Assalamualaikum
Setiap kali kita pergi ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan kehamilan, mesti doctor atau nurse akan bagitau tentang makanan yang boleh anda makan dan minum. Waktu tu kita asyik mendengar yang asid folik ini sangat penting untuk perkembangan baby, kalsium untuk pembentukan tulang baby yang kuat dan apakah risiko yang akan berlaku jika kita kekurangannya.
Namun, jarang pula kita dinasihatkan tentang makanan yang harus dielakkan semasa hamil. Kita banyak mendengar nasihat orang-orang lama, tapi sebenarnya apa yang selamat untuk ibu hamil 5 tahun dulu mungkin boleh membahayakan ibu masa kini.
Makanan Yang Perlu Dielakkan ketika hamil
- Kafein
- Kajian yang dijalankan menunjukkan pengambilan kafein yang tinggi semasa hamil, tak kira teh, kopi atau minuman ringan dikaitkan dengan risiko keguguran di kalangan wanita hamil.
- Kajian juga mengesan wanita yang mengambil 200 milligram atau lebih kafein setiap hari (bersamaan dengan dua atau lebih cawan kopi biasa atau lima 12 auns tin minuman ringan) mempunyai dua kali ganda risiko keguguran berbanding wanita yang bebas kafein.
- Pakar menasihatkan, satu cara yang baik adalah dengan meminum minuman yang telah dinyahkafeinkan terutama sekali apabila anda masih dalam trimester yang pertama (tempoh mudah keguguran)
- Tapi selalunya kalau Zarith dah teringin sangat tu, Zarith akan buatkan Mr. Hubby air yang Zarith nak minum tu, tapi cuma jamah jela satu dua hirup. Yang selebihnya memang kuat berpantang =)
- Keju Lembut
- Menurut pakar, adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan mengambil keju kambing,Brie, Camembert, feta dan quesco blanco. Nak tahu kenapa?
- Kerana keju tersebut adalah jenis yang tidak dipasteurkan dan mengandungi listeria (bakteria yang menjadi penyebab keracunan makanan)
- Pakar menerangkan bahawa, keju-keju lembut ini tidak digalakkan untuk anda ambil sebab ia tidak akan busuk seperti cheddar dan parmesan dimana proses pembuatan pembunuhan bakteria secara semulajadi.
- Oleh kerana ibu hamil biasanya mempunyai system imun yang lemah, mereka lebih cenderung untuk mendapat penyakit perut (dimana jika ia berlaku pada trimester pertama, ia boleh membawa keguguran)
- Daging
- Pernah tak rasa teringin nak makan daging yang dipotong nipis dan sejuk untuk makan tengah hari? Subway contohnya.
- Awas! Produk deli yang disejuk beku mungkin mengandungi listeria jika ianya tidak dijaga dengan betul semasa proses pengilangan atau di kedai yang menjual.
- Tapi kalu dah teringin sangat tu, bawak balik dan panaskan di rumah sehingga dapat membunuh bakteria.
- Dan sekiranya anda nak sediakan hidangan daging seperti daging lembu atau kambing di rumah, masaklah sehingga betul-betul masak. Daging ini mungkin dijangkiti toxoplasma, sejenis parasit yang menyebabkan jangkitan, walaupun jarang berlaku, tapi ianya sangat merbahaya terhadap kandungan. (Parasit ini juga terdapat pada najis kucing, jadi berhati-hatilah sekiranya anda perlu mengendalikan najis kucing)
- Ikan
- Anda mungkin dah tahu tentang merkuri yang ada dalam ikan, yang mana ianya merbahaya kepada baby.
- Menurut pakar, merkuri adalah neurotoxin yang merosakkan perkembangan otak baby.
- Apabila merkuri daripada gas tercemar berada dalam air, ia akan masuk ke dalam kitaran makanan ikan, dan akhirnya akan menjadi makanan anda dan baby.
- Ikan yang tinggi merkuri yang perlu dielakkan adalah tilefish, tenggiri, ikan yu, albacore tuna dan ikan todak. Namun tak semua tuna merbahaya.
- Pakar juga memberitahu yang tidak semua ikan adalah merbahaya. Kebanyakan ikan kecil mengandungi kandungan merkuri yang rendah. Ikan salmon juga sangat sumber Omega 3 asid lemak yang baik.
- Tidak kira apa jenis ikan sekalipun, pastikan ianya dimasak dengan sempurna.
- Telur
- Tidak dinafikan yang telur merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi dan nutrien kolina. Tapi telur boleh memberikan risiko Salmonella, yang sangat merbahaya kepada wanita hamil berbanding yang tidak hamil.
- Cara yang terbaik adalah dengan mempraktikkan pengambilan telur yang selamat, iaitu hanya beli telur yang disejukkan, jangan beli telur yang dah retak. Juga elakkan mengambil telur dalam keadaan yang mentah seperti Salad Caesar yang menggunakan telur mentah dan ais krim buatan sendiri.
- Masa Zarith hamil dulu, mayonnaise pon Zarith tak ambil.
Banyak perkara yang perlu kita korbankan semasa kita hamil selama 9 bulan. Makanan dan minuman yang menjadi kegemaran, sekiranya tidak sesuai, ibu perlu ketepikan buat sementara waktu. Ia adalah satu pengorbanan yang besar buat ibu-ibu, kerana setiap makanan yang kita ambil, akan mempengaruhi baby, bukan sahaja semasa dalam kandungan, malah selepas mereka dilahirkan juga.
Tapi kalau dah teringin sangat, boleh la jamah buat rasa. Kang kalau dah kempunan, batu belah batu bertangkup dah takde pada zaman sekarang ni =)
Oh dan jangan lupa dapatkan Set Ibu Hamil Sihat Bertenaga. Tiada lagi HB rendah, sembelit dan kejang kaki semasa hamil.
Ha jadi jangan tunggu lagi sehingga dah bersalin baru nak dapatkan Set Hamil Shaklee Premium ni. Sangat jimat kerana boleh diambil juga selepas bersalin dan semasa menyusukan baby. Rugi sangat kalau tak bertenaga semasa hamil sebab waktu tu lah kita nak nikmati detik-detik berdua bersama baby. Kalau dok lemah terbaring je, mesti rasa tak fun betul mengandungkan anak ni. Suami pon lemah je tengok isteri asyik sakit dan lesu tak bertenaga.
Jika anda sentiasa lesu, lemah dan tidak bertenaga sewaktu hamil, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda walaupun sewaktu hamil dapat dikembalikan. Barulah suami pun tak serik nak tengok isteri hamil lagi. Jika anda berada berdekatan dengan Zarith, Zarith boleh hantarkan set ini terus kepada anda. Jangan tunggu suami merungut pula akibat setiap kali hamil, dia tengok kita letih dan lesu.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Farah says
5 makanan yang patut elak nie bagus…
selalu suka pilih telur sebab cepat untuk di masak…:)
Ikhwan says
nampaknya bukan semua makanan yang boleh dimakan semasa isteri mengandung 🙂
Ibu Zarith says
Betul tu..tak semua boleh dimakan. Makan dalam tin lagi la tak boleh =)
Travelog Siti says
Fuh..banyaknya perkara kena fikir ya.. dah la selera makan pun kurang, nak kena pantang pula =.=
Ibu Zarith says
Hehe..kurang selera makan ke? Atau mula-mula je kurang selera lepas tu sangat berselera =p