Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

July 11, 2015 by Ibu Zarith

Kekal Sihat Bertenaga Dengan B-Complex Shaklee

Assalamualaikum

Pada tahun 2001, semasa zaman Zarith sekolah di MRSM Jasin, menjelang peperiksaan SPM, sekolah kami membekalkan Vitamin B-Complex kepada setiap orang pelajarnya supaya sentiasa bertenaga dan tidak mengantuk untuk mengambil peperiksaan. Almaklumlah bila musim peperiksaan, mestilah ada yang tak tidur malam dan stay-up hingga larut malam untuk mengulangkaji peperiksaan.

Walaupun pada waktu tu tak suka dengan baunya yang agak kuat, tapi gagahkan diri juga menelannya. Memang kalau tak ambil rasa lain badan. Bila makan, memang bertenaga je rasa sepanjang hari. Selepas tamat waktu peperiksaan, Zarith tak ambil lagi. Tak terfikir pun akan keperluan Vitamin B dalam badan.

Sehinggalah pada tahun 2011, Zarith mendapat tahu yang Zarith hamilkan Zuyyin, waktu tu memang terfikirkan tenaga tambahan yang diperlukan. Dah tak kira tentang bau ke apa, yang penting, khasiat Vitamin B yang kita perlukan itu mengatasi segalanya.

Diteruskan dengan sesi penyusuan Zuyyin dan Zayra, kiranya sekarang ni memang Vitamin B-Complex Shaklee ni menjadi kawan baik Zarith sebab bukan hanya ada 8 Vitamin B yang Utama untuk keperluan badan kita tapi ia juga ditambah dengan asid folic yang sangat diperlukan oleh baby sekiranya kita hamil. Kalau kekurangan asid folic, ia boleh menyebabkan baby kita menghidap spina bifida. Kesian.

Kenapa Penting Sangat Vitamin B-Complex ni:

  1. Fungsi yang paling utama adalah sebagai pembantu dalam pengeluaran tenaga
  2. Ia membantu me”metabolisme”kan karbohidrat, lemak dan protein
  3. Ia berfungsi sebagai penenang saraf dan anti-stress (sebab tu ia ada dalam Set Berpantang Terbaik untuk mengelakkan stress dan meroyan)
  4. Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
  5. Membantu membina rambut yang sihat dan melambatkan pertumbuhan uban.

Sebenarnya kita boleh dapatkan Vitmain B-Complex ini daripada sumber makanan seharian kita, seperti sayuran hijau, daging, ayan, telur, ikan, kekacang dan bijirin. Namun, pada zaman moden yang serba canggih ini, makanan tersebut telah banyak terdedah kepada bahan-bahan kimia serta telah melalui proses tertentu sebelum sampai kepada kita, pengguna terakhir.

Cara kita memasak juga boleh menyebabkan makanan yang tinggal sedikit khasiatnya ini, menjadi ‘hampas’ semata-mata . Vitamin B ini pula mudah larut dalam air, jadi kalau kita masak sayur sebagai contoh, janganlah terlalu lama.

Kesan Kekurangan Vitamin B-Complex:

  1. Mudah letih, tidak bermaya dan kurang selera makan
  2. Stress, migrain
  3. Sembelit
  4. Gelisah dan gangguan tidur
  5. Gangguan mental dan emosi
  6. Pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung
  7. Beriberi (penyakit “Metabolic Disorder” dengan gejala seperti bengkak buku lali, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung

Tapi dalam banyak-banyak Vitamin B-Complex, kenapa Shaklee?

Vitamin B-complex Shaklee menjadi pilihan Zarith dan juga ramai ibu-ibu lain kerana selain ianya adalah Vitamin Semulajadi dan lengkap dengan 8 Vitamin B yang utama iaitu:

  1. B1: Thiamin
    • menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu meningkatkan sistem pencernaan dan metabolima
  2. B2: Rivoflavin
    • memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan Vitamin B6 dan Asid Folic
  3. B3: Niachin
    • Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian menunjukkan, kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan depresi dan boleh mendorong kepada sakit mental
  4. B5: Panthothenic Acid
    • Membantu mengurangkan stress mental/fizikal dan melambatkan proses penuaan pra matang (tua sebelum usia)
  5. B6: Pyridoxin
    • Vitamin asas dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan mendorong kepada depression
  6. B7: Biotin
    • Membantu metabolisma Karbohidrat, lemak dan protein. Juga membantu mencegah uban.
  7. B9: Folic Acid
    • Bersama-sama Vitamin B9 dalam membantu fungsi neurotransmitter, juga dapat mengurangkan depression
  8. B12: Cyanocobalamin
    • Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah

Jom tengok perkongsian rakan-rakan kita yang telah menggunakan Vitamin B-complex ni:

#Testimoni 1:

#Testimoni 2:

#Testimoni 3:

Alhamdulillah seronok bila tengok ramai yang dapat rasa khasiat B-Complex ni. Harganya juga sangat berbaloi. Sebotol hanya RM 53.75 (120 biji) dan boleh bertahan selama hampir 4 bulan.

Sekiranya anda sering mengalami keletihan, lesu dan tak bermaya, kulit kusam berjerawat, rambut banyak gugur, cepat-cepatlah dapatkan B-complex ni sebelum lagi parah. Sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028 sekarang!  Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar anda kembali cergas bertenaga

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. fuzy says

    July 11, 2015 at 23:12

    betul tu zarith, terasa sangat berbeza kalau hari terlupa ambil b complex badan letih asyik nak layan bantal je…pastu nak marah-marah. B complex sahabat selamanya!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2015 at 03:12

      Kan..memang ada beza… Harini pulak bcomplex habis..adus lemah betul huhu

      Reply
  2. Farrah MF says

    July 12, 2015 at 15:55

    Memang kena ambil B complex utk tubuh. Cuaca skrg buat kita cepat letih & kurang bertenaga.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2015 at 03:09

      Betul tu kak.. memang sekarang ni perlu banyak vitamin dengan alam sekitar yang semakin tercemar ni, banyak radikal bebas gitu huhu

      Reply
  3. permatamama says

    July 12, 2015 at 23:59

    sejak saya amalkan vitamin B shaklee dah tak pandang vitamin lain.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2015 at 03:02

      Alhamdulillah..memang ada beza kan =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design