Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

July 23, 2015 by Ibu Zarith

Cara Merawat Batuk Dan Selesema Anak Secara Semulajadi

Assalamualaikum

Dua minggu lepas, Zuyyin dan Zayra batuk dan selesema. Alhamdulillah mereka tak demam, kalau tak lagi risau Zarith ni. Walaupun Zuyyin dan berusia 3 tahun, namun sekiranya Zuyyin batuk ataupun selesema, kami masih belum pernah memberikannya sebarang ubat batuk dan selesema.

Selalunya dengan kaedah rawatan semulajadi ini, Zuyyin dan Zayra tidak pernah batuk melebihi seminggu. Syukur Alhamdulillah.

Perkara yang paling penting adalah pemakanan mereka. Zarith akan pastikan tiada sebarang makanan manis, berminyak dan pedas untuk Zuyyin. Zayra tak perlu risau sebab masih makan bubur nasi.

Bagi ibu yang menyusukan, ibu sendiri yang perlu mengambil semua makanan ini dan susukan anak sekerap mungkin. Lebihkan makanan yang dapat hilangkan mukus dan berpantang seketika dari memakan makanan yang boleh menghasilkan mukus

Bagaimana nak tahu yang batuk dan selesema itu dari jangkitan virus atau bakteria?

  1. Jangkitan virus:
    • Kahak berwarna jernih
  2. Jangkitan bakteria:
    • Kahak berwarna kuning berserta demam yang tinggi, susah bernafas dan sakit otot

Jika disebabkan bakteria, anak boleh mengambil probiotik. Tapi sekiranya dah temakan antibiotik, perlu habiskan antibiotik tersebut dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang berada terlalu lama ditekak juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti tonsil, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam peparu seperti acute bronchitis dan pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, boleh ambil antibiotik beserta probiotik.

Susu formula atau susu lembu (selain raw) adalah penyebab utama kahak. Jadi bagi anak yang berusia 1 tahun keatas adalah disarankan untuk bertukar kepada susu kambing.

Merawat Batuk Dan Selesema Secara Semulajadi:

  1. Garlic/ Onion/ Lemon/ Apple Cider Vinegar socks
    • Sebelum buat rawatan stokin ni kena buat patch test dulu untuk tentukan yang anak kita ni alah atau tidak dengan bahan tersebut.
    • Oleskan bawang putih yang telah di titik (chopped) di bahagian kaki/ dalam lengan anak (sebab bahagian ini yang paling sensitif). Tunggu selama setengah jam untuk tengok ada keradangan ataupun tidak.
    • Sekiranya ada keradangan, jangan buat direct pada kulit anak, buatlah double socks. Ambil stokin berlubang-lubang dan sarungkan pada kaki anak. Ambil lagi sepasang stokin cotton, masukkan sebiji bawang putih yang telah di chopped tadi  ke dalam setiap stokin dan pakaikan. (sekiranya baby, masukkan setengah biji sahaja ditakuti kaki anak terlalu kepanasan)
    • Kalau tengok anak tak selesa, boleh sapukan garlic oil sahaja dan pakaikan stokin.
    • Penawar menggunakan bawang putih boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan fungus, manakala bawang merah untuk penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria sahaja
  2. Garlic oil
    • Minyak bawang putih memang wajib ada bila anak-anak tak sihat. Zarith akan sapukan pada bahagian dada, belakang, betis dan tapak kaki semasa mereka tidur siang dan malam, serta setiap kali selepas mandi.
    • Boleh rujuk artikel Zarith tentang Cara Mudah Membuat Garlic Oil
  3. Kunyit Hidup
    • tumbuk sedikit kunyit hidup dan disapukan pada batang hidung untuk mengurangkan selesema
  4. Sup tulang/ sup ayam
    • Zarith akan sediakan sup tulang atau sup ayam sebagai menu makan mereka. Pastikan anak anda telah berusia 8 bulan kerana pada usia ini mereka sudah boleh mengambil makanan dari sumber protein seperti ayam.
    • Bila masak tu Zarith akan rujuk makanan yang boleh hilangkan mukus dan letakkan dalam periuk sup. Selalunya Zarith akan masukkan bawang putih dan bawang yang banyak, halia, bunga kobis, brokoli dan celery
  5. Vitamin C
    • Bila Zuyyin dan Zayra tak sihat, Zarith akan berikan mereka makan banyak Vitamin C.  Kalau Zuyyin yang dah 3 tahun tu Zarith akan bagi Chewable Vitamin C Shaklee. Di tambah dengan fresh orange yang Zarith buat sendiri dan buah oren yang dah Zarith kupas. Yang ni Zuyyin dan Zayra makan dan minum sekali. Memang suka mereka mengadap. 2 biji orange kod 4013 tu selepas makan tengah ari dan 2 biji selepas makan malam.
  6. Extra Virgin Coconut Oil (EVCO) 
    • Ini juga adalah antara supplement wajib Zuyyin dan Zayra setiap hari. Tapi bila tak sihat tu Zarith akan tingkatkan dos. Terutamanya bila batuk, tekak mereka akan cepat kering jadi Zarith akan spraykan EVCO ni.
    • EVCO Zarith suka beli brand Treeminds. Boleh beli di fabulousmom.com. Sangat best sebab boleh main pancit-pancit dalam mulut Zuyyin dan Zayra. Mereka berdua memang suka.
    • EVCO ni bagus sebab ia mengandungi protein untuk menghasilkan sel darah putih
  7. Olivenol
    • Selain dari Chewable Vitamin C, EVCO dan Omega Guard, Olivenol juga Zarith bagi pada Zuyyin dan Zayra untuk tingkatkan imun sistem mereka dalam menentang jangkitan virus dan bakteria.
  8. Steam and Percussion
    • Setiap kali mandi pagi dan petang, Zarith akan buatkan steam dan percussion ni untuk mereka. Tapi Zarith buat cara yang simple je.
    • Buka air panas dalam bilik air dan tadahkan pada satu besen yang mengandungi beberapa biji bawang putih. Tutup pintu bilik air rapat-rapat.
    • Periksa sama ada bilik air telah dipenuhi wap ke belum. Sekiranya dah, Zarith akan bawa masuk Zuyyin dan Zayra ke dalam bilik air dan biarkan mereka bermain dengan permainan kegemaran mereka di bawah pengawasan. Takut mereka terkena air panas yang masih mengalir tu.
    • Dalam 5-10 minit, agak-agak peparu mereka dah kembang, mulalah lakukan tepukan (percussion)
    • Untuk Zayra, Zarith akan sedut juga hingusnya menggunakan alat bantuan yang boleh didapati di kedai baby.

