Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 7, 2015 by Ibu Zarith

7 Rahsia Kelebihan Susu Ibu Kepada Ibu Dan Anak

Assalamualaikum

Alhamdulillah Zarith telah berjaya susukan Zuyyin selama 2 tahun 2 bulan. Iaitu 8 bulan menyusu secara eksklusif dan setelah itu dikenalkan dengan makanan pejal dan masih menyusu sehingga Zarith lahirkan Zayra ketika usianya 2 tahun 1 bulan.

Zayra masih dalam perjalanan. Alhamdulillah telah berjaya dalam misi 1 tahun exclusive breastfeeding haritu. Setelah umur Zayra 1 tahun baru Zarith kenalkan dengan makanan pejal. Dan harini, tanggal 7/8/2015 Zayra berusia 1 tahun 1 bulan dan masih fully breastfeed. Semoga Allah berikan Zayra rezeki seperti kakak Zuyyin.

Zarith tahu tak semua di antara kita berpeluang untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Memang sangat banyak cabaran. Susu merudum la, takde masa nak pam la, tiada sokongan dari orang sekeliling dan sebagainya.

Sama seperti Puan Farah ni, kerjanya syif tak menentu sebagai seorang jururawat di IJN. Namun beliau berjaya dalam misi penyusuan ini. Apakah rahsianya? Jom tonton video pendek ini:

Zarith dah rasakan pengalaman bekerja sepenuh masa di pejabat, usung bag pam kesana kesini, berlari-lari mengejar masa untuk mengepam. Belum lagi bila berhadapan dengan cabaran mengepam waktu outstation, meeting di negara jiran, susu merudum dan pelbagai lagi.

Kini cabaran menyusukan ketika menjadi suri yang berkerja dirumah juga bukan calang-calang. Hanya ibu yang duduk di rumah juga faham apakah cabarannya.

Namun, sama ada kita bekerja ataupun tidak, hak anak yang satu ini perlu ditunaikan. Jadi untuk menaikkan semangat kita untuk teruskan misi penyusuan ini, jom kita tengok apakah kelebihan menyusukan baby, bukan hanya kepada mereka, tetapi juga kepada ibu.

Kelebihan menyusukan anak

  1. Kurus
    • Badan kita membakar hampir 20 kalori untuk menghasilkan 1 ounce susu ibu.
    • Bayangkanlah sekiranya baby kita minum 19-30 ounces sehari, badan kita dah membakar sebanyak 380-600 Calories sehari.
    • Selain itu, menyusukan baby juga dapat membantu mengecutkan rahim kita secara semulajadi. Seterusnya mengecutkan balik perut kita. Jadi, boleh la kita pakai balik jeans sebelum hamil dulu =)
  2. Waktu hubungan dan ikatan bersama anak
    • Walaupun kita terlalu sibuk namun, sebagai ibu yang menyusukan anak, mesti tetap akan meluangkan masa untuk menyusukan si anak. Bila waktu menyusukan, si anak akan didakap, dan berada sangat dekat dengan ibu.
    • Mata si anak akan menatap wajah si ibu. Masa nilah kita bercakap-cakap dan meluahkan rasa sayang pada si anak. Inilah antara saat-saat paling manis dalam hidup. Walaupun kadang tu anak belum tahu cakap pun, tapi seolah-olah dia faham apa yang kita cakapkan dan apa yang kita rasa pada waktu tu.
  3. Tenang
    • Perasan tak lepas kita balik kerja, stress, penat, tapi bila susukan anak, terus rasa hilang sume masalah. Kerana apa?
    • Masa kita susukan tu, hormon prolaktin dan oksitosin dirembeskan.
    • Hormon inilah sebenarnya yang membantu kita menenangkan perasaaan dan meningkatkan rasa kasih sayang antara ibu dan anak. Hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental kita
  4. Jimat
    • Yang ni paling best sekali. Kita tak perlu bersusah payah fikir nak bagi susu cap apa yang bagus. Ada alahan ke tidak. Sebab kita dah tahu yang anak kita mendapat susu terbaik di dunia
    • Satu lagi ciptaan Allah yang tiada tandingan adalah bilamana kandungan khasiat yang ada dalam susu ibu ini lengkap dan berubah-ubah ikut keperluan baby pada satu-satu masa. Kandungan khasiat yang ada pada susu ibu bila anaknya berusia 1 bulan tidak sama dengan bila anaknya berusia 3 bulan.
    • Tapi kadang-kadang ada yang cakap “Jimat apenye kalo kena beli pam, storage bottle, breastpad dan sebagainya”. Apa kata anda cuba gunakan kalkulator dan kira balik harga pam yang dibeli sekali tu vs harga susu bertin-tin.
  5. Mudah
    • Ibu atau ayah tidak perlu bangun malam bancuh susu, tak perlu siapkan bakul untuk pergi travel, tak perlu siapkan air panas. Tak perlu risau expired date susu. Cuma perlu bawa ibu kemana-mana sahaja =p
  6. Sihat
    • kita tahu baby yang baru lahir sangat rapuh, tak boleh menghasilkan antibodi sendiri sehingga umurnya 2 tahun. Penyusuan ibu mempunyai kebaikan dimana antibodi baby “dibancuh” sendiri di dalam badan si ibu.
    • sebagai contoh, sekiranya kita ke shopping complex, si anak pegang trolley shopping yang telah dipegang oleh beratus-ratus manusia, tentulah banyak kuman kan?
    • apabila baby menyusu, badan si ibu akan ‘register’ kuman tersebut dan terus ‘membancuh’ antibodi di kilang susu. Lantas baby kita akan ada rintangan terhadap penyakit-penyakit tersebut, dengan izin Allah.
  7. Memberi perlindungan tambahan terhadap penyakit:
    • Kanser payudara (Helewa,Levesque & Prvencher,2002)
    • Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
    • Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
    • Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
    • Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
    • Mengurangkan insulin bagi penghidap diabetis (Davies HA, British Med J, 1989)

Dan sebenarnya banyak sangat lagi kelebihan penyusuan susu ibu ni. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dapat melalui pelbagai rintangan dengan kuat demi memberikan anak tersayang kita titisan emas ini.

Sekiranya anda mengalami susu merudum, boleh amalkan zikir dan doa ini:

Dan sekiranya anda ingin dapatkan Set Menyusu Premium, segeralah hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara pengambilan yang terbaik agar misi untuk menyusukan anak dapat diteruskan sehingga berusia 2 tahun.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. hana hadi says

    August 8, 2015 at 06:19

    1 hari nanti harap dapat susukan anak selama 2 tahun. eh 2 tahun ke. hehe insyallah

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2015 at 23:03

      Haha..ye 2 tahun =) Aminnn

      Reply
  2. Jari manis says

    January 25, 2017 at 18:19

    Certain org susu x byk…setahun ke dah kering

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 26, 2017 at 18:38

      Rezeki masing-masing kan JM

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design