Assalamualaikum
Salah satu favourite orang johor adalah tempe. Jadi sebagai seorang anak kelahiran johor, Zarith dan Mr Hubby memang sangat suka makan tempe.
Teringat masa kami masih belajar di Germany, sanggup menapak pergi ke kedai Asia yang agak jauh untuk mencari tempe gara-gara kedai Asia yg terletak di bandar kehabisan stok.
Disebabkan kami suka sangat, jadi dalam proses nak latih Zuyyin makan tempe hehe
Resepi Tempe Goreng Sambal Kegemaran Sekeluarga
Author:
Prep time:
Cook time:
Total time:
Ingredients
- 4 bungkus tempe dipotong panjang dan tipis. Gaulkan dengan setbuk kunyit dan garam
- 5 biji bawang kecil dikisar
- 3 biji bawang putih dikisar
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- Cili kering yang telah direbus dan dikisar
- Kacang tanah
- Ikan bilis
- Air asam jawa
- Gula
- Garam
- Minyak
Instructions
- Goreng kacang tanah, angkat sebelum terlalu masak sebab kacang tanah ni simpan haba, nanti boleh hangus walaupun masa kita angkat tu tengok cantik je
- Goreng ikan bilis sehingga garing
- Goreng tempe sehingga garing
- Tumis cili kering dan bawang yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit gula. Masak sehingga warna merah tua.
- Perasakan dengan garam dan sedikit air asam.
- Agak-agak dah lembab macam yang kita nak (kalau tak lembab lagi tambah air masak sikit), masukkan kesemua kacang tanah, ikan bilis dan tempe yang telah digoreng tadi, kacaukan.
- Masukkan bawang potong bulat. Gaulkan dan tutup api.
Bila makan dengan nasi panas, memang terangkat =p Selamat mencuba!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
sedap ni..boleh cuba ni..
Hehe…sila la cuba..sedap =)
Sedapnya Tempe.
Sedap-sedap hihi
anak2 sy pun gemarkan tempe…maklumlah menurun keturunan JAwanya..hehehe
Wah, best la ade geng hehe
Semua hidangan tempe favourite akak 🙂
Seeedaaappp kan kak farah tempe nih hehe