Assalamualaikum
Kebanyakan ibu bapa memilih baby walker sebagai jalan pintas untuk memudahkan kerja seharian di rumah, apabila anak kecil sering minta perhatian dan suka didukung.
Ada pula ibu bapa yang beranggapan bahawa walker akan membantu baby untuk berjalan lebih cepat, namun sangkaan ini adalah tidak benar sama sekali. Pada hakikatnya lebih banyak keburukan kepada perkembangan tumbesaran baby yang menggunakan walker.
Kenapa Walker Berbahaya?
Walker membenarkan pergerakan yang melebihi kemampuan semulajadi baby dan lebih cepat daripada tindakan ibu bapa (mereka boleh bergerak sejauh 1 meter dalam 1 saat!). Kebanyakan kecederaan melibatkan baby jatuh dari tangga, boleh juga terjadi kecederaan akibat baby boleh mencapai benda yang panas, berat dan juga beracun.
Walaupun walker kini lebih banyak improvement, ada sistem brake, tapak yang lebih luas (agar lebih stabil dan selamat – tak boleh masuk ke dalam kebanyakan bilik, contohnya toilet), namun ia tetap boleh menyebabkan kecederaan teruk akibat pergerakan yang terlalu laju dan baby masih boleh mencapai objek merbahaya.
Lebih 14,000 orang baby cedera kerana menggunakan baby walker setiap tahun di USA dan ada yang meninggal dunia disebabkan kecederaan kepala akibat terjatuh dari tangga di dalam rumah.
Ianya telah diharamkan di Kanada pada tahun 2004. Kerajaan Kanada juga mengenakan denda sebanyak $100 000 atau 6 bulan penjara jika rakyatnya ada menyimpan walker dalam rumah mereka.
Apakah kesannya kepada baby?
Apabila usia baby telah cukup matang, mereka mempunyai keinginan untuk bergerak di atas lantai. Pada mulanya memang ia agak sukar kerana mereka terpaksa bekerja keras untuk menggerakkan tangan dan kaki, berguling-guling, meniarap dan merangkak.
Namun mereka akan berasa sangat gembira apabila mereka dapat mencapai permainan yang jauh dari mereka. Selepas itu, fokus mereka akan beralih kepada tahap yang lebih tinggi, iaitu mencuba untuk membangunkan diri sendiri, sama ada dengan cubaan berdiri, memapah dan juga akhirnya berjalan.
Dengan penggunaan baby walker, salah satu daripada proses perkembangan semulajadi yang menakjubkan ini akan ditinggalkan. Dengan kaki pada posisi yang tidak semulajadi, mereka bergerak melayari lantai rumah dengan begitu mudah, serta berdiri tegak sebelum masanya.
Selain dari bahaya bergerak dengan cepat, jatuh, serta boleh mencapai objek yang tinggi, baby yang menggunakan walker akan belajar merangkak, berdiri dan berjalan lebih lambat dari yang sepatutnya dan akan menunjukkan perkembangan motor yang lambat beberapa bulan selepas mereka belajar berjalan.
Tetapi kesan yang lebih besar adalah – perkembangan mental yang lambat.
Oleh itu sebagai ibu bapa kita hendaklah membuat keputusan yang tepat. Baby perlu belajar meniarap, merangkak dan berjalan sendiri bagi membantu perkembangan mental dan fizikal mereka yang sihat serta menjadikan mereka lebih bijak.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Selalunya guna walker ni bila time nak masak pastu ikat kat pintu pagar dapur….sambil msk sambil tgk bb…hehehe
Amboi main ikat-ikat gitu hehe
Waktu anak 1st dulu mmg excited sgt mau masukkan dalam ni. Mungkin tu sebab dia lambat duduk sendiri time tu. Baby rara nanti masukkan dlm exersaucer ja kali
Wah excersaucer gitu..majulah baby rara ni hehe
Memang guna time masak aje walker ni…huhuhu… Kalau tak, habis bawang2 masuk mulut..tapi bile da ade kitchen kabinet, memang dah tak guna dah walker =)
Wah habis bawang sume masuk mulut ye..hehe..