Assalamualaikum
Dua minggu lepas, Zuyyin dan Zayra batuk dan selesema. Alhamdulillah mereka tak demam, kalau tak lagi risau Zarith ni. Walaupun Zuyyin dan berusia 3 tahun, namun sekiranya Zuyyin batuk ataupun selesema, kami masih belum pernah memberikannya sebarang ubat batuk dan selesema.
Selalunya dengan kaedah rawatan semulajadi ini, Zuyyin dan Zayra tidak pernah batuk melebihi seminggu. Syukur Alhamdulillah.
Perkara yang paling penting adalah pemakanan mereka. Zarith akan pastikan tiada sebarang makanan manis, berminyak dan pedas untuk Zuyyin. Zayra tak perlu risau sebab masih makan bubur nasi.
Bagi ibu yang menyusukan, ibu sendiri yang perlu mengambil semua makanan ini dan susukan anak sekerap mungkin. Lebihkan makanan yang dapat hilangkan mukus dan berpantang seketika dari memakan makanan yang boleh menghasilkan mukus
Bagaimana nak tahu yang batuk dan selesema itu dari jangkitan virus atau bakteria?
- Jangkitan virus:
- Kahak berwarna jernih
- Jangkitan bakteria:
- Kahak berwarna kuning berserta demam yang tinggi, susah bernafas dan sakit otot
Jika disebabkan bakteria, anak boleh mengambil probiotik. Tapi sekiranya dah temakan antibiotik, perlu habiskan antibiotik tersebut dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.
Lendir yang berada terlalu lama ditekak juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti tonsil, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam peparu seperti acute bronchitis dan pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, boleh ambil antibiotik beserta probiotik.
Susu formula atau susu lembu (selain raw) adalah penyebab utama kahak. Jadi bagi anak yang berusia 1 tahun keatas adalah disarankan untuk bertukar kepada susu kambing.
Merawat Batuk Dan Selesema Secara Semulajadi:
- Garlic/ Onion/ Lemon/ Apple Cider Vinegar socks
- Sebelum buat rawatan stokin ni kena buat patch test dulu untuk tentukan yang anak kita ni alah atau tidak dengan bahan tersebut.
- Oleskan bawang putih yang telah di titik (chopped) di bahagian kaki/ dalam lengan anak (sebab bahagian ini yang paling sensitif). Tunggu selama setengah jam untuk tengok ada keradangan ataupun tidak.
- Sekiranya ada keradangan, jangan buat direct pada kulit anak, buatlah double socks. Ambil stokin berlubang-lubang dan sarungkan pada kaki anak. Ambil lagi sepasang stokin cotton, masukkan sebiji bawang putih yang telah di chopped tadi ke dalam setiap stokin dan pakaikan. (sekiranya baby, masukkan setengah biji sahaja ditakuti kaki anak terlalu kepanasan)
- Kalau tengok anak tak selesa, boleh sapukan garlic oil sahaja dan pakaikan stokin.
- Penawar menggunakan bawang putih boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan fungus, manakala bawang merah untuk penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria sahaja
- Garlic oil
- Minyak bawang putih memang wajib ada bila anak-anak tak sihat. Zarith akan sapukan pada bahagian dada, belakang, betis dan tapak kaki semasa mereka tidur siang dan malam, serta setiap kali selepas mandi.
- Boleh rujuk artikel Zarith tentang Cara Mudah Membuat Garlic Oil
- Kunyit Hidup
- tumbuk sedikit kunyit hidup dan disapukan pada batang hidung untuk mengurangkan selesema
- Sup tulang/ sup ayam
- Zarith akan sediakan sup tulang atau sup ayam sebagai menu makan mereka. Pastikan anak anda telah berusia 8 bulan kerana pada usia ini mereka sudah boleh mengambil makanan dari sumber protein seperti ayam.
- Bila masak tu Zarith akan rujuk makanan yang boleh hilangkan mukus dan letakkan dalam periuk sup. Selalunya Zarith akan masukkan bawang putih dan bawang yang banyak, halia, bunga kobis, brokoli dan celery
- Vitamin C
- Bila Zuyyin dan Zayra tak sihat, Zarith akan berikan mereka makan banyak Vitamin C. Kalau Zuyyin yang dah 3 tahun tu Zarith akan bagi Chewable Vitamin C Shaklee. Di tambah dengan fresh orange yang Zarith buat sendiri dan buah oren yang dah Zarith kupas. Yang ni Zuyyin dan Zayra makan dan minum sekali. Memang suka mereka mengadap. 2 biji orange kod 4013 tu selepas makan tengah ari dan 2 biji selepas makan malam.