Penawar lain melalui cara mengenal kahak:

Ada beberapa lagi penawar lain yang boleh kita gunakan berdasarkan warna hingus ataupun kahak anak kita.

Sekiranya jernih bermaksud badan sejuk jadi kita boleh merawat dengan makanan panas seperti madu (untuk anak berusia setahun ke atas), buah delima, habatussauda ataupun Omega Guard

Sekiranya pekat, kuning atau hijau, itu menandakan badan panas jadi kita boleh merawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa, air asam jawa atau kembang semangkuk.

Jika anak anda sering selesema pada waktu pagi, ia disebabkan alah pada suhu sejuk atau habuk pada permukaan tilam/ sekitarnya (alergi). Selesema juga boleh berlaku jika anak kita elergi pada sesuatu makanan yang dimakan. Ini lebih kepada resdung atau sinus. Jadi anda perlu elakkan daripada punca masalah ini

Kredit: GNRAM

Rawatan semulajadi ini bukan hanya untuk anak-anak kita, tapi sangat berkesan untuk kita juga. Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan mempunyai imun sistem yang kuat dalam menentang pelbagai jenis penyakit. Amin.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Aya Chalo says

    July 25, 2015 at 19:56

    Setakat ni kalau baby Rara selesema, just amik double dose vitamin c, alhamdulillah, walaupun 2-3 hari baru sembuh, tapi tak perlu makan ubat. Hihihi.. kalau ada rezeki, seboleh-bolehnya tak mau bg ubat. Btw, semua tips dalam ni best2.. i likee..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 29, 2015 at 00:35

      Vitamin C memang terbaik. Zarith pun akan makan Vitamin C banyak sikit dari biasa dan garlic complex untuk menyusukan Zayra =)

      Reply
  2. Mrs Nasir says

    January 25, 2016 at 07:08

    I am sharing these tremendous articles ye..

    Tqvm..
    FYI – I am having a bad cough 🙁
    Please make dua’ for my recovery. 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 26, 2016 at 00:25

      Silakan share =) Semoga bermanfaat.
      Semoga cepat sembuh <3

      Reply
  3. suriyani says

    September 29, 2016 at 11:25

    Saya share ye..thanks..sgt bermanfaat.. Nak tanya la, anak saya kerap selsema, banyak cara dah cuba.. Tapi nak tau la susu formula ape yang bagus untuk baby yg kerap selsema, anak saya baru masuk 1 tahun, dia kat rumah BF & taska susu formula

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 12:47

      Maaf ye saya tiada pengalaman dengan sebarang susu formula

      Reply
    • Nalia Amali says

      March 6, 2017 at 11:10

      Perkongsian yg sgt bermanfaat.. Tq Ibu Zarith.
      Sya amat memahami ibu2 yg tidak diberi rezeki utk menyusu badan anak dlm jangka waktu yg semaksimum mungkin, malah ada yg langsung tidak dpt menghasilkan susu badan drpd saat mereka melahirkan anak. Suriyani dikira msh beruntung msh boleh BF anak di rumah pd wktu mlm krn dikekang dgn tugasan pd siang hri. Berbalik kpd pilihan susu formula yg sesuai utk diberikan kpd anak ketika anak xsihat terutama skali batuk selesema, pilihlah susu formula tanpa gula (lactose free). Terbaik yg disyorkan oleh pakar spnjg pengalaman saya ialah Enfalac LF yg agak mahal, tp sgt membantu.. Atau pilihlah jenama lain yg sesuai dgn kemampuan dan SELERA anak. Tp jgn ambil jalan cairkan susu sedia ada. Lactose dlm susu penggalak terhasilnya lebih bnyk kahak. Sekian sekadar perkongsian

