Assalamualaikum
Saat kita melahirkan anak adalah saat yang paling bahagia. Indahnya saat jari si kecil menggenggam jari kita, mulutnya yang ternganga mencari susu, baunya yang sungguh harum. Semuanya terasa sangat indah.
Ya. Kita sering membayangkan dapat menyambut kelahiran si comel dengan suasana yang sangat indah, bersama keluarga dan rakan-rakan. Kita bersedia untuk meraikannya dengan gembira, tetapi bukan kesedihan dan kepenatan serta kesakitan. Kita tidak menyangka akan menghadapai satu situasi baru dalam kehidupan kita sebagai seorang ibu.
Mengikut kajian, 80% ibu yang melahirkan anak akan mengalami masalah kemurungan beberapa hari selepas melahirkan dan ianya akan berlaku untuk tempoh tidak lebih dari 2 minggu. Dalam tempoh 2 minggu selepas melahirkan baby, adalah normal sekiranya kita berasa sedih, susah nak tidur, cemas ataupun moody. Namun, sekiranya anda mengalaminya lebih dari 2 minggu, ini bermaksud anda memerlukan seorang yang pakar untuk menangani masalah emosi yang anda hadapi.
Kemurungan selepas bersalin (postpartum depression) kebanyakannya berlaku kepada ibu yang baru pertama kali melahirkan anak. Tapi ini tidak bermakna yang ibu dah 4 kali melahirkan anak takkan menghadapi masalah kemurungan ini. Ianya bergantung kepada keadaan selepas melahirkan itu.
Bagaimana nak tahu yang kita menghadapi kemurungan selepas bersalin?
- putus asa
- bersalah
- letih
- muram
- sering menangis
- gelisah
- tak boleh tidur
- jiwanya kosong
Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah kemurungan semasa dalam pantang ni?
- Percaya pada hati kecil anda
- Sekiranya anda rasa sesuatu yang tak best, jangan biarkan je. Cepat-cepat bagitau suami atau berkongsilah dengan sesiapa sahaja yang anda rasa selesa, dengan ibu misalnya. Jangan biarkan ia memakan diri. Ini adalah langkah paling utama dalam menangani masalah stress atau murung selepas melahirkan
- Menangis
- Hormon kita adalah ditahap yang paling maximum apabila kita masuk ke trimester ketiga. Jadi cuba bayangkan apabila baby dah dilahirkan, badan kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru, jadi hormon akan berubah secara mendadak. Dan salah satu cara badan kita hendak menerima perubahan hormon ini adalah melalui air mata. – Dr. Kimberly Zittel (Profesor di SUNNY Buffalo dan penulis Postpartum Mood Disorders: A Guide for Medical, Mental Health and Other Support Porviders)
- Menyusukanlah anak dengan susu ibu tetapi…
- lakukanlah sekiranya anda boleh ataupun mahu. Memang menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun adalah impian semua ibu. Namun tidak semua boleh melakukannya dengan sebab-sebab yang tertentu.
- Apa yang penting, dalami ilmu tentang penyusuan susu ibu sekiranya anda bertekad untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Ketahui dan fahami apa yang perlu anda lakukan sekiranya semasa berpantang anda mengalami masalah penyusuan seperti anak melekap dengan cara yang salah dan menyebabkan puting ibu sakit, atau dah 3 hari tapi susu badan masih belum ada, kenyang ke anak minum kolestrum?
- Sekiranya ilmu dah lengkap, berbekalkan semangat yang jitu, Inshaa Allah semuanya akan berjalan lancar
- Dapatkan tidur yang cukup
- Sebelum baby lahir, waktu kita tidur memang takde yang ganggu. Cukup 10 jam tidur. Tapi bila baby dah lahir, susah untuk kita dapatkan waktu tidur seperti dahulu. Namun, kita boleh ganti waktu tidur tu dengan tidur sekali sewaktu baby tidur ataupun minta tolong suami/ keluarga untuk menjaga baby sementara anda tidur sebentar
- Pertimbangkan kembali masa anda
- Kalau dulu anda boleh ikut jadual harian dengan tepat. Makan, tidur, basuh baju, sidai baju, masak, basuh pinggan semuanya teratur. Tapi bila dah ada baby, semuanya akan berubah.
- Jangan terlalu rigid terhadap masa anda. Yang penting, banyakkan berehat. Berbincang dengan suami apa yang anda harapkan darinya. Suami boleh tolong mengemas rumah, menguruskan baju dan pinggan kotor sementara anda hanya memberi tumpuan kepada baby.
- Carilah rakan untuk bergaul
- Hubungi rakan baik atau keluarga anda dan biarkan diri anda dikelilingi dengan orang yang sayangkan anda. Apa yang penting, carilah orang yang anda rasa selesa dengannya. Sekiranya anda rasa selesa untuk berpantang sendiri, lakukanlah. Dan sekiranya anda lebih selesa berpantang dirumah ibu sendiri berbanding mertua, lakukanlah. Demi kepentingan anda juga.
- Dalam hal ini, suami perlu memahami kehendak isteri. Berikanlah keizinan asalkan isteri berada dalam keadaan terbaik ketika dalam pantang.
