Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 14, 2015 by Ibu Zarith

10 Rawatan Semulajadi Ovarian Cyst Yang Perlu Wanita Tahu

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar cerita wanita yang menderita penyakit ovarian cyst. Rakan sepejabat Zarith dulu pun, ramai yang menderita penyakit ini. Sampai kena mengambil cuti sebulan dua akibat perlu menjalani pembedahan.

Ada beberapa faktor yang dikaitkan dengan ovarian cyst ini antaranya adalah cara pemakanan kita sekarang yang kurang sihat, terlalu banyak MSG (bahan perasa), pemakaian tuala wanita pakai buang (pad) dan banyak lagi.

Selalunya, wanita yang menghidap penyakit ini tidak sedar akan kewujudannya kerana ia tidaklah mendatangkan apa-apa masalah. Namun, ada juga yang mengalami simptom-simpton ketidakselesaan seperti perut yang terasa seakan buncit dan kembung, haid yang tidak teratur, sakit pada tulang pelvis sebelum atau semasa datang haid, sakit ketika melakukan hubungan intim bersama suami, sakit pada bahagian belakang, loya dan mabuk. Ada sesetengah ovarian cyst ini menyebabkan anda menjadi tidak subur.

Ada juga ovarian cyst ini hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan. Namun, ada beberapa rawatan semulajadi yang boleh dilakukan untuk melegakan simptom dan membantu mengecutkan saiz cyst tersebut.

Nak tau cara kecutkan cyst dan fibroid, elak kena bedah dan tak berulang? Tonton video di bawah ni sampai habis

Rawatan Cyst Secara Semulajadi

Walaupun anda melakukan rawatan semulajadi ini, namun adalah dinasihatkan anda tetap melakukan pemeriksaan berkala dan mendapatkan nasihat doktor tentang diagnosis sebenar penyakit anda dan rawatan susulan.

  1. Haba
    • Apabila anda diserang sakit perut seperti senggugut dan cramp di bahagian abdomen akibat ovarian cyst, anda boleh ambil bag air panas ataupun botol berisi air panas dan letakkan di bahagian bawah perut untuk kelegaan segera
  2. Pek minyak castor (Castor Oil Pack)
    • Minyak castor membersihkan tisu dan toksin yang berlebihan dari badan. Ia juga merangsang sistem limfa dan peredaran darah yang membantu mengurangkan dan melarutkan ovarian cyst.
      • Lipat kain flanel yang besar untuk menjadikannya 2 atau 3 lapisan tebal. Pastikan kain yang dilipat cukup besar untuk menampung keseluruhan abdomen anda
      • Percikkan dalam 2 sudu besar minyak castor atas kain tersebut. Lipat kain tersebut menjadi separuh untuk tepukannya dan kemudian buka lipatan.
      • Baring atas tuala lama, dan letakkan kain flannel tadi di atas perut.
      • Lindungi kain yang mengandungi minyak castor tadi dengan plastik, kemudia dengan tuala lama tadi.
      • Letakkan botol air panas ke atas tuala dan kemudian tutupkan diri anda dalam selimut yang tebal.
      • Biarkan selama 30 minit dan kemudian alihkan pek minyak castor tersebut.
      • Ulang langkah tersebut 3 kali seminggu untuk 3 bulan.
      • Untuk hilangkan minyak ini dari kulit, boleh bilas dengan campuran 3 sudu besar baking soda dan 4 cawan air
    • Nota: Jangan gunakan kaedah ini sekiranya anda sedang haid. Sekiranya anda merancang untuk hamil, jangan gunakan kaedah ini selepas ovulasi
  3. Mandian Epsom Salt
    • Kandungan magnesium sulfate yang ada dalam Epsom salt ini memang berkesan untuk melegakan sakit pada otot yang seterusnya dapat mengurangkan kesakitan pada perut.
      • Tambahkan 1 cawan epsom salt ke dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air suam
      • Tambahkan 5 ke 10 titik essential oils seperti lavender, rose atau jasmine.
      • Kacau air tersebut sehingga epsom salt itu larut sepenuhnya.
      • Berendamlah dalam air tersebut dalam 20-30 minit.
      • Lakukan sehari sekali
  4. Teh chamomile
    • Teh herba ini juga dianggap sebagai ubat terbaik untuk merawat ovarian cyst dan apa sahaja ketidakselesaan yang dihadapi. Kesan sedatif lembut teh chamomile akan mengurangkan kesakitan dan membantu anda untuk berehat.
    • Selain itu, sifat panas semulajadi teh ini membantu mengawal haid yang tidak teratur dengan merangsang aliran darah pada bahagian pelvis dan rahim
      • Campurkan 2 sudu teh chamomile yang kering ke dalam secawan air panas.
      • Tutup cawan dan biarkan selama 5 minit
      • Tapiskan dan tambah 1 sudu kecil madu dan minumlah air teh tersebut.
      • Anda boleh minum 2-3 cawan sehari.
  5. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)
    • Cuka Epal boleh membantu mengecut dan membubarkan ovarian cyst yang disebabkan oleh kekurangan potassium. ACV ini tinggi kandungan potassiumnya.
      • Tambahkan 1 sudu besar ACV ke dalam segelas air suam.
      • Campurkan 1  susu besar black strap molasses
      • Minum 1-2 gelas minuman ini setiap hari.
      • Lakukan rawatan ini sehingga ovarian cyst hilang sepenuhnya.
    • Rawatan ini juga akan membantu sekiranya anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan dan juga kembung serta kekejangan sepanjang tempoh haid.
  6. Ubi Bit (Beet Root)
    • Ubi bit mengandungi sebatian yang dikenali sebagai betacyanin yang meningkatkan keupayaan hati untuk membersihkan toksin daripada sistem anda.
    • Tambahan pula, sifat alkalinya membantu mengimbangi keasidan dalam badan anda. Ini seterusnya mengurangkan simptom ovarian cyst.
      • Campurkan satu setengah cawan jus ubi bit yang segar dengan 1 sudu besar gel lidah buaya dan 1 sudu besar blackstrap molases.
      • Minum sehari sekali sebelum mengambil sebarang sarapan.
      • Amalkan seharian sehingga simptom berkurangan
  7. Halia
    • Halia adalah herba yang kuat sifat anti-radangnya yang dapat melegakan kesakitan.
      • Kisarkan menggunakan pengisar jus, 2 inci halia, 2 batang celery, setengah gelas jus epal dan 3/4 nenas.
      • Minum sehari sekali sehingga cyst sudah tiada.
      • Anda juga boleh minum 2-3 cawan teh halia setiap hari.
  8. Flaxseed
    • Flaxseed membantu mengimbangi nisbah estrogen kepada progesteron dalam badan kita. Ini akan membantu mengurangkan cyst.
    • Tambahan pula, Flaxseed adalah kaya dengan serat yang dapat membantu badan menyingkirkan toksin yang berbahaya, kolesterol dan bahan buangan lain yang diproses oleh hati
    • Campurkan 1 sudu besar flaxseed yang telah dikisar lumat dalam segelas air suam. Minum setiap hari semasa perut kosong sehingga anda dapat lihat perubahan kesihatan anda yang semakin baik.
    • Anda boleh juga tambahkan flaxseed yang telahh dikisar itu kepada yogurt, smoothies, sup dan juga salad
  9. Badam
    • Badam adalah makanan yang kaya dengan magnesium yang membantu mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh ovarian cyst
    • Hanya makan beberapa biji badam yang telah dipanggang untuk mengurangkan rasa sakit
    • Sebagai alternatif, urut dengan lembut kawasan perut dengan minyak badam yang juga boleh membantu melegakan sakit dan kembung perut
    • Anda juga boleh tambahkan 1 sudu kecil minyak badam manis ke dalam segelas air susu suam dan minum sehari sekali sehingga sembuh sepenuhnya
  10. Banyakkan pengambilan air
    • Apabila anda menderita ovarian cyst, adalah sangat penting untuk meningkatkan pengambilan cecair anda.
    • Pilihan terbaik adalah air. Cuba amalkan pengambilan air beralkali dan bertapis secara kerap.
    • Anda juga boleh menambahkan lemon kedalam segelas air sebelum meminumnya. Ini kerana sifat semulajadi lemon yang sangat unik adalah, ia akan berubah sifat dari asid kepada alkali sebaik sahaja masuk ke dalam perut kita.
    • Air akan mengepam keluar toksin yang berbahaya daripada sistem anda.
    • Selain itu, anda juga boleh minum air kelapa dan juga jus sayuran hijau. Elakkan pengambilan kopi, soda dan minuman beralkohol.

