Assalamualaikum
Zaman sekarang ni ramai juga ibu yang lebih suka pilih untuk lahirkan baby secara pembedahan atas alasan-alasan tertentu.
Namun ramai yang tak sedar yang pembedahan yang dijalankan itu seharusnya dilakukan hanya atas pertimbangan kukuh daripada doktor yang terlibat
Apakah yang menyebabkan ibu ini rasa kelahiran secara pembedahan lebih baik?
- Khuatir rasa sakit
Kelahiran normal:
Pelbagai kesakitan dialami. Bermula dari detik contraction, proses melahirkan baby sampailah perineum digunting dan dijahit semula
Kelahiran caesarean:
Tak rasa sakit pun sebab dah dibius sepanjang tempoh pembedahan
Fakta:
Rasa sakit bersalin normal melibatkan kesakitan semasa contraction dan regangan faraj
Rasa sakit kelahiran caesarean tetap boleh dirasai ketika bius dilakukan terutama bila bius tak berfungsi dengan baik. Selepas pembedahan ibu akan mengalami contaction akibat rahim mengecut selain sakit luka tempat dibedah tu. Dan ada juga ibu yang mengalami kesan sampingan bius seperti menggigil, sakit kepala, pedih ulu hati, mual, muntah dan gatal pada kulit - Memilih tarikh untuk lahirkan baby
Kelahiran normal:
Tarikh kelahiran tidak dapat dijangka dengan tepat
Kelahiran caesarean:
Tarikh atau yang dianggap ‘cantik’ boleh dipilih
Fakta:
Tarikh lahir baby bukanlah sesuatu yang penting. Berdasarkan kajian, aancaman bahaya terhadap baby hang dilahirkan melalui kaedah caesarean lebih tinggi berbanding baby yang dilahirkan secara normal. Antara risikonya adalah risiko kematian, gangguan otak dan sebagainya
Kelahiran normal ada keistimewaan sendiri buat baby kita. Semasa dilaluan serviks, berlaku pemindahan bakteria baik daripada faraj dan usus ibu yang menambahkan jumlah koloni bakteria diusus baby. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imun sistem baby kita. Ini adalah satu proses semulajadi yang tidak akan dialami sekiranya baby dilahirkan secara pembedahan - Faraj kekal ketat
Kelahiran normal:
Boleh melonggarkan otot dalaman faraj sehingga boleh menjejaskan hubungan intim dengan pasangan selepas melahirkan anak
Kelahiran caesarean:
Faraj tetap ketat sebab baby tak keluar melaluinya
Fakta:
Faraj memang diciptakan oleh Allah sebagai alat pembiakan manusia. Oleh sebab itulah ia berupaya meregang sehingga boleh memuatkan kepala baby untuk dikeluarkan ketika bersalin.
Bagi mengelakkan masalah koyak, episiotomi dilakukan dan dijahit rapi setelah baby berjaya dikeluarkan. Untuk mengelakkan berlakunya episootomi, anda boleh amalkan urutan perineum apabila kandungan menginjak usia 35 minggu
Sekiranya anda kerap melakukan senaman Kegel untuk menguatkan dinding rahim, masalah faraj longgar tak akan timbul - Hamil kembar
Kelahiran normal:
Berisiko tinggi
Kelahiran caesarean:
Lebih memudahkan dan selamat
Fakta:
Pembedahan Caesarean hanya akan diputuskan oleh doktor jika kedudukan baby menyukarkan kelahiran normal berlaku. Selain itu, masalah placenta privia, tali pusat terbelit, kembar lebih daripada dua dan sebagainya memungkinkan doktor untuk mengeluarkan baby kembar melalui proses caesarean - Terlebih hari
Kelahiran normal:
Membahayakan ibu dan baby kerana placenta mungkin tidak lagi menjalankan fungsinya kerana telah melebihi waktu matangnya
Kelahiran caesarean:
Satu-satunya langkah terbaik mengatasi masalah baby terlebih hari.
Fakta:
Usia matang kehamilan adalah antara 38-42 minggu. Jika kehamilan takde masalah, maka ibu dianggap sebagai selamat untuk melahirkan baby secara normal buarpun terlebih hari.
Jika terlebih dua minggu dari due date pun ibu masih boleh bersalin secara normal kerana doktor akan induce bagi memulakan kontraksi
Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada keputusan ibu dan ayah. Yang penting baby sihat dan selamat dilahirkan.
Jangan lupa amalkan Set Berpantang Terbaik.
Anak ada jaundice pon tak perlu risau. Susu meriah, takde sembelit, badan segar bugar dalam pantang sebab ibunya cukup nutrisi dan zat harian 🙂
Bulan ni ada offer menarik tau untuk Set Berpantang Terbaik ni. Hubungi Zarith 013-7510028 sekarang juga!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Eva terpaksa memilih ceaser since overdue 40weeks ++ 2hari and bila doktor check big baby lagi (bila keluar 4.45kg).Tapi,Eva nak sangat bersalin normal.mudah-mudahan,next pregnancy is normal.Amen
Siannya eva, Besar sangat tu babynya. Lepas ni nak bersalin normal kena la baby comel lote jek hehe
Kalau atas cadangan doktor untuk terpaksa bersalin, okay la.
Mungkin nak elakkan apa-apa komplikasi nanti.
Tapi sekarang memang ramai pilih untuk czer kan..
Nak mudah dan taknak sakit.
Asalkan ada duit semua boleh.
Proses natural tue tetap lebih baik sebab fitrah kita wanita dilahirkan untuk melahirkan anak kan.
Betul kan..yang paling bagus adalah yang natural. Tapi kalau dah terpaksa tu takpe la takde masalah =)