Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

October 19, 2015 by Ibu Zarith

5 Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil Untuk Selamatkan Kandungan Anda

Assalamualaikum

Setiap kali kita pergi ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan kehamilan, mesti doctor atau nurse akan bagitau tentang makanan yang boleh anda makan dan minum. Waktu tu kita asyik mendengar yang asid folik ini sangat penting untuk perkembangan baby, kalsium untuk pembentukan tulang baby yang kuat dan apakah risiko yang akan berlaku jika kita kekurangannya.

Namun, jarang pula kita dinasihatkan tentang makanan yang harus dielakkan semasa hamil. Kita banyak mendengar nasihat orang-orang lama, tapi sebenarnya apa yang selamat untuk ibu hamil 5 tahun dulu mungkin boleh membahayakan ibu masa kini.

Makanan Yang Perlu Dielakkan ketika hamil

  1. Kafein
    • Kajian yang dijalankan menunjukkan pengambilan kafein yang tinggi semasa hamil, tak kira teh, kopi atau minuman ringan dikaitkan dengan risiko keguguran di kalangan wanita hamil.
    • Kajian juga mengesan wanita yang mengambil 200 milligram atau lebih kafein setiap hari (bersamaan dengan dua atau lebih cawan kopi biasa atau lima 12 auns tin minuman ringan) mempunyai dua kali ganda risiko keguguran berbanding wanita yang bebas kafein.
    • Pakar menasihatkan, satu cara yang baik adalah dengan meminum minuman yang telah dinyahkafeinkan terutama sekali apabila anda masih dalam trimester yang pertama (tempoh mudah keguguran)
    • Tapi selalunya kalau Zarith dah teringin sangat tu, Zarith akan buatkan Mr. Hubby air yang Zarith nak minum tu, tapi cuma jamah jela satu dua hirup. Yang selebihnya memang kuat berpantang =)
  2. Keju Lembut
    • Menurut pakar, adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan mengambil keju kambing,Brie, Camembert, feta dan quesco blanco. Nak tahu kenapa?
    • Kerana keju tersebut adalah jenis yang tidak dipasteurkan dan mengandungi listeria (bakteria yang menjadi penyebab keracunan makanan)
    • Pakar menerangkan bahawa, keju-keju lembut ini tidak digalakkan untuk anda ambil sebab ia tidak akan busuk seperti cheddar dan parmesan dimana proses pembuatan pembunuhan bakteria secara semulajadi.
    • Oleh kerana ibu hamil biasanya mempunyai system imun yang lemah, mereka lebih cenderung untuk mendapat penyakit perut (dimana jika ia berlaku pada trimester pertama, ia boleh membawa keguguran)
  3. Daging
    • Pernah tak rasa teringin nak makan daging yang dipotong nipis dan sejuk untuk makan tengah hari? Subway contohnya.
    • Awas! Produk deli yang disejuk beku mungkin mengandungi listeria jika ianya tidak dijaga dengan betul semasa proses pengilangan atau di kedai yang menjual.
    • Tapi kalu dah teringin sangat tu, bawak balik dan panaskan di rumah sehingga dapat membunuh bakteria.
    • Dan sekiranya anda nak sediakan hidangan daging seperti daging lembu atau kambing di rumah, masaklah sehingga betul-betul masak. Daging ini mungkin dijangkiti toxoplasma, sejenis parasit yang menyebabkan jangkitan, walaupun jarang berlaku, tapi ianya sangat merbahaya terhadap kandungan. (Parasit ini juga terdapat pada najis kucing, jadi berhati-hatilah sekiranya anda perlu mengendalikan najis kucing)
  4. Ikan
    • Anda mungkin dah tahu tentang merkuri yang ada dalam ikan, yang mana ianya merbahaya kepada baby.
    • Menurut pakar, merkuri adalah neurotoxin yang merosakkan perkembangan otak baby.
