Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

July 14, 2015 by Ibu Zarith

Normalkah Keputihan Yang Banyak Semasa Hamil Dan Bagaimana Cara Atasinya?

Assalamualaikum

Lelehan faraj yang lebih dari biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat adalah cair dan berwarna seperti susu. Namun, sesetengah ibu yang hamil akan mengalami masalah keputihan bila lelehan faraj itu menjadi pekat dan berwarna putih seperti krim, disertai dengan rasa gatal atau sakit dan kemerah-merahan di bahagian dalam atau luar faraj serta bau yang kurang menyenangkan. Ada juga yang mengalami rasa sakit setiap kali hendak membuang air kecil ataupun semasa bersama dengan suami.

Keputihan ini terjadi kerana meningkatnya penghasilan hormon estrogen semasa anda hamil dan lebih banyak darah yang mengalir di bahagian vagina semasa hamil. Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.

Semasa Zarith bersalinkan Zuyyin, dan Zuyyin kena menetap sekejap dalam NICU, ada seorang ibu yang anaknya dimasukkan ke dalam NICU akibat ibunya tidak mendapatkan rawatan lanjut apabila mengalami keputihan. Tapi waktu tu tak sempat nak bertanya dengan lebih lanjut, masing-masing sibuk menguruskan anak.

Jadi sebenarnya keputihan yang serius bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Apa pun, dapatkanlah nasihat dari yang pakar.

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda rasa yang anda mengalami keputihan, berjumpalah dengan doktor anda dan berbincang dengan mereka. Jangan malu dan suka menderita seorang diri.

Selalunya doktor akan membuat ujian makmal dengan mengambil sedikit cairan daripada faraj dan dihantar ke makmal untuk dikenal pasti. Kemudian barulah doktor akan mencadangkan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Bergantung kepada simptom yang anda hadapi, keputihan yang anda alami mungkin akibat daripada jangkitan bakteria (Bakteria Vaginosis-BV), jangkitan kulat (Yeast Infection), ataupun thrush.

Walau apa pun puncanya, anda perlu mendapatkan rawatan yang segera kerana sesetengah jangkitan pada vagina ini boleh membawa kepada keguguran bayi ataupun kelahiran bayi pra-matang.

Thrush tu tidak memberi masalah kepada kehamilan anda, cuma ia mendatangkan rasa tak selesa kepada ibu.

Bagaimana nak elakkan jangkitan pada vagina?

  1. Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas membersihkan faraj.
  2. Gunakan seluar atau skirt yang longgar dan seluar dalam daripada kapas.
  3. Gunakan sabuh basuh organik untuk membasuh pakaian dalam anda, dan tambahkan bilasan terakhir sekiranya khuatir bahan pencuci akan menjadi penyebab anda mengalami keputihan
  4. Jangan gunakan sabun untuk membasuh kemaluan kerana ia akan mengganggu keseimbangan flora bakteria yang normal, menjejaskan pH dan membawa kepada jangkitan faraj.
  5. Gunakan panty liner yang diperbuat daripada kain dan boleh dibasuh semula.
  6. Pastikan kemaluan sentiasa bersih dan kering untuk mencegah bau yang kurang menyenangkan.

Dan untuk pastikan badan anda sentiasa sihat dan kuat untuk melawan sebarang jangkitan semasa hamil, jagalah pemakanan anda. Amalkan pemakanan yang seimbang seperti yang Zarith pernah kongsikan di artikel sebelum ini, 7 Makanan Tingkatkan Imun Sistem Ibu Hamil dan dapatkan juga Set Ibu Hamil.

Semoga anda sentiasa sihat, bertenaga dan tidak sabar menunggu kehadiran si comel dalam melengkapkan hidup anda =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Aya Chalo says

    July 14, 2015 at 12:49

    Saya pernah kena ni waktu anak 1st juga. Bukan setakat keputihan, tp dah bertukar warna dan sanggggat gatal tau. Pegi klinik dokter bagi ubat tapi tak baik juga. Last2 serah diri kat KKIA, dokter amik sample keputihan, bagi ubat, barulah sembuh. Takut sangat baby kena effect. Sib baik semuanya ok.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 15, 2015 at 06:31

      Selalunya kalau dah teruk memang kena berjumpa doktor kan aya. Nasib baik semua ok kan? =)

      Reply
  2. Mama Idlan & Irsyad says

    July 31, 2015 at 11:56

    jaa dulu pun kena… lepas check baru ada jangkitan GBS.. nasib baik dapat dikesan awal…diharap ibu2 yang lain akan lebih aware pasni..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 2, 2015 at 00:21

      Tuhla bahaya GBS ni.. Kalau byk keputihan memang dinasihatkan check doctor, buang rasa malu demi keselamatan dan kesihatan baby

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design