Assalamualaikum
Tempoh 44 hari berpantang seringkali dianggap sebagai tidak bebas oleh kebanyakan ibu. Ibu tidak boleh makan sesetengah jenis makanan dan tidak boleh melakukan banyak pergerakan. Sekiranya anda perlukan resepi dalam pantang, boleh rujuk artikel Zarith “8 Resepi Berpantang Terbaik Tanpa Asyik Makan Ikan Haruan“
Sebenarnya, tempoh berpantang ini adalah masa untuk kita pulihkan kembali tenaga dan kesihatan diri setelah bertungkus lumus melahirkan zuriat tersayang. Bukan senang nak melahirkan, setelah 9 bulan bawa baby dalam perut ni. Jadi bagilah masa sekurang-kurangnya 44 hari untuk badan dimanjakan bak puteri =)
Ada yang mengamalkan berpantang selama 60 hari ataupun 100 hari. Itu terpulang kepada selera masing-masing. Yang penting selepas habis je tempoh berpantang, badan kita segar dan sihat seperti sediakala.
Macam mama ni lah, berpantang anak kedua lain benar rasanya. Tak perlu pakai sweater, badan rasa panas dan sihat je. Sembelit pun takde. Jom lihat perkongsian 1 minit mama ni:
Amalan Semasa Berpantang:
- Mandi Herba
- Bagi ibu yang bersalin normal, mandian herba dimulakan dari hari ketiga selepas bersalin, manakala bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, adalah selepas ibu menjalani pemeriksaan pertama doktor pada luka pembedahan tu.
- Penggunaan serai wangi, daun pandan, halia bertujuan untuk membuang angin dan menghilangkan bau tidak enak pada badan serta memberikan kesegaran kepada ibu
- Semasa bersalinkan Zayra setahun yang lepas dapat juga merasa mandai air herba ni, sebab orang yang jaga Zarith berpantang tu sediakan. Sedap dan segar jek lepas mandi tu =)
- Pemeriksaan Kesihatan
- Selalunya pemeriksaan kesihatan ini akan dilakukan oleh jururawat klinik kesihatan di kawasan kita tu. Ibu hanya perlu telefon dan beritahu klinik kesihatan tentang tarikh melahirkan baby.
- Sebaik sahaja ibu berada di rumah, wakil dari klinik kesihatan akan datang dan memeriksa keadaan ibu dan baby
- Berurut
- Urutan memang sangat penting bagi mengembalikan kesegaran badan ibu. Untuk mendapat kesan yang terbaik, urutan hendaklah dilakukan selama 7 hari. Zarith selalunya akan ambil 5 hari iaitu 3 hari berturut selepas hari ke 5 melahirkan (pastikan jahitan dah ok, kalau ada) dan 2 hari lagi selepas sebulan melahirkan baby.
- Urutan dapat membantu melancarkan peredaran darah terutama di bahagian payudara agar masalah bengkak susu dapat dielakkan. Selain itu, pengeluaran susu ibu juga akan lebih lancar setelah diurut.
- Seluruh badan yang sakit akibat urat-urat yang bersimpul dapat diperbetulkan dan dapat membantu membuang angin dari dalam badan.
- Selain itu, urutan juga membetulkan tulang pelvik yang terbuka semasa proses meneran baby
- Bertungku
- Penggunaan batu atau besi memberikan hasil yang memuaskan untuk membantu mengecutkan peranakan dan menghangatkan rahim selain darah nifas keluar dengan lebih lancar.
- Zarith menggunakan batu sungai original hadiah dari seorang rakan baik =) Sepanjang tempoh berpantang, batu tu memang sangat berguna. Sepanjang masa, baik siang atau malam memang asyik bertungku. Selesa sangat
- Tapel, param dan pilis
- Sapuan tapel pada perut bertujuan mengeluarkan darah kotor disamping menegangkan kembali kulit di bahagian perut.
- Manakala pilis pula ditampal di dahi untuk menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih naik ke kepala. Sementara sapuan param ke seluruh badan pula dapat mengelakkan angin masuk dan memanaskan badan
- Zarith menggantikan tapel ni dengan losyen mustajab pati halia. Sebab risau bila ketiga-tiga bahan ni kering, takut termasuk ke dalam mata baby.
- Berbengkung
- Balutan bengkung di bahagian pinggang hingga ke punggung memberi keselesaan kepada ibu selepas melahirkan. Ia membantu mengembalikan semula bentuk tubuh yang langsing dan ramping.
- Masa Zarith berpantang dulu, Zarith lebih suka menggunakan bengkung moden yang lebih mudah dan selesa. Ada juga bengkung bertali yang makcik bagi, Zarith pakai bila bengkung moden tu dibasuh.
- Best bila pakai bengkung ni, perut yang dah 9 bulan bawa baby, dan menggelebeh bila baby dah keluar, rasa selesa dan tegap jek.
Selain dari penjagaan luaran, penjagaan dalaman juga adalah sangat penting. Set Berpantang Terbaik membantu anda untuk kekal sihat dan cergas. Bila Zarith amalkan Set Berpantang Terbaik ni, tiada lagi sembelit dan seram sejuk semasa berpantang kali kedua berbanding kali pertama dulu.
Syukur Alhamdulillah.
Jika anda juga ingin rasakan apa yang Zarith dan ibu lain rasakan, dan tak sabar-sabar nak berpantang sebab nak tahu apa yang best sangat tu, boleh dapatkan Set Berpantang Terbaik ini sekarang juga! Hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing cara makan yang betul agar kesihatan optimum anda dikembalikan seperti sebelum hamil dulu =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Orang dulu2 memang ambil berat sangat soal berpantang lepas bersalin ni…..kebanyakkannya panggil bidan kerumah mengurut dan sebagainya…jamu2 dan minyak urut hingga bahan mandian juga disediakan pakej untuk 3 hari awal berpantang…
Tapi zaman sekarang ni…semua keperluan berpantang bolih dibeli siap untuk 44 hari berpantang…. semuanya mudah sekarang ni..
Betul kan bunda.. Spa pun ada menyediakan pakej lengkap, tinggal kita jela nak sediakan ongkosnya hehe
terima kasih puan atas sharing ni .hehe berguna nanti kalau nak berbini.
Sama-sama =) Silakan gali ilmu dari sekarang =)