Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

September 16, 2015 by Ibu Zarith

Rahsia Di Sebalik Perkembangan Baby Dalam Perut Ibu – Bahagian 1

Assalamualaikum

Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada baby dalam perut sepanjang baby ada dalam rahim kita. Apa yang kita nampak adalah perut kita yang semakin membesar saban hari. Kalau nak tengok pun, kita kena pergi ke klinik kesihatan dan scan.

Sepanjang tempoh kehamilan 40 minggu, ia dibahagikan kepada 3 fasa yang dipanggil trimester. Setiap trimester melambangkan perkembangan selama 3 bulan baby berada dalam rahim kita

Trimester Pertama

Selalunya pada trimester pertama, perut kita tak berapa nampak lagi, sebab baby masih kecil sangat. Jom kita tengok apakah yang berlaku kepada baby semasa trimester pertama ni

  • 0-5  Minggu
    • Perubahan yang ketara mula mengambil tempat pada waktu ini dan organ utama baby seperti peparu, jantung, otak, buah pinggang dan hati mula terbentuk
    • Ibu mungkin akan berasa loya atau menjadi lebih beremosi.
    • Ibu hendaklah mula mengambil supplement asid folik. Asid folik adalah komponen yang penting untuk pembentukan otak baby, membantu mencegah gangguan tiub neural seperti spina bifida.
  • 6-8 Minggu
    • Baby sedang membesar daripada 4 mm sehingga 16 mm panjang. Dengan melakukan scan, dapat mengesan pergerakan pertamanya.
    • Ibu mungkin akan mengalami mabuk hamil serta pertambahan berat badan. Boleh baca artikel Zarith “10 Cara Hilangkan Mual Dan Loya Ketika Hamil Tanpa Asam“
    • Adalah sangat penting untuk anda mendapatkan banyak Zat Besi di dalam diet kerana rahim anda yang sedang membesar (kini bersaiz buah oren) memerlukan pengaliran darah yang meningkat. HB Rendah Boleh Menyebabkan Ibu Keguguran?
  • 9-10 Minggu
    • Jantina baby kita dah mula boleh dikenal pasti dan dia sedang mengalami pembentukan rangka dan juga kuku.
    • Kini ia adaah fetus, bukan lagi embrio, dan dia dah mula hilang bentuk “kacang” kerana leher dan jari-jemarinya sudah mula tumbuh.
    • Ibu mungkin akan dapat merasakan pembengkakan pada bahagian payudara dan ia menjadi besar. Sudah tiba masanya ibu mula memakai baju dalam materniti untuk memberi sokongan.
    • Ibu juga pasti akan kerap lapar dan perlu memperbaharui postur badan kerana rasa sakit dan tak selesa. Boleh rujuk artikel Zarith “7 Tips Berkesan Hilangkan Sakit Badan Ibu Hamil Dan Menyusu“
  • 11-12 Minggu
    • Baby sekarang dah bersaiz buah plum dan rangkanya sudah mula kuat. Paru-paru baby juga sudah mula dipenuhi oleh amniotik dan dikosongkan untuk persediaan apabila baby bernafas di luar rahim
    • Kesemua struktur tubuhnya kini berada dalam keadaan yang betul.
    • Saiz rahim kita pada waktu ni sama dengan saiz limau gedang dan akan menaik sehingga tulang pubik
    • Ibu akan merasakan ia menekan pundi kencing, yang menyebabkan ibu perlu berlari ke tandas setiap masa, sementara peningkatan pengaliran darah membuatkan ibu berasa panas

Nantikan sambungan artikel ini pada minggu depan ye =)

Oh ye. Ibu yang hamil jangan lupa amalkan Set Hamil Premium. Ia lengkap dengan segala keperluan yang sangat diperlukan oleh ibu dan baby dalam kandungan. Dengan Set Hamil Premium ini anda akan dapat rasakan badan bertenaga, tiada lagi HB low, tiada lagi kejang kaki pada waktu malam. Sembelit? Pun tiada!

Sekiranya anda ingin mendapatkannya, cepat hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan beritahu anda cara makan yang betul agar segala kesan positif yang anda harapkan akan dapat anda alami.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. nila anggraini says

    September 16, 2015 at 13:45

    Teringat masa mengandung dulu…..set premium sangat membantu saya masa mwngandung ketika itu. Memang pengalaman yang tak terlupakan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 29, 2015 at 04:58

      Set Premium memang menjadikan kita sihat segar bugar walaupun tengah sarat hehe

      Reply
  2. sabree hussin says

    September 17, 2015 at 11:19

    Bila tahu perkembangan baby macam ni, kita tahu apa nak buat pada minggu-minggu tertentu dan nak sediakan apa

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 29, 2015 at 04:58

      Betul tu Sabree, senang sikit nak kumpul duit dan beli barang baby hehe. Selain dari tu kita tahu apa yang perlu kita makan bila waktu tu dah tiba, contohnya omega 3 boleh diambil apabila kandungan baby masuk ke Trimester ke-2

      Reply
  3. Marni Ahmad says

    October 26, 2017 at 23:49

    Perkongsian yang menarik Ibu Zarith. Cuma, sedikit pembetulan:
    “Sepanjang tempoh kehamilan 40 minggu, ia dibahagikan kepada 3 fasa yang dipanggil trimester. Setiap trimester melambangkan perkembangan selama 4 bulan baby berada dalam rahim kita”

    Setiap trimester ialah 3 bulan dan bukannya 4 bulan. Lebih tepat lagi, kalau dalam pregnancy scan, kami bahagikan kepada:
    1st trimester : Week 1 – Week 13
    2nd trimester: Week 14 – Week 27
    3rd Trimester: Week 28 – Week 40

    Untuk jenis-jenis scan semasa pregnancy seperti viability scan, detailed scan, NT scan, growth scan, 3D 4D scan dan lain-lain, boleh lihat artikel saya di https://www.sonographr.com/

    Contohnya, jika ingin megetahui bila waktu paling sesuai untuk pemeriksaan kehamilan, boleh baca sini:
    https://www.sonographr.com/pemeriksaan-kehamilan-bila-waktu-paling-sesuai/

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:50

      Terima kasih atas highlight Pn. Marni. Betul 1 trimester ada 3 bulan, saya tersalah tulis dan dah dibetulkan =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design

imunify-bot-check