      Reply
      • Farizah says

        May 12, 2017 at 00:27

        Trima kasih krn memahami ibu2 yg tidak berjaya bf anak. Mcm saya juga, cuma pd awal2 bulan saja ada susu, kemudian susu makin berkurang n akhirnya trpaksa beri juga susu formula. Kedua2 anak saya x berjaya bf wlpn mmg btl2 nk fully bf. Mcm2info saya cari n mcm2 cara saya praktik tp mgkin rezeki anak2 dgn susu formula juga.

        Reply
        • Ibu Zarith says

          May 17, 2017 at 22:52

          semoga lepas ni ada rezeki puan untuk bf anak secara penuh =)

          Reply
  4. Nia says

    October 17, 2016 at 13:41

    Ibu zarith.. vitamin c ni sesuai tk untuk budak setahun lebih? Anak sy selalu juga kena selsema & batuk berkahak.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 17:50

      Sesuai Nia =)

      Reply
  5. Eliana says

    November 5, 2016 at 13:36

    Tq info. Anak umur 2 tahun tgh batuk. Sgt susah utk mkn ubat walaupun hanya vit.c. Nak sapu krim pun x nak bagi. Web yg sgt cantik.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 02:32

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  6. kejoraieda says

    February 28, 2017 at 09:46

    boleh saya tahu,vitamin c apa yg puan ambil and vitamin c yg puan bg pada anak puan?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:07

      Zarith amalkan Sustained Release vitamin C dan Zuyyin dan Zayra pula chewable Vitamin C. Kedua-duanya dari Shaklee. Kalau nak amalkan, boleh terus hubungi Zarith 013-7510028 ye

      Reply
  7. Fazliana says

    March 17, 2017 at 09:34

    Mohon share yea.. very good info..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 01:56

      Silakan

      Reply
  8. Akma says

    April 17, 2017 at 12:25

    Assalamualaikum sy nk tnya kalau baby 4 bulan, batuk n selsema bole x guna cara2 di ats?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 18, 2017 at 22:17

      Wsalam. ye boleh puan akmar

      Reply
  9. zuann says

    July 2, 2017 at 22:14

    Good sharing..i like…thanks ibu zarith

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:26

      Welcome =)

      Reply
  10. Sheqyn says

    July 7, 2017 at 01:37

    Bayi saya berusia 5 bulan. 2-3 hari ni batuk dan selsema. Saya beri bf sepenuhnya. Terima kasih beri info ni. Tp kaedah yg mn paling sesuai utk bayi saya ya?….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:22

      Puan juga perlu elakkan makanan yg boleh create mucus baby dan banyakkan makanan berkhasiat dan banyakkan bf baby ya

      Reply
  11. Akma Nadzir says

    September 28, 2017 at 01:37

    Sy share ye… good info..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:03

      Silakan =)

      Reply
  12. Siti Aishah says

    November 22, 2017 at 00:33

    Salam utk EVCO blh guna apa2 brand ke?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 14, 2017 at 00:02

      Wsalam wbt. Ye boleh, asalkan proses penghasilannya adalah daripada cold press.

      Reply
  13. Nurul Aqilah says

    December 8, 2017 at 12:33

    nak share dekat fb boleh? nak mntk izin amik gmbar anak yg kat kaki letak lemon tu . Minta izin ya.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 13, 2017 at 23:52

      Boleh silakan, cuma kalau boleh bagi la sikit kredit pada ibuzarith.com =)

      Reply
  14. Firan says

    December 18, 2017 at 23:53

    Salam… Ibu Zarith… Anak Sya baru 2 bulan 2minggu.. dan sekarang ad batuk n selsema.. kaedah mana Sya nk guna.. Sya pon binggung… N rasa nk nangis pon ad Klau dgr baby nafas…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:28

      wsalam wbt. puan boleh bawa berjumap doktor, dan di rumah puan juga boleh amalkan pemakanan yang dpt tingkatkan imun sistem baby dan puan elakkan makan makanan yg boleh menambahkan lagi masalah batuk baby. Kerap susukan baby.

      Reply
  15. Pn.sal says

    February 5, 2018 at 04:49

    Nk bwt garlic oil tu mcm mne ye….
    Bleh bg tau x ibuzarith…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:03

      Boleh tengok sini ye puan

      https://www.ibuzarith.com/2015/02/cara-mudah-membuat-garlic-oil-minyak-bawang-putih.html

      Reply
  16. rina says

    April 30, 2018 at 11:27

    Adakah bayi yang berusia 8 bulan boleh diberi air barli?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2018 at 23:12

      Air barli tanpa gula, boleh.

      Reply

Leave a Reply to kejoraieda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design