Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 5, 2015 by Ibu Zarith

6 Perkara Wajib Ada Dalam Menu Makan Anak Setiap Hari

Assalamualaikum

Bila anak-anak mula makan, apa yang kita perlu ambil tahu bukan sekadar resepi yang berkhasiat dan lazat, namun lebih dari itu. Kalau tersalah makan, sembelit atau cirit birit pulak. Atau boleh timbulkan alahan.

Kali ini Zarith nak kongsikan tentang apa yang perlu kita ambil perhatian dalam penyediaan menu makanan anak.

6 Perkara Utama Dalam Penyediaan Menu Makanan Anak

  1. Perkara pertama
    • Kita hendaklah pastikan menu yang kita sediakan untuk anak-anak kita pada hari tersebut ada buah-buahan dan sayuran segar. Selain dari kaya dengan serat dan Vitamin, kedua-duanya menjadikan pinggan anak kita berwarna-warni. Mereka tentu suka.
    • Kalau Zuyyin dan Zayra, setiap kali makan mesti ada sayur-sayuran. Bila Zuyyin taknak makan sayur yang agak pahit contohnya sawi, Zarith akan ingatkan pengalamannya sembelit dulu. Jadi sekarang ni, Zuyyin memang tak menolak walau apa pun sayur yang masuk dalam mulutnya. Zayra memang tiada masalah, semua dia suka makan =)
    • Sejam dua selepas makan, Zarith akan bagi mereka makan buah-buahan. Dua biji oren untuk dikongsi bersama, atau 2 biji epal dan sebagainya. Mereka memang suka sangat makan buah-buahan.
    • Sekiranya anak anda tak sukakan buah-buahan, boleh dikisar menjadi jus
  2. Perkara kedua
    • Kanak-kanak perlukan lemak untuk memastikan mereka kekal sihat. Lemak juga akan membuatkan mereka kenyang tapi jangan pula berikan anak lemak yang tidak sihat dan secara berlebihan.
    • Lemak boleh didapati dari keju, daging, minyak zaitun dan kekacang
  3. Perkara ketiga
    • Jangan lupa juga dengan kepentingan bijirin. Antara yang termasuk dalam kategori bijirin adalah roti, nasi dan pasta.
    • Zuyyin dan Zayra sukakan kesemuanya. Jadi senang ibu nak pelbagaikan masakan.
  4. Perkara keempat
    • Berikan anak kita makanan yang seimbang. Iaitu merangkumi kesemua kumpulan makanan. Contohnya mesti ada bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan sumber protein dan juga produk tenusu.
  5. Perkara kelima
    • Selain dari makanan, perkara yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan air oleh anak-anak.
    • Selain dari susu, anak-anak kita juga perlu banyak minum air masak terutamanya sekiranya anak tu jenis yang kerap sembelit.
    • Jus buah-buahan segar yang dibuat sendiri juga sangat digalakkan
  6. Perkara keenam
    • Sebagai ibu, kalau boleh kreatifkan diri dengan menukar menu seharian anak-anak kita agar mereka tidaklah bosan. Selain itu, ianya penting untuk membekalkan nutrien yang berbeza kepada anak kita.

Sekiranya anda perlukan idea-idea untuk menyediakan hidangan anak berusia 6-12 bulan, boleh rujuk artikel Zarith “Resepi Makanan Bayi 6-12 Bulan“. Anda juga perlu tahu kenapa baby tidak boleh diberi makanan bijirin segera yang banyak dijual dipasaran sekarang ini. Boleh baca artikel Zarith “Kenapa Baby 6 Bulan Tidak Boleh Makan Bijirin Segera“

Dan sekiranya anda perlukan resepi istimewa tanpa gula dan garam untuk anak yang berusia 12-24 bulan boleh rujuk artikel Zarith “12 Resepi Anak Setahun Yang Sihat, Mudah dan Menyelerakan“

Selamat mencuba =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Puan hanim says

    August 5, 2015 at 12:38

    Thanks for sharing Dear. Pemakanan anak mesti kena seimbnag. Kanak-kanak mudah berisiko jika tak jaga betul-betul. Sembelit kanak-kanak pun kesian jugak.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 7, 2015 at 00:54

      betul tu hanim…kesian kalau kita tak jaga. Boleh obes dibuatnya huhu

      Reply
  2. Wani says

    January 18, 2018 at 17:08

    Assalamualaikum sis,mkn yg mcm mn utk bg anak yg kerap sembelit..meal shakes pun dah bg tp still jd jgk..boleh nyatakan buah buahan yg perlu dimkn utk atasi sembelit ni..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:15

      Wsalam wbt puan, mungkin cara pengambilan mealshakes tak berapa tepat puan. Selain dari tu puan boleh cuba beri makan buah betik, prune, plum dan juga buah naga

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design