Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 13, 2015 by Ibu Zarith

Rawatan Alternatif Untuk Penderita Ovarian Cyst Supaya Dapat Elakkan Pembedahan

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni, penyakit fibroid dan ovarian cyst sudah tidak asing lagi dikalangan wanita. Semasa Zarith bekerja dulu, di pejabat Zarith sendiri ada 4 orang yang menghidap penyakit ini. Dan mereka telah pun menjalani pembedahan untuk membuangnya. Dan malangnya ada juga kes yang berulang dan terpaksa lakukan pembedahan untuk kali ke-2 dan ada juga yang terpaksa buang terus rahimnya.

Apakah itu Cyst? 

Cyst merujuk kepada poket yang berisi cecair, bahan separa pejal atau gas. Antara yang lazim adalah cyst ovari (ovarian cyst). Ramai wanita yang menghidap ovarian cyst ni namun ramai yang tidak sedar akan kewujudannya sebab tidak ada simptom atau gejala yang jelas.

Sama seperti yang berlaku kepada rakan sepejabat Zarith ni, pada mulanya mereka ingatkan senggugut biasa dan sakit pinggang akibat datang bulan, tapi bila dah teruk, dan pergi ke hospital, rupanya cyst yang perlu dibedah segera.

Ovarian cyst ini menunjukkan masalah pada sistem peranakan dan antara punca masalah ketidaksuburan dan juga sukar hamil.

Jenis-jenis Cyst

  • Endometriosis
    • Terjadi bila tisu endometriosis melekat pada ovari dan memerangkap darah haid yang keluar setiap bulan. Lama-kelaman ia akan membentuk cyst pada ovari dan menyebabkan sakit setiap kali datang haid dan semasa melakukan hubungan intim bersama suami
  • Polycystic Ovaries (PCOS)
    • Ia terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepaskan telur (sel ovum) gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Lama kelamaan lebih banyak cyst yang terbentuk dan memenuhi ovari
  • Cystadenomas
    • Ia membentuk sel di atas permukaan ovari. Selalunya ia berisi cecair
  • Dermoid cyst
    • Cyst jenis ini mempunyai tisu yang sama dengan bahagian lain dalam badan termasuklah kulit, rambut dan gigi.

Cyst boleh dikesan dengan mudah melalui ultrasound tapi selalunya dikesan secara tak sengaja bila melakukan ujian Pap Smear. Rata-rata wanita sekarang ni menghidap cyst tapi yang tidak serius dan akan hilang dengan sendirinya.

Tapi jika anda menghidap endometriosis atau PCOS, ia mungkin menjadi punca anda tidak subur dan sukar hamil. Dan ovarian cyst ini juga boleh bertukar menjadi kanser ovari.

Bagaimanakah Cara Merawat Ovarian Cyst?

Selalunya doktor akan pastikan tahap ovarian cyst ini. Kalau berada pada tahap terkawal, doktor akan monitor je. Tapi kalau masih membesar dan semakin serius, cyst akan dibuang melalui pembedahan. Rawatan hormon juga dilakukan untuk menyeimbangkan hormon dan mengelakkan pembentukan cyst.

Disamping meneruskan rawatan doktor, jika anda mencari rawatan alternatif untuk membantu mengurangkan simptom ovarian cyst, Set Cyst Dan Fibroid ini adalah alternatif terbaik untuk anda.

Bagaimana Set Cyst Dan Fibroid ini dapat membantu anda?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan penyakit yang wujud sekarang ini adalah disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah cyst dan fibroid yang mana berkemungkinan untuk menjadi kanser.

Dengan pengambilan anti-oksidan, ia dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini dalam tubuh kita.

Dengan pengambilan Vitamin A (Carotomax), Vitamin C, dan Vitamin E yang merupakan anti-oksidan yang berkesan, badan kita dapat menentang radikal bebas ini dari terus menyerang sel badan kita, dengan izin Allah.

Selain itu, Vivix yang memang terkenal dengan keajaibannya juga adalah bersifat anti-oksidan yang sangat tinggi. Vivix juga berupaya untuk memperbaharui sel dan memperbaiki sel badan kita yang telah rosak.

GLA Complex juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengecutkan cyst dan fibroid ini. GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal

Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat membantu kecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus membantu merawat masalah cyst anda.

