Assalamualaikum
Anak-anak ni, kalau dah malam pun masih bertenaga, seperti tenaga mereka tak habis digunakan. Kadangkala tu Zuyyin dan Zayra memang kena paksa masuk bilik selepas siap gosok gigi pukul 10 malam tu. Kalau tak memang masih aktif.
Sebenarnya tidur adalah faktor yang paling penting dalam membantu tumbesaran anak-anak kita terutamanya perkembangan mental dan fizikal mereka. Adalah sangat penting untuk kita pastikan anak kita mendapat tidur yang mencukupi supaya mereka ceria dan bertenaga. Anak yang tidak mendapat tidur yang mencukupi akan berasa letih dan mempunyai masalah untuk memberi perhatian dan memahami pembelajaran. Mereka juga sangat mudah meragam.
Setiap kanak-kanak tu mempunyai tempoh waktu tidur yang berbeza mengikut umur mereka. Jadi mari kita pastikan yang mereka mempunyai waktu tidur yang lebih teratur dan cukup setiap hari.
Panduan Tempoh Waktu Tidur Anak 
- Baby baru lahir
- lebih kurang 16 jam atau lebih sehari (kadangkala sehingga 20 jam), selalunya tidur sebentar 3 hingga 4 kali.
- 2 hingga 4 bulan
- lebih kurang 15 jam setiap hari termasuklah tidur sebentar 2 atau 3 kali
- 6 hingga 9 bulan
- lebih kurang 14 jam sehari termasuk tidur sebentar 2 kali (selalunya waktu pagi dan waktu makan tengah hari)
- 12 hingga 15 bulan
- lebih kurang 13-14 jam sehari termasuk tidur sebentar 1-2 kali
- 18 bulan
- Lebih kurang 13-14 jam sehari termasuk tidur sebentar sekali. Selalunya waktu pagi adalah waktu dia tidur
- 2 tahun
- Lebih kurang 13 jam setiap hari termasuk tidur sebentar sekali sahaja
- 3 tahun
- Lebih kurang 12 jam sehari termasuk tidur sebentar sekali
- 4 tahun
- Lebih kurang 12 jam pada waktu malam
- 5 tahun
- Lebih kurang 11 jam pada waktu malam tanpa ada waktu tidur lain
- 6 hingga 9 tahun
- Lebih kurang 10 jam waktu malam.
Bagaimana nak ajak tidur awal
Zuyyin dan Zayra akan tahu bila tiba waktu tidur sebab sebelum tu Zarith akan gosokkan gigi dan bersihkan mereka siap-siap. Lepas tu memang akan tutup lampu dan pintu bagi gelap semua. Zayra dalam masa 5-10 minit akan terlelap tapi Zuyyin mengambil masa juga. Selepas habis sesi menghafaz surah ringkas dan bercerita, baru Zuyyin boleh tidur dengan nyenyak.
- Pastikan anak kita tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur
- Tegas apabila dah tiba waktu tidur
- Jangan biarkan anak kita menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
- Ciptalah suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap
- Biarkan anak tidur dengan sendiri daripada kita yang mendodoikannya
- Jangan sekali-kali berikan anak kita minuman berkafein seperti kopi atau teh sebelum waktu tidur. Bagi ibu yang menyusu, elakkan juga pengambilan minuman ini pada waktu malam
- Jadikan waktu tidur mereka rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu
- Hargailah setiap kali anak kita katakan yang mereka nak tidur
Kita hendaklah praktikkan tips ini secara konsisten, barulah anak kita akan tidur awal dan menjadi kanak-kanak yang sihat dan ceria. Meskipun waktu tidur boleh digantikan pada waktu siang, namun kualiti tidur terbaik adalah pada waktu malam.
Bagaimana nak tahu anak kita cukup atau kurang tidur?
Perhatikan beberapa perkara di bawah. Sekiranya anak anda lakukannya, ini bermakna yang mereka kekurangan tidur:
- Adakah anak anda terus sahaja tertidur sebaik sahaja menaiki kenderaan yang bergerak?
- Adakah anak anda perlu mengejutkan anda setiap pagi?
- Adakah anak anda menggosokkan matanya?
- Adakah anak anda merengek, meragam ataupun kelihatan letih sebaik sahaja dia bangun tidur?
- Pada waktu malam, anak anda kadangkala tertidur lebih awal dari waktu kelaziman dia tidur?
Mulai hari ini, jom pastikan anak kita tidur paling lewat pun pukul 10 malam. Terutamanya yang masih bayi. Semoga anak-anak kita lebih sihat dan cerdas serta lebih ceria apabila bangun setiap pagi =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Macam mana nak buatkan rutin untuk bayi 4 bulan? Biasanya lepas saya mandikan anak saya pukul 6 petang, susu kan lepas tu dia tidur dalam sejam. Lepas tu dia akan bangun sampai pukul 11-12 malam. Tidur sampai pukul 7 pagi. siang tidur setengah jam je. Bila kira-kira kan, tidur tk cukup 15 jam.
Fadzi, kurang jugak tu ye tidurnya. tapi asalkan tak meragam esoknya dan sihat walafiat, should be ok =)
Maryam memang tidur siang 2 kali. Luqman pula sekali je tidur siang. Kalau diorang tak tidur siang.. memang mood tak elok.
Zayra pun tidur 2 kali siang, Zuyyin je sekali. Tapi Zuyyin tak boleh tengok Zayra tidur, mesti nak dikacau dan ajak bermain, jadinya Zayra pun tidur sekejap je bila Zuyyin tak tidur huhu