    • Apabila merkuri daripada gas tercemar berada  dalam air, ia akan masuk ke dalam kitaran makanan ikan, dan akhirnya akan menjadi makanan anda dan baby.
    • Ikan yang tinggi merkuri yang perlu dielakkan adalah tilefish, tenggiri, ikan yu, albacore tuna dan ikan todak. Namun tak semua tuna merbahaya.
    • Pakar juga memberitahu yang tidak semua ikan adalah merbahaya. Kebanyakan ikan kecil mengandungi kandungan merkuri yang rendah. Ikan salmon juga sangat sumber Omega 3 asid lemak yang baik.
    • Tidak kira apa jenis ikan sekalipun, pastikan ianya dimasak dengan sempurna.
  5. Telur
    • Tidak dinafikan yang telur merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi dan nutrien kolina. Tapi telur boleh memberikan risiko Salmonella, yang sangat merbahaya kepada wanita hamil berbanding yang tidak hamil.
    • Cara yang terbaik adalah dengan mempraktikkan pengambilan telur yang selamat, iaitu hanya beli telur yang disejukkan, jangan beli telur yang dah retak. Juga elakkan mengambil telur dalam keadaan yang mentah seperti Salad Caesar yang menggunakan telur mentah dan ais krim buatan sendiri.
    • Masa Zarith hamil dulu, mayonnaise pon Zarith tak ambil.
Banyak perkara yang perlu kita korbankan semasa kita hamil selama 9 bulan. Makanan dan minuman yang menjadi kegemaran, sekiranya tidak sesuai, ibu perlu ketepikan buat sementara waktu. Ia adalah satu pengorbanan yang besar buat ibu-ibu, kerana setiap makanan yang kita ambil, akan mempengaruhi baby, bukan sahaja semasa dalam kandungan, malah selepas mereka dilahirkan juga.
Tapi kalau dah teringin sangat, boleh la jamah buat rasa. Kang kalau dah kempunan, batu belah batu bertangkup dah takde pada zaman sekarang ni =)
Oh dan jangan lupa dapatkan Set Ibu Hamil Sihat Bertenaga. Tiada lagi HB rendah, sembelit dan kejang kaki semasa hamil.
Ha jadi jangan tunggu lagi sehingga dah bersalin baru nak dapatkan Set Hamil Shaklee Premium ni. Sangat jimat kerana boleh diambil juga selepas bersalin dan semasa menyusukan baby. Rugi sangat kalau tak bertenaga semasa hamil sebab waktu tu lah kita nak nikmati detik-detik berdua bersama baby. Kalau dok lemah terbaring je, mesti rasa tak fun betul mengandungkan anak ni. Suami pon lemah je tengok isteri asyik sakit dan lesu tak bertenaga.
Jika anda sentiasa lesu, lemah dan tidak bertenaga sewaktu hamil, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda walaupun sewaktu hamil dapat dikembalikan. Barulah suami pun tak serik nak tengok isteri hamil lagi. Jika anda berada berdekatan dengan Zarith, Zarith boleh hantarkan set ini terus kepada anda. Jangan tunggu suami merungut pula akibat setiap kali hamil, dia tengok kita letih dan lesu.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Farah says

    October 19, 2015 at 17:08

    5 makanan yang patut elak nie bagus…
    selalu suka pilih telur sebab cepat untuk di masak…:)

    Reply
  2. Ikhwan says

    October 25, 2015 at 17:44

    nampaknya bukan semua makanan yang boleh dimakan semasa isteri mengandung 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 26, 2015 at 15:46

      Betul tu..tak semua boleh dimakan. Makan dalam tin lagi la tak boleh =)

      Reply
  3. Travelog Siti says

    February 2, 2016 at 02:36

    Fuh..banyaknya perkara kena fikir ya.. dah la selera makan pun kurang, nak kena pantang pula =.=

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2016 at 01:54

      Hehe..kurang selera makan ke? Atau mula-mula je kurang selera lepas tu sangat berselera =p

      Reply

Leave a Reply to Travelog Siti Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design