Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

September 10, 2015 by Ibu Zarith

Penting Sangatkah Kelas Antenatal? Apa Yang Dipelajari?

Assalamualaikum

Zarith pergi kelas antenatal dulu masa hamilkan Zuyyin tiga tahun lepas. Masa tu dah 35 minggu. Pergi di Hospital Ampang. Zarith dah Mr Hubby ambil cuti semata-mata nak pergi ke kelas tu. Sebenarnya kelas tu ambil masa separuh hari je, dan percuma pulak tu. Jadi memang la tak sabar-sabar nak pergi dan menuntut ilmu.

Sebenarnya kelas antenatal ni sangat penting. Kebanyakan kelas antenatal bukan sahaja menyentuh bab pencegahan kesakitan semasa bersalin tetapi juga tabiat kesihatan yang baik seperti pemakanan seimbang dan senaman yang perlu dilakukan sepanjang tempoh kehamilan, penjagaan baby dan juga penyusuan susu ibu yang betul. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan ibu semasa menunggu hari yang bakal tiba.

Selalunya pihak hospital akan mewajibkan suami untuk menghadirkan diri sekali. Ini akan meningkatkan pengetahuan suami dalam mengendalikan isteri yang mengandung dan semasa di bilik bersalin nanti.

Suami akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang kehamilan dan dapat memberi sokongan kepada isteri untuk menempuhi perjalanan kehidupan sepanjang tempuh kehamilan dan semasa bergelar ibu.

Jadi, bakal ibu dan ayah yang baru pertama kali hendak menerima cahayamata sangatlah digalakkan untuk menghadiri kelas antenatal ini. Kelas ini akan dikendalikan oleh ahli medikal yang mempu memberikan informasi dan pengetahuan yang lengkap kepada kita.

Apakah yang akan dipelajari dikelas antenatal?

  1. Bagaimana hendak mengatasi perubahan kehamilan
    • terutama sekali semasa beberapa minggu akhir kehamilan bila ibu banyak melalui kesukaran
  2. Senaman yang berterusan semasa kehamilan
    • ibu hamil digalakkan untuk melakukan senaman sepanjang kehamilan untuk menguatkan otot, kekuatan dan ketahanan. Ia juga dapat menghindari ketidakselesaan fizikal seperti sembelit, kaki bengkak, dan sakit belakang. Namun ibu perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman untuk menentukan tahap kesihatan ibu.
    • Boleh rujuk artikel Zarith “5 Langkah senaman ibu hamil yang memudahkan proses bersalin“
  3. Penjagaan bahagian belakang untuk mengelakkan sakit dengan lebih baik
    • Ibu harus mempelajari bagaimana cara untuk melindungi belakang kerana bila kita hamil ia akan mengubah postur dan hormon akan membuatkan pelvis longgar dari biasa
    • Boleh baca artikel Zarith tentang “7 Tips Berkesan Hilangkan Sakit Badan Ibu Hamil Dan Menyusu“
  4. Nasihat pemakanan
    • Ibu perlu menjaga pemakanan dan meningkatkan pengambilan zat besi dan folate. ibu juga pelu mengambil makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
    • Boleh juga ambil supplement bagi yang tidak mampu mencapai jumlah yang dikehendaki.
  5. Informasi mengenai sakit bersalin dan kelahiran anak
    • Ibu perlu tahu tentang sakit nak bersalin. Ia sangat penting bagi memastikan kita dapat melahirkan baby dalam keadaan yang selamat. Zarith pernah tulis artikel tentang ini “10 Tanda Bersalin Yang Ibu Wajib Tahu Agar Sempat Ke Hospital“
    • Selain itu, apa yang penting adalah dapat membezakan antara sakit bersalin sebenar dengan yang palsu yang dipanggil Braxton Hicks. Boleh baca perbezaan antara keduanya di “Bagaimana Nak Tahu Brixton Hicks Adalah Tanda Palsu Bersalin?“
  6. Perubahan pada wanita selepas kehadiran baby dan apa yang akan kita hadapi semasa tempoh selepas bersalin
    • Kebanyakan ibu yang bersalin akan tinggal dengan keluarga sendiri, namun ada juga yang berpantang bersendirian bersama suami dan ibu mertua. Untuk ibu-ibu ini, kelas antenatal boleh membekalkan panduan dan informasi yang berguna
  7. Senaman lantai pelvis
    • ia mestilah diteruskan selepas kelahiran kerana ia akan membantu memulihkan luka dengan meningkatkan pengaliran darah. Penjagaan episiotomi ataupun ceaserean perlu dipelajari, supaya boleh tau sendiri keadaan luka tersebut agar luka cepat sembuh dan tau sekiranya ada jangkitan pada luka tersebut
  8. Hilang berat badan selepas kelahiran
    • ia adalah satu proses semulajadi. Ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk turunkan berat badan terutamanya buat ibu yang menyusukan baby. Cara yang terbaik adalah dengan melakukan senaman ringan secara sederhana dan makan makanan yang sihat
  9. Penjagaan untuk baby yang baru lahir serta menjadi seorang ibu
    • Penyusuan susu ibu akan dititik beratkan dalam kelas ini. Ibu akan diajar cara menyusukan anak dengan betul agar tidak berlaku kecederaan seperti melecet dan sebagainya
    • Boleh juga baca artikel Zarith tentang ” 14 Cara Mandikan Baby Baru Lahir Yang Betul“
  10. Pengurusan kesakitan semasa bersalin
    • Teknik urutan akan diajar dalam kelas antenatal untuk membantu ibu bersalin. Suami boleh membantu untuk mengurut bahu, belakang, kaki dan tangan dan urutan yang baik akan mengeluarkan endorphin, iaitu tahan sakit yang semulajadi. Ibu akan rasa lebih tenang dan selesa
    • Cara pernafasan yang betul juga akan diajar semasa dikelas entenatal. Ibu akan diajar untuk tarik nafas dalam-dalam untuk rilekskan diri. Pernafasan yang dalam membolehkan lebih banyak oksigen masuk ke dalam peredaran darah di mana ianya sangat baik untuk baby dalam rahim
  11. Senaman
    • Semasa dalam kelas, ibu juga akan belajar cara untuk bersenam yag sesuai sepanjang kehamilan