- Extra Virgin Coconut Oil (EVCO)
- Ini juga adalah antara supplement wajib Zuyyin dan Zayra setiap hari. Tapi bila tak sihat tu Zarith akan tingkatkan dos. Terutamanya bila batuk, tekak mereka akan cepat kering jadi Zarith akan spraykan EVCO ni.
- EVCO Zarith suka beli brand Treeminds. Boleh beli di fabulousmom.com. Sangat best sebab boleh main pancit-pancit dalam mulut Zuyyin dan Zayra. Mereka berdua memang suka.
- EVCO ni bagus sebab ia mengandungi protein untuk menghasilkan sel darah putih
- Olivenol
- Selain dari Chewable Vitamin C, EVCO dan Omega Guard, Olivenol juga Zarith bagi pada Zuyyin dan Zayra untuk tingkatkan imun sistem mereka dalam menentang jangkitan virus dan bakteria.
- Steam and Percussion
- Setiap kali mandi pagi dan petang, Zarith akan buatkan steam dan percussion ni untuk mereka. Tapi Zarith buat cara yang simple je.
- Buka air panas dalam bilik air dan tadahkan pada satu besen yang mengandungi beberapa biji bawang putih. Tutup pintu bilik air rapat-rapat.
- Periksa sama ada bilik air telah dipenuhi wap ke belum. Sekiranya dah, Zarith akan bawa masuk Zuyyin dan Zayra ke dalam bilik air dan biarkan mereka bermain dengan permainan kegemaran mereka di bawah pengawasan. Takut mereka terkena air panas yang masih mengalir tu.
- Dalam 5-10 minit, agak-agak peparu mereka dah kembang, mulalah lakukan tepukan (percussion)
- Untuk Zayra, Zarith akan sedut juga hingusnya menggunakan alat bantuan yang boleh didapati di kedai baby.
Penawar lain melalui cara mengenal kahak:
Ada beberapa lagi penawar lain yang boleh kita gunakan berdasarkan warna hingus ataupun kahak anak kita.
Sekiranya jernih bermaksud badan sejuk jadi kita boleh merawat dengan makanan panas seperti madu (untuk anak berusia setahun ke atas), buah delima, habatussauda ataupun Omega Guard
Sekiranya pekat, kuning atau hijau, itu menandakan badan panas jadi kita boleh merawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa, air asam jawa atau kembang semangkuk.
Jika anak anda sering selesema pada waktu pagi, ia disebabkan alah pada suhu sejuk atau habuk pada permukaan tilam/ sekitarnya (alergi). Selesema juga boleh berlaku jika anak kita elergi pada sesuatu makanan yang dimakan. Ini lebih kepada resdung atau sinus. Jadi anda perlu elakkan daripada punca masalah ini
Kredit: GNRAM
Rawatan semulajadi ini bukan hanya untuk anak-anak kita, tapi sangat berkesan untuk kita juga. Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan mempunyai imun sistem yang kuat dalam menentang pelbagai jenis penyakit. Amin.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Aya Chalo says
Setakat ni kalau baby Rara selesema, just amik double dose vitamin c, alhamdulillah, walaupun 2-3 hari baru sembuh, tapi tak perlu makan ubat. Hihihi.. kalau ada rezeki, seboleh-bolehnya tak mau bg ubat. Btw, semua tips dalam ni best2.. i likee..
Ibu Zarith says
Vitamin C memang terbaik. Zarith pun akan makan Vitamin C banyak sikit dari biasa dan garlic complex untuk menyusukan Zayra =)
Mrs Nasir says
I am sharing these tremendous articles ye..
Tqvm..
FYI – I am having a bad cough 🙁
Please make dua’ for my recovery. 🙂
Ibu Zarith says
Silakan share =) Semoga bermanfaat.
Semoga cepat sembuh <3
suriyani says
Saya share ye..thanks..sgt bermanfaat.. Nak tanya la, anak saya kerap selsema, banyak cara dah cuba.. Tapi nak tau la susu formula ape yang bagus untuk baby yg kerap selsema, anak saya baru masuk 1 tahun, dia kat rumah BF & taska susu formula
Ibu Zarith says
Maaf ye saya tiada pengalaman dengan sebarang susu formula
Nalia Amali says
Perkongsian yg sgt bermanfaat.. Tq Ibu Zarith.
