Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 10, 2015 by Ibu Zarith

11 Ketidakselesaan Yang Sering Ibu Alami Bila Memasuki Minggu Terakhir Kehamilan

Assalamualaikum

Apabila kita dah memasuki minggu ke-28 kehamilan, ini bermakna kita dah masuk fasa trimester ketiga. Fasa menunggu hari dan seterusnya bersedia untuk menerima kehadiran baby. Pada trimester ketiga ni, dengan keaadaan perut yang semakin memboyot, kita mulalah rasa sangat letih dan tak larat nak bergerak banyak.

Pada waktu ni pertumbuhan baby berlaku dengan pantas sekali. Perubahan ini membantu kita untuk membuat persiapan apa yang bakal dijangkakan. Pada saat ini, kita juga akan dapat merasakan beberapa contraction palsu yang tidak sekata yang berlainan dengan contraction sebenar. Sekiranya anda hendak pastikan bahawa contraction itu adalah yang sebenar dan bukannya Braxton Hicks, boleh rujuk artikel Zarith “Bagaimana Nak Tahu Yang Braxton Hicks Adalah Tanda Palsu Nak Bersalin” Walaupun contraction tersebut tak berapa sakit, tapi ia tetap mengganggu dan menyebabkan kita menghentikan seketika aktiviti yang sedang dilakukan.

Selain itu, ada beberapa lagi ketidakselesaan yang sering menggangu kita pada fasa terakhir kehamilan. Sebagai seorang suami, anda haruslah faham dan memberikan sokongan dan bantuan yang sepenuhnya kepada isteri yang sedang hamilkan anak anda. Hargailah isteri anda dan bantu mereka untuk berasa seselesa yang mungkin. 9 bulan bulanlah satu tempoh yang panjang.

Seperti Mama Ainul ni, lain pulak ceritanya. Walaupun hamil 7 bulan, boleh pulak pergi melancong dan panjat candi Borobudur yang tinggi di Jogjakarta tu. Bukan itu sahaja, malah siap sampai lebih dulu dari yang lain. Jom dengar perkongsian rahsia beliau selama 1 minit ini:

Ketidakselesaan Pada Akhir Kehamilan:

  1. Keletihan otot perut dan kegatalan kulit pada bahagian perut
    • kegatalan di bahagian perut berlarutan hingga tiga bulan terakhir. Ini berlaku akibar daripada pengembangan perut dan ligamen di bahagian tersebut. Pembesaran rahim dan baby juga menyebabkan tekanan pada bahagian abdomen dan kegatalan berlaku disebabkan pengembangan kulit.
    • Anda boleh rujuk artikel Zarith “7 Tips Elakkan Timbulnya Stretchmark Semasa Hamil”
  2. Sakit kepala dan sakit belakang
    • sakit kepala sering berlaku akibat dari kurangnya berehat. Dapatkan rehat yang secukupnya terutamanya jika berasa tertekan dan emosional.
    • Sakit belakang pula berlaku akibat perut yang semakin membesar dan merubah postur badan kita. Pakailah kasut yang selesa serta jangan duduk atau berdiri terlalu lama.
    • Anda boleh rujuk artikel Zarith “Apa Perlu Buat Bila Badan Lunyai Semasa Hamil?”
  3. Badan terasa panas dan tidak selesa
    • Ia adalah tindakbalas normal metabolik yang berlaku kepada ibu hamil. Badan akan bekerja keras untuk menyokong baby. Anda mungkin berpeluh walaupun orang sekitar sedang menggigil kesejukan
  4. Lelehan susu pada payudara
    • Kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payudara pada akhir kehamilan. Kolostrum adalah cecair kuning yang kaya dengan nutrien dan akan diminum oleh baby anda beberapa hari selepas kelahirannya sebelum susu sebenar keluar pada hari kedua atau ketiga selepas lahir.
  5. Susah hendak tidur lena
    • Dah menjadi kelaziman ibu hamil, bila dah masuk trimester ketiga ni, tak boleh nak tidur nyenyak.
    • Kekerapan nak buang air kecil serta keadaan perut yang semakin membesar menyebabkan si ibu kurang selesa hendak tidur.
    • Untuk pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya, tidurlah pada bila-bila masa yang anda selesa.
  6. Hidung tersumbat dan berdarah
    • Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung, hidung kita tersumbat atau hidung berdarah.
  7. Sesak nafas
    • Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan kepada pengaliran darah dalam peparu.
    • Pada trimester ketiga ni, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan diafragma, menjadikan pernafasan semakin sukar.
    • Sesetengah ibu hamil yang tiada sejarah asma, mendapat simptom asma pada akhir kehamilan
  8. Bengkak pada bahagian kaki
    • Kaki yang membengkak semasa kita hamil adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak. Masalah ini berpunca daripada jumlah cecair (air, darah, air ketuban) yang ada dalam badan.
    • Petua untuk mengatasi masalah ini adalah dengan minum lebih banyak air. Kaki Zarith akan membengkak seminggu sebelum bersalin. Semasa hamilkan Zuyyin dan Zayra pun macam tu. Jadi selagi tak bengkak, Zarith tahu itu bukan masanya nak bersalin =p
    • Luruskan kaki seboleh yang mungkin dan jangan duduk bersilang. Kadang-kadang bengkak ki juga adalah tanda-tanda tekanan darah tinggi atau pre-eklampsia.
  9. Buasir
    • Secara teknikalnya, buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum. Hormon dan tekanan pada usus, termasuk ketegangan ketika perubahan usus boleh menyebabkan keadaan yang sedia ada.
    • Boleh rujuk artikel Zarith “5 Rawatan Buasir Untuk Ibu Hamil Dan Berpantang”
  10. Bengkak gusi
    • Perubahan hormon juga boleh menyebabkan gusi bengkak. Anda juga mungkin mengalami gusi berdarah apabila menggosok gigi.
    • Gunakanlah berus gigi yang lembut, dan teruskan menggosok gigi dan flos gigi seperti biasa
  11. Lelehan air kencing
    • Dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar ketika anda batuk, bersin atau ketawa.
    • Lelehan urin ini adalah sebagai petanda yang anda perlu mula melakukan senaman lantai pelvik dan berlatih kontraksi otot di bahagian vagina dan anus. Boleh rujuk artikel Zarith “7 Tips Elakkan Peranakan Jatuh Selepas Bersalin Supaya Suami Sayang“

