Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

October 12, 2015 by Ibu Zarith

9 Cara Cepat Hamil Semulajadi Yang Mudah Dan Berkesan

Assalamualaikum

Perkara yang menjadi idaman setiap suami isteri selepas diijabkabulkan adalah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia sehingga ke Jannah. Keluarga yang dilengkapi dengan tawa dan tangis anak-anak yang menghiasi kehidupan kita suami isteri.

Ada yang bunting pelamin, tidak kurang juga yang disahkan hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga. Namun, tidak semua dikurniakan rezeki untuk menimang cahayamata seperti yang diharapkan. Ada yang terpaksa menunggu setahun dua, ada juga yang berbelas atau puluh tahun.

Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Namun, kita juga perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Mesti diingat, Allah kan pandang pada kesungguhan kita =)

Ada pelbagai petua cepat dapat anak ni, tapi zarith ambil yang terbaik untuk dikongsikan bersama.

Tips Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Hamil

  1. Lakukan hubungan intim pada waktu yang tepat
    • Pastikan anda tahu waktu subur anda. Ini kerana telur anda (Ovum) hanya akan aktif dalam masa 24 jam dari masa ia dilepaskan dari Ovari. Jadi ia perlu disenyawakan dalam tempoh itu. Manakala bagi suami pula, sperma yang aktif akan hidup selama 48 hingga 72 jam.
  2. Elakkan stress
    • Selalunya pasangan yang lambat menimang cahayamata ni akan mudah tertekan. Terutamanya dari desakan keluarga kedua-dua belah pihak dan juga pandangan masyarakat.
    • Ini sepatutnya dielakkan kerana apabila anda stress, ia akan mengubah waktu subur anda, seterusnya mengubah waktu ovulasi (waktu telur dibebaskan dari ovari) anda. Bila ianya terjadi, adalah sukar untuk anda jangka waktu subur anda yang sebenarnya
    • Nasihat Zarith, abaikan sahaja kata-kata mereka tu, anggap jela mereka sayang dan sangat prihatin pada kita. Berdoalah supaya Allah kurniakan ketenangan kepada kita.
    • Boleh juga ajak suami pergi bercuti ke kolam air panas ke, pulau yang indah-indah atau ditempat peranginan yang menarik. Ciptalah suasana yang romantic di antara anda berdua, candle light dinner pun bagus juga =)
  3. Kekalkan berat badan yang sihat
    • Untuk mendapatkan zuriat, anda perlulah dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda terlebih atau terkurang berat badan pun akan menyumbang kepada lambatnya hamil. Lakukan senaman secara berkala dan kawal pemakanan, tapi jangan pula lakukan diet secara ketat ye.
    • Ini kerana pemakanan yang sihat dan seimbang juga akan menyumbang kepada mudahnya untuk hamil.
  4. Amalkan pengambilan ekstrak Grape Seed
    • Pengambilan grape seed bersama-sama dengan Vitamin C dapat membantu lendir serviks untuk meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ semasa bersama, carilah Grape Seed.
    • Grape seed ni adalah antioksidan yang baik dan membantu dalam mengekalkan water retention, memperbaiki peredaran darah di kaki dan masalah buasir. Selain itu, ia membantu mengurangkan tekanan darah bagi wanita yang menjadikan ia bermanfaat pada masa anda sedang mencuba untuk hamil.
  5. Elakkan pengambilan kafein dan minuman beralkohol serta merokok
    • Ia akan mengurangkan kualiti sperma dan peluang untuk hamil. Alkohol apabila dimakan mewujudkan komplikasi dan kekal dalam aliran darah wanita. Kafein dan merokok juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari darah dan menghadkan peluang untuk hamil.
    • Sekiranya suami adalah seorang perokok, adalah sangat penting untuk mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi Vitamin C.
  6. Pemakanan yang seimbang
    • Pasangan yang ingin menimang cahayamata perlu mengambil berat tentang diet seharian.
    • Isteri perlu mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein, dan zat besi (Iron).
    • Selain itu, isteri juga disarankan untuk mengambil lebih sayur-sayuran berdaun, buah-buahan ,kismis dan apricot untuk mengekalkan keseimbangan hormon yang mengawal selia ovulasi anda.
    • Suami pula perlu mengambil makanan yang kaya dengan zink untuk membantu meningkatkan bilangan sperma. Ini termasuklah salmon, tiram, ayam, beras perang dan juga bayam.
    • Boleh juga mengamalkan pengambilan minyak hati ikan, yogurt, strawberry, salmon, kacang Tanah, avocado dan juga roti. Minyak hati ikan mengandungi kandungan Vitamin A dan D yang tinggi yang boleh membantu badan untuk bersedia sebelum hamil.
  7. Asid Folik
    • Pengambilan asid folik adalah cara terbaik yang dicadangkan kepada isteri untuk meningkatkan peluang anda untuk mempunyai bayi yang sihat.
    • Ia boleh diambil sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum anda hamil.
    • Tahap zat besi dan kalsium juga perlu dijaga dan semua ini membantu untuk mengurangkan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku pada janin dan juga menghasilkan baby yang sihat
  8. Elakkan menggunakan pelincir ketika bersama
    • Ini akan mengurangkan keupayaan sperma untuk ‘berenang’ ke vagina.
    • Anda boleh mengamalkan pengambilan grape seed seperti yang telah dinyatakan di point no 4.
  9. Banyakkan minum air
    • Apabila anda banyak minum air, ia akan membantu anda untuk melincirkan dan memudahkan tugas tisu-tisu dan organ-organ serta membantu nutrient diserap dengan sempurna.
    • Air juga pada masa yang sama mengeluarkan toxin dari badan kita.Testimonial-set-Kesuburan-Shaklee

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Boleh Meningkatkan Peluang Anda Untuk Hamil?

