Assalamualaikum
Sewaktu kita hamil, memang tak dinafikan yang kita ni akan ambil langkah berjaga-jaga yang lebih dari sebelumnya. Namun, kadangkala ada juga perkara yang kita terlepas pandang dan seterusnya membahayakan nyawa kita dan baby.
Contohnya, Zarith suka mengemop rumah setiap kali selepas masak selepas pulang dari ofis. Jadi perangai ini terbawak-bawak bila mengandung. Dah sarat pun masih mengemop lantai rumah atas bawah. Selalunya Mr. Hubby akan tolong tapi kadang kala waktu hari minggu memang akan melepaskan ‘gian’ juga. Orang lain yang tengok duk menjerit-jerit suruh berhenti dan berhati-hati, takut licin dan tergolek macam nangka busuk, tapi bagi Zarith biasa je.
Bila fikirkan balik, bahaya kan sebenarnya. Bayangkanlah kalau waktu tu tergolek ke, kesian baby dalam perut. Lepas ni perlu lebih berhati-hati dalam aktiviti seharian =)
Amalan yang mengancam baby dan ibu
- Mengurut atau mengubah kedudukan janin
- Yang ni memang selalu Zarith dengar, terutamanya kalau ada baby yang songsang, ada ibu yang akan mendapatkan khidmat tukang urut. Bahaya tau! Adik bongsu Zarith songsang, dengan tali pusat lilit di leher dan kemudian lilit melintang di badan macam sari tu. Nasib baik ibu memang tahu tak boleh urut untuk betulkan janin, kalau tak apalah yang akan berlaku kepada adik Zarith tu. Tapi kalau setakat urut badan biasa tanpa melibatkan perut tu, boleh la.
- Pengambilan jamu, herba dan ubat-ubatan, minuman keras dan merokok
- Pengambilan sebarang ubat-ubatan perlulah mendapatkan nasihat dari doktor dahulu. Minuman keras dan merokok bukan setakat boleh menyebabkan baby yang dilahirkan tidak sempurna, ia juga boleh mengakibatkan keguguran
- Pengambilan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam
- Bila ibu mengambil makanan yang tersebut dengan berlebihan, diabetes dan darah tinggi semasa hamil boleh berlaku. Anda pasti dah sedia maklum tentang kesan diabetes dan darah tinggi semasa hamil kan?
- Melakukan kerja-kerja berat, menunggang basikal ataupun memandu pada akhir kehamilan
- Kalau boleh kerja-kerja berat minta lah orang lain bantu. Ini kerana ia juga boleh menyebabkan berlakunya keguguran.
- Melakukan hubungan kelamin jika berlaku pendarahan dari faraj atau kedudukan uri di bawah
- Bila kehamilan si ibu pada kali ini kedudukan urinya ke bawah (placenta privia), selalunya doktor akan menasihatkan agar pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan kelamin sehingga ibu melahirkan.
- Menziarahi pesakit yang menghidapi penyakit berjangkit seperti campak, tibi terutamanya di peringkat awal kehamilan
- Sewaktu kita hamil, imun sistem kita berada pada tahap yang rendah. Jadi sebarang penyakit memang mudah berjangkit. Elakkan dari pergi ke tempat awam dan mengunjungi orang sakit
Walau apa yang kita lakukan, letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah yang Maha Esa. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan baby dalam kandungan.
Untuk sentiasa kekal bertenaga semasa hamil, tidak cramp kaki dan HB cantik je, ambillah Set Hamil Premium yang lengkap dengan nutrisi yang dapat menampung keperluan harian ibu dan baby. Bulan ni ada PROMOSI BEST dari Shaklee sekiranya anda mendapatkan Set Hamil Premium ini.
Macam mama Ainul ni, macam tak sangka pula beliau ni hamil, cergas dan sihat semacam sampai boleh naik kapal terbang ke negara jiran dan mendaki tinggi-tinggi. Jom tengok perkongsian beliau.
Nak dapatkannya dengan harga menarik, hubungi Zarith 013-7510028 sekarang! Jangan tunggu sehingga dah terlepek tak boleh nak buat apa-apa baru nak carik =) Zarith akan bimbing anda cara pengambilan yang betul agar memberikan kesan yang anda impikan.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Rasanya macam pernah dengar dulu-dulu, kalau bayi songsang ke apa, kena pi berurut. Amalan orang dulu-dulu katanya
Tuhla, orang dulu-dulu memang buat kan. Tak tahu apa jadi pada baby
ahaa..okey noted…perkara2 ni perlu di elak kan…risau terkesan kepada baby
Hehehe apa yang boleh elak tu elakkan lah š