Jom kita tengok bagaimana Set ini membantu rakan-rakan yang menghidap cyst juga:

#Testimoni 1:

Saya nak share testimonial saya menggunakan GLA selama 2 bulan. alhamdulillah cyst saya dah pun mengecut dari 4++cm (tak ingat yang tepat) ke 3.6cm. Tadi saya buat check up kat klinik nak tengok saiz cyst saya dan alhamdulillah.. Dan period saya pun dah tak keluar darah ketul-ketul lagi. Makan GLA adalah salah satu usaha saya sebab doktor pernah cadangkan saya buat pembedahan tapi saya tolak untuk mencuba GLA ni. Mudah-mudahan tahun 2013 nanti ada rezeki untuk saya pregnant pula. 

#Testimoni 2:

Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa…tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya….Dah besar 5 cm katanya..

Air muka doktor macam cuak je…Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya….dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana….kalu perlu, kne operate buang…

Operate? Alamak….seumur saya tak pernah kena bedah…dan sememangnya taknak operate…sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita….kesian badan kita….masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal…Alhamdulillah, Allah permudahkan…

so, doktor set kan tarikh untuk next appointment…

Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm…Inilah gambar scan saya…Doktor dah mula plan nak operate saya…takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan…

Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.

Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.

Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.Doktor masih rekemen untuk bedah….saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut

Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu…

Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..

Beliau juga mengamalkan doa ini:

Kredit kepada Dila

 

#Testimoni 3:

Salam. Happy dapat tau customer merangkap sahabat paling rapat call, dia mengadu mengalami cyst yang sudah pun sebesar 5.5cm. Bulan lepas 13/6/13 order GLA Complex dan start makan. Harini 12/7/13 hampir sebulan pengambilan GLA Complex, pegi cek dan cyst dah mengecut kepada 3cm.. Alhamdulillah. Lega sangat dengar dia call bagitahu hal ni.

#Testimoni 4:

Alhamdulillah syukur bila dapat tahu yang Set ini dapat membantu rakan-rakan yang betul-betul memerlukan. Harga bagi Set ini adalah:

  1. GLA Complex (60 Biji) – RMRM91.25
  2. Vitamin A (30 biji) – RM 74.00
  3. Vitamin C (180 biji) – RM 92.50
  4. Vitamin E (120 biji) – RM 149.00
  5. Vivix (150ml) – RM 475.00

Dengan pembelian Set Cyst dan Fibroid ini, anda akan dapat:

  1. Keahlian PERCUMA bernilai RM68.90!
  2. Harga yang jauh lebih MURAH!
  3. Bonus pada bulan berikutnya!

Bagi anda yang sudah lama menderita penyakit cyst atau fibroid ini dan ingin mencuba rawatan alternatif, hubungi Zarith 013-7510028 sekarang! Zarith akan bimbing anda cara pengambilan yang betul agar ianya lebih berkesan dan kesihatan anda akan dapat dikembalikan!

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Disclaimer:

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*

 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. lydia says

    August 13, 2015 at 11:45

    good info!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 14, 2015 at 15:30

      Semoga bermanfaat!

      Reply
  2. Azeni Ahmad says

    December 4, 2015 at 07:49

    Memang betul pun.
    Cyst boleh kecut secara alami bila kita amalkan EPO dan suplement yang tinggi antioksida.
    Memang membantu sangat.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 8, 2015 at 00:48

      Kan.. Inshaa Allah dapat membantu

      Reply
  3. Fyda says

    December 11, 2015 at 11:23

    Kalau tgh preg boleh consume ke gla?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 15, 2015 at 15:23

      Tak digalakkan fyda. Ade cyst ke?

      Reply
  4. Azyan aman says

    February 22, 2016 at 00:04

    Salam sis..sy bersalin ank kedua n doc br sahkan sy ada ovari cyst..sbb period sy xteratur..Sedih n takut sangat..cyst tu blh hilang ke..doc jelaskan cyst sy kecil2 n banyak pd kedua2 ovari..maksud cyst tu akan hilang tu mcm mn ye?doc berikan pil hormones untk stabilkan kembali period sy..bahaya ke cyst ni..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 3, 2016 at 06:34

      Wsalam Azyan,
      boleh whatsapp Zarith 013-7510028 ye untuk penerangan lanjut, nak cerita sini panjang lebar pulak =)

