Assalamualaikum
Apabila doktor sahkan yang Zarith hamil, perkara yang Zarith akan fikir adalah tentang pemakanan. Apa yang perlu Zarith tambahkan dalam diet seharian dan apa yang perlu Zarith elakkan. Sebenarnya takde la susah sangat pun kalau kita ni jenis yang memang jaga pemakanan seharian. Tapi bagi Zarith perkara yang agak sukar nak tinggalkan adalah minum teh dan kopi.
Demi baby yang dikandung, memang berpuasa juga la dari mengambil minuman berkafein tu. Sampai la habis tempoh menyusukan. Yang lain tak menjadi masalah sangat sebab Zarith memang tak berapa suka makanan segera dan junk food.
Gaya hidup dan corak pemakanan kita dan pasangan kita mencerminkan kesihatan dan kecerdasan baby yang bakal lahir. Boleh baca juga artikel Zarith “4 Pemakanan Yang Perlu Suami Amalkan Untuk Mendapatkan Anak Berkualiti“
Selain dari itu, anda juga perlu membuat kaji selidik tentang sejarah alahan ahli keluarga. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap jenis makanan tertentu seperti susu, kacang dan telur, maka elakkanlah dari mengambil makanan tersebut. Tetapi carilah alternatif untuk menggantikan makanan tersebut agar anda tetap tidak kekurangan khasiat.
Macam dalam kes Puan Aya ni, bila bacaan HB rendah mencecah 8.7, Puan Aya asyik keluar masuk hospital. Tapi dalam masa 2 minggu jek masalah anemianya selesai dengan bacaan 11.8. Mari kita tengok perkongsian beliau:
Kepentingan Zat-zat nutrisi sepanjang kita hamil:
- Kalsium
- Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala kebas atau kejang pada ibu hamil.
- Ia juga mengurangkan risiko ibu hamil terkena penyakit darah tinggi sewaktu hamil.
- Keperluan kalsium bagi ibu hamil dan ibu yang menyusukan adalah 1000-1200mg kalsium sehari
- Zat besi (Iron)
- Zat besi amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia untuk menyerap nutrisi dan mencegah anemia
- Keperluan Zat besi meningkat bagi ibu hamil kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutama ketika dua trimester terakhir.
- Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, ikan bilis,tauhu dan tempe serta bayam
- Boleh rujuk artikel HB Rendah boleh menyebabkan keguguran?
- DHA
- Ia memainkan peranan penting untuk perkembangan minda baby dalam kandungan kita. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan otak bayi dan penglihatan sejak dalam kandungan lagi.
- Otak bayi mula berkembang pada awal trimester ke-2 lagi
- Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan minyak ikan.
- Asid Folik
- merupakan salah satu unsur vitamin B yang terbentuk untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD) seperti spina bifida pada baby yang belum lahir sebanyak 80%
- Ibu hendaklah meningkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12 minggu terawal kerana ketika inilah organ dan sistem badan baby mula terbentuk
- Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis dan kacang panjang, produk soya, kekacang, jus, bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan
- Air
- Semasa hamil, badan kita memerlukan minimum 10 gelas air masak setiap hari
- Sebagai variasi, ibu juga boleh mengambil jus buahan segar ataupun yogurt
Pengambilan sebarang ubat-ubatan juga perlulah atas nasihat doktor. Jangan mengambil ubat walaupun paracetamol secara sembarangan. Dikhuatiri akan memberi kesan yang buruk kepada baby dalam kandungan.
Sekiranya anda ingin kekal bertenaga, tak cramp kaki, tak sembelit, HB terkawal, boleh hubungi Zarith 013-7510028 sekarang! Anda boleh dapatkan Vitalea Secara PERCUMA! Dapatkan juga SET HAMIL PREMIUM dan TIPS KEHAMILAN EKSKLUSIF dari Zarith sekiranya anda hubungi Zarith sekarang!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Leave a Reply