Seperti yang Zarith dah nyatakan dalam 9 point di atas, dapat disimpulkan bahawa Iron, Vitamin C, Grape Seed, Zinc, Asid folik adalah sangat penting dalam membantu kesuburan suami isteri

Set Kesuburan Shaklee pula terdiri daripada:

  1. Vitalea dengan Iron Formula – 120 tablet
  2. B-complex dengan Asid Folik – 120 tablet
  3. Vitamin C – 180 tablet
  4. GLA Complex – 60 capsule
  5. Zinc Complex – 120 tablet
  6. Vitamin E – 120 capsule

Kesemua vitamin ini memainkan peranan yang sangat penting dalam set kesuburan ini. Jom kita tengok fungsi mereka.

  1. Vitalea with Iron Formula
    • Ia membantu membekalkan vitamin penting dalam tubuh badan untuk mengoptimumkan fungsi badan dan bersedia untuk proses kehamilan.
    • Dengan adanya Iron (Zat Besi) didalamnya, Vitalea sangat sesuai untuk isteri *rujuk No. 6 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri di atas
  2. B-Complex with Acid Folic
    1. Asid folic sangat diperlukan pada awal kehamilan dan sebagai persediaan untuk hamil.
    2. Vitamin B12 yang ada dalam B-complex ini membantu membanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat membantu meningkatkan kesuburan isteri.
  3. Sustained Release Vitamin C
    • Bagi suami, Vitamin C ini akan membantu untuk mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya bergerak lebih aktif
    • Bagi isteri pula, ia akan membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.
    • Yang uniknya, Vitamin C ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita dan akan bertahan lebih lama dalam badan.
  4. Vita-E Complex
    • Vita-E Complex Shaklee ini mengandungi 400 IU Vitamin E, 39.4 mg grapeseed, 65 mcg selenium
    • Pengambilan bersama-sama dengan Vitamin C dapat membantu lendir serviks untuk meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ ketika bersama memang patut ambil Vitamin E ni.
    • Selain dari itu, suami yang mengambil 600 IU – 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
    • Dengan kehadiran selenium, ia akan membantu meningkatkan kualiti air mani suami.
    • Ia juga mampu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  5. GLA Complex
    • Diperkaya dengan Vitamin E dan sunflower seed oil yang membantu menstabilkan hormon isteri.
    • Ia juga membantu menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya adalah membantu menyediakan “ruang” untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari
  6. Zinc Complex
    • Membantu meningkatkan bilangan sperma dan menguatkannya.

Alhamdulillah dah ramai yang mendapat kebaikan dari Set Kesuburan Shaklee ini. Salah seorang dari rakan Zarith yang dah 5 tahun tidak menimang cahayamata, menggunakan Set Kesuburan ini dengan konsisten selama 6 bulan, akhirnya berjaya hamil.

Jom tengok beberapa lagi rakan kita yang dah berjaya hamil dengan Set Kesuburan ini:

#Testimoni 1:

Assalammualaikum hai sy nk share testimoni jep….sme2 nk mmbntu yg pnh senasib.. Sy bkn ahli shaklee tp pguna shaklee….

Pd bln mac di syorkn oley classmate sy Rabiatul Adawiyah mgunakn set ksuburan shaklee… Stlh suami sy mkn zinc sbln tiap2 pg tanpe skip….tp sy x bksempatan mkn gla coz mse tu x period… Ble April risau knp x period tkut ade mslh lain g hosptl kne mrh pulak coz doc kte npe x upt dlu….
Stlh 3 thun 10bln sy dh hmpir give up….akhirnye sy blik ke rmh kol 6ptg sy upt n trus mndy…bgai x pcye double line…. Suami tkjut n bli lg upt 2…n akhirnye double line juag….. Alhamdulillah kite sbgai hambaNya ikhtiar n usehe tp Allah yg mnentukan…. Doa berserta Usaha mghasilkan kejayaan……syukur Alhamdulillah n trima kasih shaklee….

#Testimoni 2

Just nk share berita gembira drpd ofismate yg dah 6 tahun kawin tp belum dikurniakan anak, dia n husband dah cuba mcm2 cr n produk tp belum ada rezeki hinggalah mencuba set kesuburan husbnd n wife drpd shaklee selama 1 bulan lebih..hari ni dpt berita disahkan hamil 1 bulan lebih….syukur Alhamdulillah….

