Assalamualaikum
Harini adalah 23 Syawal 1426H, jadi masing-masing mesti tengah sibuk memenuhi undangan rumah terbuka rakan-rakan dan sanak saudara, kan? Zarith dan keluarga pun sama juga. Tapi harini cuma berjalan disekitar Seremban. Dah dua hujung minggu menghadap jem di kota raya, minggu ni berubah angin pula =)
Balik je dari open house tadi, kami singgah di Masjid Hussain Seremban 2 yang sangat cantik. Putih bersih. Dari jauh dah nampak.

Begini la ibu beranak dua, nak kumpulkan Zuyyin dan Zayra nak bergambar sekali bukannya senang =p
Disebabkan harini Zarith mengenakan busana dari koleksi Premium Ibunda, jadinya sangat selesa, sejuk je. Tak terkesan sangat dengan cuaca yang panas terik. Fabriknya dari Dull Satin Valentro Uomo menjadikannya sangat sesuai dipakai di negara kita ni

Akhirnya dapat jugak Zuyyin masuk camera selepas umpan Zuyyin dengan ayat “tengok tu Zuyyin, playground”
Jahitan yang super kemas menjadikan semuanya seakan-akan terletak atas badan kita, macam baju yang ditempah ikut saiz kita. Memang terbaik la. Bukaan untuk menyusukan Zayra juga senang sangat. Takde butang, takde zip. Selak je. Pendek kata memang sangat breastfeeding friendly.
Yang paling best, setiap baju yang dihasilkan ni cuma satu je. Eksklusif gitu. Kita takkan jumpa orang lain yang pakai baju sama dengan kita. Selalunya kalau Zarith beli baju menyusu yang lain, kadang-kala terserempak dengan orang lain yang pakai baju sebijik dengan kita. Jadi perasaan eksklusif tu tiada. Ni bila pakai baju dari koleksi ibunda, orang pandang je, nak beli tapi tak tahu kat mana, hehe.
Baru tahu betapa eksklusifnya diri ini bila dapat baju menyusu yang ada sehelai je dalam Malaysia ni. Dengan design yang unik dan sentuhan premium, Ibunda memang memahami kehendak ibu menyusu.

Fabrik yang dipilih juga membolehkan kita kelihatan kurus =p
Pemilik myibunda ini adalah pasangan suami isteri gabungan daripada jurutera dan arkitek. Kita boleh tengok sendiri daripada design myibunda yang sangat unik, lain dari yang lain tu.
Jadi Zarith nak bagitahu, kalau nak dapatkan koleksi premium dari ibunda ni, boleh layari website mereka di www.myibunda.com. Servis mereka juga sangat tiptop. Bila bukak jek parcel yang Zarith dapat haritu, siap dengan kad yang sangat cantik. Cair sekejap hati ni. Dengan kata-kata yang begitu mendalam. I really fall in love with myibunda <3
Khas untuk pembaca ibuzarith.com, myibunda berbesar hati untuk memberikan diskaun RM 40 kepada anda, dengan hanya isikan kod diskaun IZ40 semasa anda mengisikan form semasa anda membuat tempahan.
Sebarang pertanyaan boleh Whatsapp terus ke +6019 578 0810 atau e-mail ibunda.wear@gmail.com.
Leave a Reply