Sekiranya anda mengalami kekerapan untuk buang air kecil, jangan tahan! Ini kerana akan akan hanya mengganggu pundi kencing dan menghilangkan kontraksi.

Dan bila telah tiba masa untuk melahirkan, boleh perhatikan tanda-tanda bersalin dan sediakan barang keperluan untuk dibawa ke hopsital. Boleh rujuk artikel Zarith “10 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital” serta “Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital“

Kalau anda tidak selesa dan tidak larat sepanjang kehamilan, boleh cuba dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang telah membantu Zarith dan ibu-ibu lain untuk kekal bertenaga sepanjang kehamilan. Bacaan HB ok, tidak kejang kaki, tiada sembelit, itu semua adalah bonus bagi kita yang hamil, terutama sekiranya kita nak uruskan rumah tangga sesempurna mungkin. Hubungi Zarith 013-7510028 untuk dapatkannya sekarang dan dapatkan cara makan yang betul agar sentiasa cergas bertenaga sepanjang kehamilan.

Nak beli sendiri? Boleh juga. Klik je link bawah ni:shop now

Nak dapatkan harga ahli yang lebih murah? Hubungi Zarith sekarang!

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. su says

    September 30, 2015 at 22:25

    kalau akak pulak paling tak selesa sekali bila sakit celah kelengkang sebab tiba-tiba baby mengeras.. aduiii nak jalan pun tak boleh

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 02:13

      Aah kak sue tu pun betul jugak huhu

      Reply
  2. Wan Nur Suzilla says

    December 1, 2015 at 22:52

    Pada 3rd period, mmg sue kerap buang air and then kaki selalu bengkak

    Susah mahu tidur masa tu:)
    Nice info

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 8, 2015 at 00:57

      Masa 3rd trimester semua serba tak kena kan sue =)

      Reply
  3. nila anggraini says

    December 2, 2015 at 15:38

    bagi saya hal yang paling tak selesa bila berdiri terlalu lama. Tapi sejak amalakan set mengandung shaklee rasa tu dah takde lagi.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 3, 2015 at 13:42

      Bila kita hamil, memang tak selesa bila berdiri terlalu lama kan. Alhamdulillah Nila dah jumpa “penawarnya” =)

      Reply
  4. Ros says

    March 17, 2017 at 16:19

    Banyak cabaran masa mengandung ni. Tapi semua dapat ditempuhi dengan baik demi anak tersayang.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 01:56

      kan kak ros..demi anak-anak

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design