Assalamualaikum
Selain dari kelengkapan untuk melahirkan, antara perkara penting yang perlu ibu dan ayah ambil tahu dan buat persiapan adalah hospital manakah yang menjadi pilihan. Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan kejadian kelam kabut semasa hendak melahirkan nanti.
Tips Memilih Hospital Untuk Melahirkan Baby
- Pastikan tempat bersalin yang dipilih paling dekat dengan rumah kita sebab kita tak tahu bila berlakunya kecemasan. Semasa nak bersalinkan Zuyyin tiga tahun lepas, rumah Zarith memang dekat sangat dengan Hospital Ampang, jalan kaki tak sampai 5 minit. Tapi bila nak bersalin tu takde la pulak larat nak jalan kaki kan, naik kereta juga hehe
- Beritahu doktor dan jururawat semasa membuat pemeriksaan antenatal di klinik desa atau swasta jika terdapat sebarang masalah atau komplikasi semasa melahirkan anak yang dulu. Jadi selalunya mereka akan mencadangkan kepada anda, hospital mana yang terbaik untuk anda.
- Sekiranya anda mengalami kehamilan yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, berpengalaman melahirkan anak secara pembedahan, ada komplikasi semasa kehamilan, pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap jika. Ini untk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini semasa melahirkan anak nanti.
Namun semuanya bergantung kepada rezeki kita juga sebenarnya. Macam Zarith semasa nak bersalinkan Zayra di Johor Bahru, sepanjang mengandung tu memang rancang nak bersalin di Hospital Sultan Ismail (HSI). Namun bila masa nak lahirkan Zayra, bila sampai di HSI mereka cek dan suruh balik, dan datang balik 3 hari selepas tu (bila dah lewat 10 hari).
Tapi petang tu dah rasa sakit-sakit, dan kami membuat keputusan untuk mendapatkan second opinion daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA). Dah ada bukaan 5 cm waktu tu, dan Alhamdulillah Zayra selamat dilahirkan malam tu juga.
Dan sekiranya anda memang sukakan perkhidmatan hospital kerajaan, dan pada masa yang sama ingin rasakan keselesaan optimum, anda boleh minta untuk dimasukkan ke dalam wad kelas pertama. Alhamdulillah memang sangat selesa. Makanan pun sedap hehe. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat atas layanan terbaik dari di bilik bersalin sehinggalah dalam wad
Kita merancang Allah yang Maha Perancang kan. Apa pun, perancagan awal dapat membantu kita serba sedikit dalam membuat persediaan =)
Semoga semuanya dimudahkan Allah. Jangan lupa bawa Kelengkapan Semasa Di Hospital yea =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Betul tu perancangan Allah adalah yang terbaik. Ingat nak balik kampung cuti hari merdeka dan bersalinkan Maryam di kampung. Tapi bersalin awal pula. Oh.. setahun dah berlalu. Maryam genap setahun hari ni. ๐
Happy birthday Maryam syg…semoga jadik anak solehah =)
Lagi bagus kalau dah beranak pinak, gunakan hospital yang sama dan doc yang sama.
Lagi senang dam senang nak rekod.
Malah doc pun akan tau corak masa kita bersalin kalau terlebih ataupun awal daripada due date..
Betul jugak kan Azeni, Thanks for the tips =)
Tapi tak boleh apply untuk Zarith, kami berpindah randah, hehe
Saya belum ada rezeki untuk dapat anak lagi, tapi sekarang dah start survey mana hospital paling dekat ๐
Wah bagus tu. Pantas dan tuntas =)
salam puan zarith,
thanks buat entry ni, bagus untuk reference saya hihi..
nak tanya, kalo saya & husband bukan keje government, still bole apply wad Kelas Satu ke kat HSA?
Tadi call HSI, diorang cakap HSI xde wad Kelas Satu, ada Kelas Dua n Kelas Biasa je.
Saya due January nanti, tapi nevesnye mak aihh.. :’D
HSI memang takde 1st class. HSA ada, dan selesa =)
Good luck! Semoga Allah permudahkan segalanya =)
Urutan Tradisional Selepas Bersalin Di Rumah
(Kawasan : Johor Bahru, Larkin, Tampoi, Pandan, Pasir Gudang)
PERCUMA! BENGKUNG MODEN 3IN 1
PAKEJ 3 HARI : RM400
PAKEJ 5 HARI : RM650
PAKEJ 7 HARI : RM900
Pakej : Urutan, Param, Pilis, Tapel Perut, Tungku
Urutan Tradisional Kesihatan juga ada.
Hubungi : MELOR 016-7744127
Terima kasih.