Bagi Zarith ibu dan ayah memang wajib pergi ke kelas ini. Bertanyalah kepada hospital yang berhampiran kawasan anda sekiranya mereka menyediakan perkhidmatan ini. Anda pasti tidak menyesal.

Dan jangan lupa dapatkan Set Berpantang Terbaik. Tiada masalah sembelit, susu pun meriah, badan bertenaga je sepanjang kehamilan. Yang paling best, luka cepat sembuh.

Cepat dapatkannya sebelum anda bersalin. Bulan ni pula ada harga menarik. Free gift 2 botol Vitalea lagi sekiranya anda mendaftar sebagai ahli dan beli Set Berpantang Terbaik ni. Sebotol Vitalea tu kalau beli je dah RM 88.75 tau. Dan yang paling best, anda akan dapat konsultasi berterusan daripada Zarith =)

Hubungi Zarith 013-7510028 Sekarang untuk dapatkannya.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. jari manis says

    September 10, 2015 at 20:28

    ini barulah di katakan ibu mengandung yg berilmu…siap masuk kelas lagi…x rugi kan..kesihatan kandungan perlu di jaga denga n baik baru dapat melahirkan zuriat yang sihat

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 10, 2015 at 20:40

      Hehe..penting semua ilmu. Rugi kalau tak timba semasa muda ni hehe

      Reply
  2. Azeni Ahmad says

    September 12, 2015 at 06:20

    Dulu saya tak tau kepentingan clas annetal.
    Ingatkan dengan membaca sudah cukup.
    Tetapi praktikal tak tau..
    Tapi dulu pergi class breastfeeding je dengan suami masa mengandung anak pertama.
    Mmg sangat penting kan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 12, 2015 at 22:48

      Betul Azeni. Lain tau antara baca buku dan pergi menuntut ilmu berguru ni =)

      Reply
  3. Farrah MF says

    September 13, 2015 at 00:32

    Bagi akak memang penting. Dapatlah bakal ibu dan ayah lebih bersedia 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 13, 2015 at 10:59

      Betul tu kak farah, lagipun apalah salahnya luangkan sikit masa untuk ilmu yang sangat bermanfaat ni

      Reply
  4. tulipkudup says

    September 29, 2015 at 13:18

    Assalammualaikum..salam perkenalan..
    kelas antenatal mmg menyeronokkan! saya pn baru pergi kelas antenatal di Salam, Senawang..rasa nak pergi lagi
    hi semua..jom la singgah di blog saya, sy pn ada kisah kelas antenatal..sy baru lg berblog ni..=)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 30, 2015 at 06:31

      Hi Tulipkudup =)
      Wsalam wbt. wah dah pergi ye kelas antenatal, bagus kan? Selamat berblog ye hehe

      Reply
  5. Khadijah says

    January 4, 2016 at 22:21

    Camne ye nak book kelas antenatal di hosp ampang? Seeloknya brp week baru pergi kelas tu?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 6, 2016 at 17:20

      Kene pergi ke bahagian O&G dan bagitau nurse disitu nak register untuk kelas antenatal. Tak pasti sekarang ni mereka buka untuk berapa minggu, boleh cuba tanya. Register awal tau, selalu dah penuh

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design