      Reply
  5. AzeaR says

    March 15, 2016 at 21:13

    Salam sis…sy ada seorang anak perempuan berumur 7thn… sebelum ni sy takut melakukan ujian pap smear sehinggalah ada satu hari sy tiba2 sakit perut yg tersangat sakit… masa tu sy sudah 1minggu habis haid,baru lah sy memberanikan diri untuk buat ujian pap smear,dan doktor cakap semua nya ok,no bacteria found.sy tak puas hati dan pergi buat ujian pap smear buat kali ke2 d tempat berasingan… keputusannya sama saja. Sy baru tahu sy ada cyst selepas buat scan atau ultrasound d klinik Dr Afifi Saif pada 17.02.2016 ukuran cyst 1.5×1.7cm
    Sebelum ni sakit perut masa datang haid… darah yang keluar berketul2… syukur tahu sebelum cyst besar… takut rasanya.. mungkin di sebabkan cara pengambilan makanan sebelum ni… hari2 minum soya dan makan kfc saja… sekarang terus stop makan semua tu… hari ni first day makan GLA complex dr Shaklee.. bulan julai next scan..
    #updatejulai2016

    Tq sudi membaca

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 30, 2016 at 00:15

      Wsalam Pn. Azea =)
      Terima kasih ye sudi berkongsi cerita. Zarith sangat hargai =)
      Ujian Pap Smear memang sangat penting dan perlu dilakukan setiap 6 bulan sekali. Ramai yang tidak melakukannya sama ada takut ataupun malu. Alhamdulillah Pn. Azea telah dapat didiagnose dengan segera. Jadi dapatlah lakukan apa yang sewajarnya. Pn Azea hendaklah menjauhi sebarang bentuk makanan segera dan tingkatkan pengambilan Vitamin/makanan yang tinggi antioksidan seperti Vivix, Vitamin A, C, E dan Omega. Zarith doakan semoga Pn. Azea sentiasa sihat dan cyst tersebut semakin mengecil dan hilang terus =)

      Reply
  6. Acu says

    October 15, 2016 at 13:32

    Salam,Saya ada cyst endometriosis 8cm lbh n 7cm lbh. .ada x ubat or rawatan yang boleh kecilkan cyst tu. .Kalau boleh sy nak elak operate

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:38

      Wsalam wbt puan,
      boleh amalkan pemakanan yang tinggi antioksidan dan resveratrol, iaitu Vivix dan Vitamin ACE. Boleh hubungi Zarith 013-7510028 untuk maklumat lanjut ye

      Reply
  7. karen says

    November 28, 2016 at 10:41

    salam sis, saya berumur 21 tahun belum lagi bkhwin, pada sabtu lepas 26/11/2016 saya pergi buat ultrasound di hospital dan doc mendapati saya mempunyai ovari cyst sebelah kanan sbesar 7cm lebih. doc sarankan saya untuk buat operate anytime , saya takut untuk buat operate kalau ada cara lain untuk elak dioperate saya ingin mencubanya, sebab saya takut kalau saya operate buang cyst tu nanti satu hari selepas saya bkhwin dan ingin mempunyai anak takut saya susah untuk hamil. jadi saya ingin mecari cara untuk mengecutkan cyst saya sehingga tiada lagi.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 8, 2017 at 00:47

      Wsalam sis,
      Sisi perlu elakkan makanan yang boleh membuatkan cyst semakin membesar dan pada masa yang sama ambil makanan yang tinggi antioksidan untuk membantu mengecutkan cyst. Boleh terus hubungi Zarith 013-7510028 untuk maklumat lanjut ye

      Reply
      • yani says

        February 27, 2017 at 09:47

        boleh saya tahu apa pemakanan yang membuatkan cyst lebih membesar ?
        sbb cyst sy da 7cm

        Reply
        • Ibu Zarith says

          April 21, 2017 at 02:00

          Banyak.. antaranya makanan terproses, makanan segera seperti pizza, ayam goreng, kentang goreng, nugget, ayam yang diinjet dan banyak lagi

          Reply
  8. Aini Musa says

    February 5, 2017 at 16:44

    Informasi yang sangat padat. Produk shaklee memang terbaik.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:02

      Alhamdulillah. Dah berusia 100 tahun lebih dan ada banyak journal dan research yang telah dilakukan

      Reply
  9. su says

    October 3, 2018 at 21:03

    Bagus info ni,ramai yang dah cuba dan berjaya

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 23:05

      Betul tu kak. SYukur Alhamdulillah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design