Sya amat memahami ibu2 yg tidak diberi rezeki utk menyusu badan anak dlm jangka waktu yg semaksimum mungkin, malah ada yg langsung tidak dpt menghasilkan susu badan drpd saat mereka melahirkan anak. Suriyani dikira msh beruntung msh boleh BF anak di rumah pd wktu mlm krn dikekang dgn tugasan pd siang hri. Berbalik kpd pilihan susu formula yg sesuai utk diberikan kpd anak ketika anak xsihat terutama skali batuk selesema, pilihlah susu formula tanpa gula (lactose free). Terbaik yg disyorkan oleh pakar spnjg pengalaman saya ialah Enfalac LF yg agak mahal, tp sgt membantu.. Atau pilihlah jenama lain yg sesuai dgn kemampuan dan SELERA anak. Tp jgn ambil jalan cairkan susu sedia ada. Lactose dlm susu penggalak terhasilnya lebih bnyk kahak. Sekian sekadar perkongsian
Farizah says
Trima kasih krn memahami ibu2 yg tidak berjaya bf anak. Mcm saya juga, cuma pd awal2 bulan saja ada susu, kemudian susu makin berkurang n akhirnya trpaksa beri juga susu formula. Kedua2 anak saya x berjaya bf wlpn mmg btl2 nk fully bf. Mcm2info saya cari n mcm2 cara saya praktik tp mgkin rezeki anak2 dgn susu formula juga.
Ibu Zarith says
semoga lepas ni ada rezeki puan untuk bf anak secara penuh =)
Nia says
Ibu zarith.. vitamin c ni sesuai tk untuk budak setahun lebih? Anak sy selalu juga kena selsema & batuk berkahak.
Ibu Zarith says
Sesuai Nia =)
Eliana says
Tq info. Anak umur 2 tahun tgh batuk. Sgt susah utk mkn ubat walaupun hanya vit.c. Nak sapu krim pun x nak bagi. Web yg sgt cantik.
Ibu Zarith says
Semoga bermanfaat =)
kejoraieda says
boleh saya tahu,vitamin c apa yg puan ambil and vitamin c yg puan bg pada anak puan?
Ibu Zarith says
Zarith amalkan Sustained Release vitamin C dan Zuyyin dan Zayra pula chewable Vitamin C. Kedua-duanya dari Shaklee. Kalau nak amalkan, boleh terus hubungi Zarith 013-7510028 ye
Fazliana says
Mohon share yea.. very good info..
Ibu Zarith says
Silakan
Akma says
Assalamualaikum sy nk tnya kalau baby 4 bulan, batuk n selsema bole x guna cara2 di ats?
Ibu Zarith says
Wsalam. ye boleh puan akmar
zuann says
Good sharing..i like…thanks ibu zarith
Ibu Zarith says
Welcome =)
Sheqyn says
Bayi saya berusia 5 bulan. 2-3 hari ni batuk dan selsema. Saya beri bf sepenuhnya. Terima kasih beri info ni. Tp kaedah yg mn paling sesuai utk bayi saya ya?….
Ibu Zarith says
Puan juga perlu elakkan makanan yg boleh create mucus baby dan banyakkan makanan berkhasiat dan banyakkan bf baby ya
Akma Nadzir says
Sy share ye… good info..
Ibu Zarith says
Silakan =)
Siti Aishah says
Salam utk EVCO blh guna apa2 brand ke?
Ibu Zarith says
Wsalam wbt. Ye boleh, asalkan proses penghasilannya adalah daripada cold press.
Nurul Aqilah says
nak share dekat fb boleh? nak mntk izin amik gmbar anak yg kat kaki letak lemon tu . Minta izin ya.
Ibu Zarith says
Boleh silakan, cuma kalau boleh bagi la sikit kredit pada ibuzarith.com =)
Firan says
Salam… Ibu Zarith… Anak Sya baru 2 bulan 2minggu.. dan sekarang ad batuk n selsema.. kaedah mana Sya nk guna.. Sya pon binggung… N rasa nk nangis pon ad Klau dgr baby nafas…
Ibu Zarith says
wsalam wbt. puan boleh bawa berjumap doktor, dan di rumah puan juga boleh amalkan pemakanan yang dpt tingkatkan imun sistem baby dan puan elakkan makan makanan yg boleh menambahkan lagi masalah batuk baby. Kerap susukan baby.
Pn.sal says
Nk bwt garlic oil tu mcm mne ye….
Bleh bg tau x ibuzarith…
Ibu Zarith says
Boleh tengok sini ye puan
https://www.ibuzarith.com/2015/02/cara-mudah-membuat-garlic-oil-minyak-bawang-putih.html
rina says
Adakah bayi yang berusia 8 bulan boleh diberi air barli?
Ibu Zarith says
Air barli tanpa gula, boleh.