- Makan makanan yang berkhasiat
- Amalkan pemakanan yang seimbang. Sewaktu kita dalam pantanglah sebenarnya nutrisi lagi perlu dititik beratkan. Badan dalam proses nak sihat kembali selepas 9 bulan membawa baby dalam rahim dan beberapa jam bertarung nyawa untuk melahirkan.
- Memang perlu ada makanan yang dielakkan tapi bukanlah kata kena makan ikan bakar dan ikan bilis hari-hari. Semuanya bergantung pada badan kita, ada orang alah pada ayam, tak semestinya kita pun sama. Apa yang penting cuba sedikit dulu, baru tahu.
- Boleh rujuk artikel Zarith “10 Ikan, Sayur Dan Buah Yang Tidak Boleh Dimakan Semasa Berpantang“
- Buat senaman ringan
- Bila dalam pantang tak perlu lah beria sangat buat senaman, buat yang ringan-ringan je. Bukak tingkap atau pintu luas-luas pada waktu pagi, dan lakukan senaman ringan sambal menghirup udara segar dan anda pasti akan berasa nyaman
- Suami, mainkan peranan anda!
- Berceritalah dengan suami apa yang anda rasa semasa tempoh berpantang. Beritahu suami apa yang anda perlukan. Kalau anda rasa sedih dan stress, mintalah suami peluk sekejap, kerana menurut kajian, pelukan suami isteri boleh mengurangkan tekanan dan menaikkan semangat untuk teruskan kehidupan. Bukannya bila kata berpatang tu, suami tak boleh sentuh isteri langsung.
- Sekiranya anda tiada pembantu atau peneman lain selain suami, nyatakan pada suami yang anda perlukan bantuannya dalam menguruskan rumah tangga.
- Mengurut
- Salah satu sebab anda terlibat dalam kemurungan adalah apabila baby asyik menangis taknak berhenti.
- Ini kadangkala terjadi sebab kita tak tahu macam mana cara nak tanganinya dan baby semakin kuat menagis. Dan kita akan bertambah stress
- Urutan baby dikatakan boleh membantu baby untuk tenang sepanjang hari.
- Boleh rujuk artikel Zarith “12 Sebab Kenapa Baby Menangis Malam dan Cara Tanganinya“
- Dan tentulah ibu pun perlu berurut. Urutan dapat membantu ibu untuk lebih tenang dan melonggarkan urat-urat yang tegang dan seterusnya memberikan rasa selesa kepada ibu.
- Al-Quran
- Ya, bagi seorang muslim, ini yang paling penting. Walaupun kita dalam keadaan ‘kotor’ selepas melahirkan, namun ianya tidak menghalang kita untuk mendegar bacaan ayat suci Al-Quran. Minta suami bacakan ayat-ayat suci Al-Quran setiap kali selepas solat dan juga sebelum tidur. Kita juga boleh membaca beberapa potong ayat yang telah menjadi amalan seharian kita.
- Basahkan lidah kita dengan zikir.
- Mudah-mudahan dengan cara ini dapat mengelakkan kita dari mendengar hasutan jahat dari syaitan untuk melakukan perkara yang tidak elok
Memang benar, tempoh berpantang adalah tempoh yang paling kritikal. Sokongan padu dari suami dan orang sekeliling adalah sangat diperlukan. Kita pun tak tahu bagaimana keadaan mereka semasa melahirkan, mungkin berlakunya kesukaran pada waktu tu, jahitan banyak akibat terkoyak besar, atau perlu lalui kedua-dua proses bersalin iaitu normal pada mulanya dan bila tak boleh, terpaksa melalui pembedahan.
Lepas bersalin pula mungkin berlakunya komplikasi seperti baby perlu dimasukkan ke dalam wad dan sebagainya. Bayangkanlah betapa sukarnya masa yang perlu dilalui oleh ibu ini. Jadi tak perlulah kita nak menjadi orang yang tak bertauliah untuk menasihatkan ibu ini atau memberikan tekanan kepada mereka sama ada secara langsung atau tidak.
Hanya sokongan yang diperlukan.
Semoga Allah melindungi kita semua dari perkara yang tidak diingini. Amin
Oh jangan lupa dapatkan Set Berpantang Terbaik sekarang! Promosi hanya tinggl beberapa hari sahaja lagi. Hubungi Zarith 013-7510028 untuk dapatkannya sekarang agar anda tidak lagi perlu takut hendak ke tandas akibat sembelit dan luka juga cepat sembuh!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
memamg rasa murung selepas bersalin itu selalu mengganggu ibu yang bari bersalin..persediaan emosi sebelum berlaku itu pentimg..
Betul tu 😉
Sue paling stress selepas bersalin sebab rambut gugur.
Sakit hati hihi dan la akan fikir bukan2
Banyakkan bercakap dan bertanya orang lain
Nice info sis
Oh gitu eh? rambut gugur pon boleh stress, sebab masa berpantang, emosi kita sangat rapuh kan. Luahkan pada orang lain, the best tips ever =)
Kemurungan boleh datang dalam pelbagai bentuk, setiap jenis kemurungan mempunyai pencetus dan symptom yang berkaitan dengannya dan setiap jenis kemurungan jugak bertindak lebih baik dengan rawatan yang berlainan.
Betul tu =)
info yang baik. moga menjadi panduan kepada bakal-bakal ibu 🙂
Semoga bermanfaat =)