Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 21, 2015 by Ibu Zarith

Bila Ditarik Nikmat Sihat….

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernafas di pagi Jumaat yang penuh barokah ini. Beberapa hari lepas, Zarith diuji dengan nikmat kesihatan. Walaupun hanya demam yang mencecah 39 celcius serta sedikit batuk selama hampir 3 hari (bermula ahad-selasa), namun itu sudah cukup membuatkan Zarith bersyukur sangat bila dah dapat balik kesihatan ni. Betul la kata orang, kesihatan tu mahkota kita kan =)

Baru dalam proses nak pulih, puteri solehah Zayra pulak berjangkit (bermula selasa-rabu). Sama juga, demam mencecah 39 celcius. Tapi Alhamdulillah menjelang hari ke 3 dah pulih sepenuhnya. Rekod demam paling lama yang pernah Zayra pegang setakat ni. Sebelum ni paling lama hanya 24 jam je, habis kalut ibu dan ayah. Alhamdulillah kak Zuyyin sihat walafiat.

Dan yang paling Zarith bersyukur, Mr. Hubby sanggup mengambil emergency leave 3 hari untuk menjaga kami anak-beranak. 100% Mr. Hubby yang uruskan semasa beberapa hari Zarith tak sihat. Dari bab mandikan anak-anak, memasak, membasuh, bagi anak makan, bermain-main dengan mereka dan juga tidurkan mereka. Kebajikan Zarith pun terjaga dengan baik sekali.

Bersyukur dengan nikmat kasih-sayang yang Allah berikan kepada kami. I love you sayang =D

Sepanjang beberapa hari tak sihat, Zarith perbanyakkan makanan yang boleh tingkatkan imun sistem Zarith. Sama juga bila Zayra pun tak sihat. Vitamin C yang selalunya Zarith ambil 1 atau 2 biji sehari, Zarith tingkatkan menjadi 4 biji sehari. Nutriferon pula Zarith ambil 1 sachet sehari.

Kebetulan Performance Drink baru je habis, maka terpaksa la minum 100 Plus. Zarith tak suka air bergas, jadi beli 2 botol 100 plus yang takde gas. Manis juga rasanya. Memang waktu demam tu asyik terfikir kenapa la tak cepat-cepat beli Performance Drink lepas habis minggu lepas. Lepas ni memang akan standby je satu canister di rumah, huhu.

Air masak Zarith minum lebih 5 liter sehari. Tapi masih tetap kering bibir sampai mengelupas, jadi Zarith sapukan dengan minyak kelapa dara, kurang sikit sakitnya.

Selain itu, Zarith ambil Garlic Complex sebiji sehari. Vitalea dan B-complex juga Zarith ambil seperti biasa. Disebabkan Zarith takde selera makan, jadi perut lebih banyak waktu kosongnya. Sampai kene gastrik la pulak. Jadi Mr. Hubby buatkan Zarith susu hi-goat yang dicampurkan dengan ESP. Jadinya Zarith lebih kenyang dan dapat melegakan Gastrik. Dan lepas tu memang minum susu dan ESP je. Sehari sampai 4 cawan susu minum =) Alhamdulillah takde lagi gastrik.

Pada waktu siang memang Zarith banyak tidur dan berehat, lepas tu bangun dan mandi. Kira kerap juga mandi air suam, 3 kali sehari.

Lepas ni kena lebih menjaga kesihatan dalam musim cuaca panas terik ni. Yang Zarith perasan, Malam sabtu tu mula tak sedap badan selepas seharian kat luar, pergi open house sana sini.  Lepas tu kurang minum air, sehari 1 liter je air masak, mana la cukup. Zarith selalu ambil 3-4 liter sehari.

Malam tu pula kami pergi dinner di Restoran Arab satu keluarga dengan family mertua semua. Makan kambing, minum air habbatussauda dengan girangnya. Balik je badan terus rasa lain. Tengah malam tu sekitar pukul 3 pagi Mr. Hubby kejut cakap Zarith demam dan letakkan tuala basah kat dahi, bagi makan nutriferon dan vitamin C dua bijik.

Ish kalau ingat balik sedih juga. Kesian anak-anak terabai sebab ibu demam. Nasib baik kasih sayang ayah cukup banyak untuk tampung kasih sayang ibu pada waktu tu, hehe.

Semoga kita semua sentiasa diberikan nikmat sihat oleh Allah agar dapat kita beribadat kepadaNya dengan sempurna. Amin =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    August 21, 2015 at 16:31

    semoga cepat sembuh Zarith

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 26, 2015 at 00:08

      Terima kasih kak ros atas doanya =)

      Reply
  2. Farrah MF says

    August 28, 2015 at 21:14

    Moga Zarith dan keluarga dikurniakan kesihatan yang sempurna 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 6, 2015 at 00:56

      Amin..terima kasih kak farah =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design