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian pelvis, demam, pening, pernafasan yang cepat atau kesakitan pada faraj dengan pendarahan. Gejala ini boleh menjadi petanda bahawa cyst pecah atau kilasan ovari yang boleh membawa kesan serius jika tidak dirawat dengan segera.

Dan sekiranya anda ingin mencuba rawatan alternatif, boleh rujuk artikel Zarith “Rawatan Alternatif Untuk Penderita Ovarian Cyst Supaya Dapat Elakkan Pembedahan“

Bagi anda yang sudah lama menderita penyakit cyst atau fibroid ini dan ingin mencuba rawatan alternatif, hubungi Zarith 013-7510028 sekarang! Zarith akan bimbing anda cara pengambilan yang betul agar ianya lebih berkesan dan kesihatan anda akan dapat dikembalikan!

Semoga bermanfaat!

#shakleeshahalam #pengedarshakleeshahalam #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeusj #shakleeselangor #shakleeusj

Disclaimer: * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Yaya says

    August 17, 2015 at 23:55

    salam..tq share info sis =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 26, 2015 at 00:10

      Wsalam yaya.. most welcome =)

      Reply
  2. Farrah MF says

    August 28, 2015 at 21:26

    Info yang bagus ni! Akak baru tahu 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 6, 2015 at 00:53

      Semoga bermanfaat kak =)

      Reply
  3. Nana says

    September 2, 2015 at 11:38

    Subhanallah. Bagus tips ini puan. Moga bermanfaat untuk semua wanita. Adakala mereka ini kurang ambil tahu @ tidak perasan hidap pcos, cyst dan pelbagai penyakit dalaman. Inshaa Allah moga semua sihat sediakala.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 6, 2015 at 00:25

      Betul tu Nana. Selalunya orang perempuan ni malu atau tak berapa rajin untuk buat pemeriksaan menyeluruh seperti pap smear tu. Kalau dah terlambat kesan, lagi la bahaya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design