfaat.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 8, 2016 at 01:46

      Sama-sama ustaz =)

      Reply
  6. Ruby ika says

    August 21, 2016 at 23:30

    Terima kasih..pkongsian pngalamn yg sgt bmanfaat.. Sperti ibu bkerja yg lain, sy pun jumpa anak skejap je smasa weekdays.. Jadi, weekend la masa utk spend quality time dgn anak2.. So,Stiap hari isnin terutamanya ..kmbali bkerja..akan jd rindu mlampau kat anak2 ..hii.. Cuma cabaran beraktiviti dgn anak2 ialah, si abg cemburu je dgn adik..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 5, 2016 at 23:23

      Hi Ruby,
      Memang kalau kita bekerja, hari isnin duk terbayang wajah anak-anak, nak buat kerja pun payah, ehehe…

      Reply
  7. Nina Farhana SuperStar Shaklee says

    March 18, 2017 at 21:59

    Kenapa bila g mr diy rak mainan budak mcm kosongg je tak banyak mainan ada huhu..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 01:55

      Sebab dia suruh buat sendiri..hehe

      Reply
  8. Sri anisa says

    May 4, 2020 at 16:17

    Semuanya seronok

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 28, 2020 at 23:25

      betul tu hihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design