#Testimoni 3:

ALHAMDULILLAH, sy dh hamil dgn shaklee selama 2thn setengah menanti, sy period x teratur, ada cyst & pcos…shaklee amat membantu slps 5bulan sy amalkan dgn konsisten di samping masih menjalani rawatan pakar fertility…Doc fertility saya pun kagum n katakan ya kpd shaklee amat bagus utk membantu masalah kesuburan sy. Sy bersyukur dgn rezeki yg dikurnikan ole Allah pd bulan Shaaban ini…sy penah share di group ni dulu ttg pcos yg sy alami…Alahamdulillah kite hya usaha, hyatuhan yg tentukan rezeki kite..cume cpt & lmbt shj…jgn lupa utk berdoa tanpa jemu kpdNYA…sy doakan kalian yg mengalami masalah seperti sy jugak bole mengamalkan ape yg sy amalkan di dalam video ini…REZEKI ALLAH INI AMAT BEHERGA BUAT SY (^_^)
Moga kalian dpt mendoakan sy & baby ini sihat & selamat dilahirkan kelak…AMIN
Thanks kak Aysha Zachary yg byk membantu sy

#Testimoni 4:

:: HAMIL SELEPAS 2 BULAN AMBIL SET KESUBURAN ::

Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini… Saya berkahwin hampir setahun…. saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya…. sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel… kadang2 atas urusan kerja… kadang2 jalan2 je… Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin… terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi… April lepas…saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex… untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki…

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat… tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2… saya rasa pelik.. pagi tadi… sebelum mandi… saya terdetik utk cuba buat upt… memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu… saya biarkan je.. dan pergi mandi…. lepas dh siap mandi… saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb ‘positive’ saya terus kejutkn suami saya…die sangat teruja..tak tau nak cakap apa…smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same ‘positive’…. Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah… janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya…

Alhamdulillah sekali lagi…. saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri… kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya… lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha

Alhamdulillah gembira tengok perkongsian mereka kan? Sekiranya anda juga ingin mencuba, boleh dapatkan Set Kesuburan Shaklee ini. Set ini lengkap dengan:

  1. Vitalea dengan Iron Formula – 120 biji (RM88.75)
  2. B-complex dengan Asid Folik – 120 biji (RM53.75)
  3. Vitamin C – 180 biji (RM 92.50)
  4. GLA Complex – 60 biji (RM 91.25)
  5. Zinc Complex – 120 biji (RM 33.75)
  6. Vitamin E – 120 biji (RM 149)

Semuanya berjumlah RM 509. Namun begitu, pada bulan Oktober ini sehingga 31hb anda boleh mendapatkan potongan harga yang sungguh mengejutkan! Ini kerana pada bulan ini sekiranya anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat keistimewaan berganda iaitu:

  1. PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 Vitamin E
  2. PROMOSI GLA Complex
  3. Vitalea PERCUMA!!

Jika anda dah bertahun mengidamkan tangisan bayi, jangan tunggu lagi, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dapatkan Set Kesuburan Shaklee ini. Hubungi Zarith 013-7510028 Sekarang juga! Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar apa yang anda idamkan selama ini akan menjadi kenyataan.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    October 12, 2015 at 20:13

    Alhamdulillah. Ramai yang dah berjaya hamil lepas amalkan set kesuburan ni.
    Yang penting , jangan putus asa.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 13, 2015 at 00:39

      Alhamdulillah. Betul tu kak ros, yang penting usaha dan jangan putus asa =)

      Reply
  2. Lydia Rahayu Mahmod says

    October 12, 2015 at 20:14

    WAh! Good info!!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 13, 2015 at 00:38

      Boleh mencuba untuk next baby lydia =)

      Reply
  3. syuhada amir says

    October 12, 2015 at 20:25

    Menarik cara zarith tulis….bnyk info dalam nie…:)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 13, 2015 at 00:38

      Semoga memberi manfaat buat yang memerlukan =)

      Reply
  4. zaleha says

    October 12, 2015 at 20:26

    Byk tips yg bagus!
    Apa2pun ikhtiar perlu seiring dgn doa yg spesifik, in shaa Allah mudah semua urusan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 13, 2015 at 00:37

      Betul Zaleha, apa pun, doa dan usaha perlu seiring <3

      Reply
  5. Sara says

    October 6, 2016 at 12:38

    info yang menarik..ngah usaha juga untuk dapatkan cahayamata selain dri doa pada Allah..:)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:04

      Semoga membuahkan hasil =)

      Reply
  6. irni suhana says

    July 25, 2017 at 00:23

    betul tu zarith, kalau nak pikir apa orang cakap, memang stress kan..so sambil doa, sambil kita usaha kan 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 3, 2017 at 15:05

      betul sangat irni, tak perlu dengar cakap-cakap orang kan =)

      Reply
  7. Emmy Josly 🌸 says

    December 17, 2017 at 15:37

    Saya pon tgah amalkan vitamin shaklee ni untuk hamil.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:32

      Semoga berjaya!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design